Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru..

Salam all,

Selamat Tahun Baru kepada semua yg beragama Islam.. moga keberkatan tahun baru memberi kesejahteraan kepada semua..

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam.

Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaan-Mu yang besar, kemurahan-Mu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepada-Mu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepda kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepada-Mu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam".


Amin.

Tuesday, December 15, 2009

xde apa2..

Salam all,

Lama aku tak ke sini.. sebenarnya dah tak nak pun ke sini tapi bila menjengah terpaksa juga aku buka.. biar je la blog ni sebegini.. takde apa pun nak diceritakan.. tak ada apa pun nak ditaipkan... so let it be..

Cuaca amat panas lately.. tetiba aku teringat Kosovo di waktu begini..

Monday, December 7, 2009

Sudah Kena Balik

Salam all,

Seakan kena sumpahan lak.. sebab degil akhirnya.. kena balik.. ambik ko sendiri punya salah..

Ampun..

Cuaca pagi ni amat baik untuk aktiviti luar tapi...

Sunday, December 6, 2009

Amaze

salam all,

amaze dengan perkembangan kaki sendiri.. dah ok dah.. tak caya? sila tgk pic bawah.. dengan berjahit pun aku masih main bola.. then kena marah.. sampai dah malas nak marah kata si pemarah.. so kaki ini akan 'beroperasi' seperti biasa sedikit hari lagi.. lepas nie main bola tak payah pakai pad sudah.. hahhaa.. disebabkan tak boleh tido malam semalam aku telah membuka benang jahitan itu sendiri malam tadi.. ngilu beb bila tarik benang tu.. but cantikkan betis itu.. hahhaha mcm takde apa jadi je..



gilerkan berjahit 8 esoknya main bola.. tak tau kenapa susah nak tinggalkan dunia bola nie.. sejam lagi aku akan ke court lagi.. malam nie lawan top 2.. skrg pun kami di kedudukan ke 3... sekarang nie pun team aku sudah layak ke pusingan kalah mati.. makna kami akan meneruskan game sampai ke march nanti.. league 18 team tinggal 3 game lagi then lawan dari league atau pool blue lak.. aku di pool red..

apa pun wish us good luck for tonight game..

cuaca hari nie panas sekali.. sekian untuk makluman.. hahhaha

Wednesday, December 2, 2009

Sudah Kembali..

Salam all,

Aku dah kembali dari 'HeRe' ke Canberra bandaraya yg masih aku rasa 'mati'.. kembali kerana 'ikut hati' dan juga panggilan kerja.. dari 'HeRe' aku terbang ke Melbourne untuk 'bekerja' dan akhirnya kembali ke Canbeera petang semalam, di office hanya menghabiskan masa 2 jam lebih dan terus balik rumah.. kepenatan.. tapi dalam kepenatan aku masih tak juga boleh lelap.. sudahnya kul 2.30 jugak aku lelap itu pun setelah 'adegan' senyum lebar selama 2 jam..

Walaupun ada yg kata cuti aku selama 1 1/2 hari itu membazir tapi aku puas dalam lihat dan dapat memuaskan hati sendiri.. sekurang2nya aku tau semua ok.. semua dalam situasi yang boleh dikata baik.. flight yg pada mulanya dari sydney terpaksa ditukar ke Melbourne dan aku terperuk di Melbourne dari awal pagi sampai la ke tengahari, menyelesaikan 'kerja', selepas itu baru terbang kembali ke Canberra dan terus masuk office.. kalau nak kira tido di kira-kira 3-4 jam je kot mata nie lelap dalam flight.

ok cerita cuaca.. sangat baik and kembali panas cuma malam drop sangat low.. sejuk beb.. he3..

Sunday, November 29, 2009

Away

Salam all,

I'll be away from 1 December till 6 December.

Daa..

Note: 'Always' Officialy dibuka (potong reben)

Silly Mistake

Salam all..

Terkini, esok nak main bola hari nie aku injured.. hahahhaha padan muka aku..








Cuaca hari ni sangat sejuk mcm winter balik... cheh..

Note: Bila kepala fikir benda lain.. silly mistake!!

Sunday, November 22, 2009

erm.. eik.. uits..

Salam all,

agak bersawang juga blog nie ditinggalkan, ada masuk tapi hanya seperti gigi2 yang rongak.. dah tak de hati dah nak menaip entry sebenarnya.. dulu entry2 dalam nie banyak berkisar tentang kehidupan, apa yang jadi dan bakal terjadi. But lately aku banyak simpan je apa yg jadi nurkilan ke apa sahaja aku banyak simpan.. tak nak buat entry lagi dah.. letih mungkin.. letih memikirkan tentang tahap pemikiran org yang lepas baca entry org lain and buat rumusan sendiri.. yg pasti aku tak pernah kisah tentang org yg buat rumusan sendiri dan simpan sendiri.. tapi yg aku terkilan bila baca, buat rumusan dan sebar citer yg tak pernah betul, yg tak pernah jadi.. mungkin yang buat tu nak jadi director mungkin.. jadi la..kalau betul buat duit tu..

lately, blog in itelah di'selongkar'.. tapi mungkin la.. aku tak berani nak cakap lelebih.. but ada benda yang buat aku musykil terjadi.. aku biarkan sahaja ianya seberapa ketika.. wah makin menjadi2.. so setelah 'berbincang'aku tukar password dan cuba tgk terjadikah lagi 'kemusykilan' itu.. aku tau mungkin dikalangan org2 yang rapat dengan aku senang nak detact aku punya password nie.. so terpaksa tukar dimana kali ini aku yakin tak siapa akan tahu.. lepas nie kalau nak update entry pun sekadar citer cuaca je kot.. ;-)

petang nie ada meeting yang mmg aku sangat2 tunggu2kan.. kewangan.. hahahhah kenapa eik PA mcm aku nak sangat tau pasal kewangan? ada bersirat dan tersuratnya aku nak sangat ambil tau.. perancangan lepas nie semua bergantung pada mesyuarat itu nanti.. kata 'kawan' aku tu perancangan jahat tapi pasti berbaloi.. senyum sikit tang berbaloi tu..

Cuaca Canberra sekarang nie makin panas.. dah cecah jugak ke 38 above.. kalau duduk lelama mmg berkerak muka.. hehehe.. malam sejuk gak tido mungkin nyaman sekali.. tapi persoalannya kenapa susah sangat nak tido.. cis!!

ok la all.. bosan pepagi nie.. tiada penyegar mata dan halwa telinga yang terjadi pagi ni.. tiada kedengaran..

note twentyone: Kau Ubah Hariku - Kahitna (layan beb)

Wednesday, November 18, 2009

Hari ini..

Salam all,

Semalam jadi sesuatu yg sangat2 tak dapat dielakkan.. apa jadi aku tak nak cakap sebab melibatkan kematian.. sampai pukul 4 lebih aku di hospital.. penat sungguh hari nie.. dengan tak cukup tido timbul pulak satu hal yg sekali lagi aku sendiri tak dapt elak.. cuba terangkan seakan tak nak percaya, seakan aku nie cuba menipu.. dah dikatakan kalau dapat aku elak dah lama aku elak..

mungkin tak percaya.. dengan keadaan aku yg amat letih hari ini.. amat mudah rasenya terasanya.. nak taknak jawab.. dengan talian2 yang aku sendiri tak tau apa masalahnya.. sms dihantar tak sampai.. ini semua punca la nie.. cuba gak tenangkan diri.. tapi bila perkataan tu dah keluar aku sendiri amat terasa.. tau tak suka perkataan tu keluar.. tapi ada ke perkataan lain sebagai penganti? sendiri tau salah tu tapi salah bersebab dan sangat kukuh sebabnya perlu ke terasa dan layanan seperti aku nie buat kesalahan besar sangat? semasa kejadian banyak juga benda yang aku tinggalkan bukan setakat benda yang satu itu sahaja..

lately amat perasan, dulu perkataan tu selalu digunakan.. lately mcm susah.. sekali lagi tenangkan hati sebab melihatkan kertas putih yang menyatakan segala-galanya.. cuba mendapatkan yang terbaik tapi selalu juga terasa hati seperti mana dirasai oleh dia.. aku tak prefect tapi tak pernah tak berusaha menjadi prefect walaupun tau tiada yang perfect dalam dunia nie.. aku cuba terima apa yang ada dan apa yang jadi.. mengerti la bukan aku sengaja..

tadi dengar lagu tupac atau yg diberi nafas baru oleh too phat and diyana.. cuba korang cari "If I Die Tonight".. banyak pengertian tu.. kalau lah kita tau tak bila kita nak mati.. itu kerja DIA.. moga dipanjangkan lagi usia hidup ini untuk sentiasa cuba menjadi se perfect yang boleh.. kerana kejadian itu juga aku banyak sangat keje hari nie.. walaupun fikiran sedikit terganggu aku dapat juga siapkan mana yang patut untuk hantar ke WP..

walaupun letih badan dan fikiran nie aku masih tak boleh tido.. mata yg dah berair dan mulut yg menguap lebih dari 50 kali rasenya patutnya dah nyenyak dibuai mimpi (kalau mimpi) tapi aku masih depan pc nie... petang tadi ke 'sana' lagi.. tempat kalau aku bingung, tension, stress.. walaupun tak lama sekitar 20 minit mungkin.. balik tgk chacha sedikit terubat.. masuk bilik tgk rangkaian2 kertas putih dll juga buat aku senyum.. cuma itu yg aku ada buat masa nie.. sampai bila aku sendiri tak tau.. cuma boleh berdoa agar semua nie tak ganggu 'perjalanan' ini.. aku tak nak dah 'kehabisan minyak'..

note twentyone: aku tak menjengah.. tapi aku tau password ini ada yang tahu.. jgn perangkap aku eik.. kalau tak tersadai lagi la blog nie..

Sunday, November 8, 2009

ERK...

IKHLAS TAPI SELALU DIPERSENDAKAN..

Aktiviti esok,

4.30 pagi - tengok bola
12.00 tghari - lunch ASEAN + 3
6.45 ptg - futsal
7.30 mlm - futsal (Omerta FC)

malam - ?????????

Tuesday, November 3, 2009

apa cerita???

Salam all,

agak lama aku tak menjengah ke sini.. apa tah lagi nak update.. bukan malas, cuma tak ada benda/cerita nak di update.. sebetulnya bukan tak ada cuma belum masanya nak cerita.. ada pun cerita futsal.. team yang aku dok coach tu.. setakat nie dah 4 game.. 2 menang, 1 seri and 1 kalah.. Omerta FC.. bebudak college Narrabundah aku respect bebudak nie sebab semua bawah 16 tapi main open Canberra.. kecik2 je semua main dengan beudak yang lebih tua dari dia org.. walaupun sikit2 tak dengar cakap but improvement dah ada.. such keeper yang takut tangkap bola dah berani lah juga tangkap bola.. yg mana nak main sorang tu dah la pandai passing2.. yg mana takut nak shoot dah berani la dari jauh shoot..

Alhamdulillah semalam menang besar.. 5-1.. walaupun ketinggalan memula but second half dia org kejar balik main tersusun la jugak.. masalah bebudak nie satu je.. once naik semua naik then bawah tak de org.. defender pun nak naik.. so tukar taktik.. arahan senang je... no matter what sorang mesti ada bawah.. itu je cara nak tutup kosong tu.. aku sarankan dapat peluang shoot je.. sebab siapa tau kan.. menjadi lak.. lawan lak bukan calang2 team ANU second team futsal.. aku memula tgk dah bayang kalah dah.. but bila kena satu shout sikit.. baru ok.. first half 0-1 but second half baru dapat 5 bijik..

hari ni dah 3 November.. lagi 11 hari aku akan ke Sydney Airport jemput kak long aka chacha (panggilan baru), mummy and daddy.. so lepas nie kami berempat akan stay sini.. kenapa mummy and daddy datang? sebab terpaksa.. jangan tanya dah.. penat aku nak jawab.. hanya mereka yang perlu tau je akan aku jawab.. sorry guys..

cerita mencari rumah muncul balik.. erm.. demi masa hadapan thn2 akan datang nie aku perlu pindah.. letih tgk rumah nie.. mcm2 masalah.. dengan agent yg tau nak bayaran je... tak update owner langsung untuk betulkan memana yg patut.. mencari rumah nie melecehkan.. penat sangat... masih belum tgk satu pun sebab tiada yang pekenan dihati.. org kata mencari umah biar kena dengan citarasa and keprluan kitakan.. so aku tak pedulik bagi yang kata cerewet sangat.. biar la..

cerita pasal umah lagi.. thn depan umah akan siap.. aku dah mula melakar2 ruang dapur, ruang bilik mandi dll yang aku rase aku nak tukar.. kenapa nak tukar? sekali lagi mengikut cita rase aku.. pagar yg patut aku tukar ke wall terus.. sebab longkang tepi rumah tu sangat tinggi.. takut aku bebudak jatuh ke.. belakang tu masih ada tanah yang luas.. so aku nak tarik terus buat dapur and besarkan bilik belakang.. nak buat 2 dapur.. wet kitchen and dry.. kat dining aku nak buat bar wall just nak pisahkan dry kitchen dengan dining.. tangga juga perlu tukar mungkin ke pakir, grill rumah juga perlu pasang.. angan2 nak buat bilik and taman kecik kat luar.. saja nak buat tempat aku hang around atau buat stor... itu je belum aku pkkan lagi..

sebenarnya waktu2 mcm nie aku sangat bosan.. menunggu apa ceritanya adik aku kat UiTM tu yang start final hari nie.. pening memikirkan mana nak letak kete aku since tak de org dah kat umah.. ok la all.. nak tgk tv jap.. adios all..

note twentyone: melihat card2 itu.. p/w??

Thursday, October 22, 2009

Sudah tua la

Salam all..

Semalam hari lahir aku.. office mate sambut untuk semua yang lahir pada zodiak libra.. tak tau pun ada sambut nie.. tapi thanks to roze, izzuddin, deni dll yang mengadakan jamuan ringkas nie.. yang disambut adalah coco, anoi,Dr and aku.. 2 bijik kek 2 nama satu kek.. nie la keknya.. aku suka tulisannya.. makan la sepotong.. tapi hehhehe peanut.. buat masa nie kena jauhi kacang.. tak boleh makan.. nie gambar kek berkenaan..




Hari ini, datang office awal.. tak tau kenapa nak sangat datang awal.. kul 9.30am gitu terima parcel dari tnt.. aku menantikan benda lain.. tapi sampainya bersama benda lain.. terima kasih sangat2.. ini lah dalam bungkusan berkenaan.. semestinya mykard aku yg tertinggal hari tu.. and jersey away MU.. thank you so much.. suka sangat.. ;-).. so pesanan untuk diri sendiri.. jgn bakar lagi jersey2 MU.. hehheh.. ini hadiah ke dua untuk b'day aku tahun nie.. hadiah pertama dah aku dapat sebelum tarikhnya pun.. kedua-duanya sungguh istimewa sangat..




Note twentyone: kalaulah ada kuda unicorn warna putih tu kan.. ;-)

Monday, October 19, 2009

1 pihak + 1 pihak = 3 pihak.. boleh?

Salam all..

"Ada benda yang buat kita terasa akan membabitkan org lain.. bila lain terasa.. akibatnya? Semua serba tak kena.."

Punca org lain.. org lain yang meletup dan aku jadi mangsa.. benar kata dia.. kenapa perlu kacau lagi? apa yang dimahukan lagi? contoh aku untung rugi masyarakat cina yang berniaga... jual satu dapat untung satu sudah cukup.. tak payah jual satu untung sampai 2 atau 3.. sebab niat baik dibalas baik.. satu dijadikan modal (diri sendiri) dan ada satu lagi sebagai bekal jualan.. tak payah ada 2 bekal kelak satu tak terjaga nak kena jaga satu lagi.. bukan menghina tapi itu kenyataan.. kita nie hidup biar la sederhana.. nak jadi "jutawan segera" buat apa kalau niat tak elok?

aku paling tak suka bila benda yang lama diungkit dibangkit sekadar untuk mendatangkan kemarahan.. kenapa perlu buat mcm tu? lebih2 lagi kalau melibatkan pihak lain.. nama disebut, diseru seakan kenal si pemunya nama.. seakan tahu latar belakangnya, seakan tahu kesemuanya.. tapi tak tau and suka buat andaian, melatah bagikan betul semuanya.. cari kebenaran dahulu baru melatah.. andai betul melatah lah sampai satu planet nie tahu.. kalau sikap tu ada sekadar untuk menjatuhkan maruah org lain.. percaya la satu hari nanti yg jatuh maruahnya adalah diri sendiri.. qoute ayat nie "org melihat dan memandang dari apa yang kita cerita, sedarlah tak semua org memandang cara anda bercerita, ada org menilai cara anda bercerita.."

Progress impossible without change; and those who cannot change their minds cannot change anything - George Bernard Shaw

Note twentyone: Mau Happy2 Sahaja.. Harap Maklum..

fikiran kita tak serupa.. tak akan pernah serupa..

Salam all..

Menjengah, menerjah, melihat dan membaca..
bosan dgn perangai itu..
aku dah tak layan mana pun..
masih nak bercerita..

ayat yang paling sesuai? "Ada aku kisah?"
pemikiran kita tak serupa..
ko dgn cara pemikiran ko..
aku cara pemikiran aku..

ko tak tau apa aku pikir..
aku tak tau apa ko pikir..
atau paling tepat tak nak tau apa ko pikir..
ko belum alami jadi ko belum tau..

tak nak jadi kawan?
aku tak kisah.. atau paling tepat "ada aku kisah?"..
dah tak nak kisah dan tak akan ambil kisah..
skrg ko adalah ko.. aku adalah aku..

cakap lembut tak paham.. cakap meninggi suara lagi la tak paham..
cakap lembut mcm cakap dgn span basuh pinggan dimana ada lubang di 2 permukaan cakap tang muka nie keluarnya muka sana..
cakap meninggi suara mcm cakap dengan tembok sek. 11.. cakap tak lut langsung..

so let it be la.. apa jadi bukan dirancang.. seperti mana ko jugakan..
janji jalan itu lurus untuk dilalui bukan bengkang bengkok mcm ko lalui..

adios..

Note twentyone: bosan beb!!

Sorry Guys

Salam all,

Semalam aku dah sampai ke Capital City Australia nie.. letih masih lagi terasa.. ini pun baru balik dari melihat anak2 buah main futsal.. alhamdulillah menang.. entry ini ditujukan khas kepada semua kawan2 yg aku tak dapat jumpa sepanjang 2 minggu aku balik m'sia hari tu.. terlalu banyak benda jadi.. semua tak dapat aku elakkan.. tiada masa nak diselitkan sebagai penganti untuk berjumpa kalian semua.. harap korang semua paham..

balik kali ni aku ke johor menjengah, melawat, memenuhi undangan adik angkat aku yang melangsungkan hari yang bersejarahnya dengan gadis pilihannya.. aku atau lebih tepat kami sampai umah kira2 waktu nak berinai kecik di umah pengantin pompuan.. salam abah, salam adik beradik yang lain, angkat tangan pada adik emi and isteri udi... then makan sikit jamuan untuk pihak lelaki.. kami di pihak lelaki la.. terima kasih pada pihak perempuan.. balik singgah inas hajat nak jumpa mak tapi mak dah tido kepenatan seharian menyiapkan persiapan anak bujang yg telah pun menjadi suami org hahahha... then balik JB.. esoknya majlis belah perempuan.. aku lepakkan diri dengan abah kat luar je.. pekena surya hahahha abah hulur kena ambil nanti masam muka.. then sessi bergambar (maaf gambar masih belum diupload.. kerana camera org lain).. makan apa patut then balik JB.. tido.. malam berfoya-foya di Danga Bay.. makan di restoran apa tah atas umah.. bersila bagai.. hehhe.. hari ke tiga aktiviti "melawat kawasan" hahhahahh aku and adik beradik sorang lagi dah jadi mcm udang terbakar.. panas ya amat.. satu kawasan ke satu kawasan sampai 3 kawasan kami melawat.. "Good morning, my name is aisyah, i'm 9 years old.." aku suka budak nie.. mata dia mengoda.. hahhaha... anak siapa la nie..

itu je 4 hari pertama balik tu.. di johor.. hari2 lain banyak habis di putrajaya dimana ada kerja yang harus diselesaikan.. and bola.. futsal.. main untuk wisma.. then planning pun planning untuk jumpa "adik beradik betul" yang tah berapa hari diplan.. akhirnya sehari waktu aku balik baru berkesempatan berkumpul.. di Kuang sana.. so guys sorry sangat2.. barang yg dijanjikan ada tapi tiada kesempatan untuk jumpa and bagi.. susah balik tanpa rancangan nie.. tapi apa pun kepulangan kali ini ada sesuatu yang buat aku tersenyum sgt2.. apa aku boleh kata satu je "akhirnya.."..

sorry guys masih penat nak napkan diri jap.. ada ke ayat "napkan"? salam all..

NOte twentyone: perubahan yang besar.. ;-)

Tuesday, October 13, 2009

tinggal beberapa hari lagi..

Salam all,

lama rasenya tak menjengah ke sini.. bukan apa.. aku BUSY.. hehhe tak la.. aku balik bercuti di M'sia.. tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan kembali ke canberra.. balik dengan berbagai reason.. semuanya dah pun aku selesaikan dan hampir semuanya seperti yang aku nak.. terima kasih pada siapa yang banyak memberi support.. tapi biasa la walau bagaimana cantik dan perfect pun rancangan kita tetap ada yang tak menjadi kenyataan.. apa pun rancangan yang besar semua jadi kenyataan.. aku happy sangat..

cuma untuk aku balik ke canberra nanti buat aku sedikit "malas"... terasa ingin menambah cutinya.. tapi sampai bila? tak perlu tamak untuk cuti lama-lama.. simpan cuti untuk benda yang lebih "berfaedah".. mulai saat ini secara officialnya 13 Oct. akan jadi tarikh penting dalam hidup aku.. moga sentiasa akan ada selamanya..

ok la all tak de benda yang nak update pun.. kebosanan duduk rumah sesorg nie.. "lambatnya malam"... hehhee

note twentyone: "terima kasih.."

Thursday, October 8, 2009

sport planet ampang

salam all,

Esok no. 8 jersey wisma putra akan kembali aku sarung di Sport Planet Ampang.. Yok main futsal..

Tuesday, October 6, 2009

Bkt Jalil - Puchong - Kuantan - Putrajaya

Salam & good morning,

Aku baru sampai umah.. hampir pukul 5 pagi.. hahha.. tadi lepas makan laksa di old town aku ke bkt jalil then pegi betulkan kete member kat saujana puchong.. and test drive dari puchong ke kuantan and patah balik.. boleh? perjalanan ke kuantan masih ok sebab masih dengan member yg dok gelak ketawa.. but perjalanan balik hanya tinggal aku sorang setelah member dah mula berdengkur..sampai kul 4 lebih terus ke bukit jalil ambil kete and balik ke putrajaya.. perjalanan ke putrajaya yang menyusuri MEX Highway dengan mata yang amat letih + sakit belakang (salah angkat barang)hampir membuat aku terbabas.. sikit je lagi.. kalau tak mau hancur kete.. but alhamdulillah semua ok.. ok sebab dah jadi mcm tu haruslah mata terus segar bugar..

mata masih segar waktu ini.. cuba nak tido but mungkin sebab nescafe original 4 tin yang aku dok belasah dalam perjalanan ke kuantan buat mata aku sedikit segar lagi.. huhuhu..

ok la all nak layan tv jap.. adios..

note twentyone: estrella - ternyata..

Udah Di Malaya..

Salam All,

Ingat blog ini akan bersawang tapi tak boleh.. kebosanan diwaktu petang2 nie buat aku nak updatekan entry.. ketika ini aku sudahpun berada di malaya.. tanahair tercinta.. reason balik semua pun dah tau kan.. sudah masuk hari yang ke 5 aku kat sini.. ke selatan pun sudah selama 3 hari menghadiri undangan family angkat di sana.. hari ini pun tak banyak benda yang aku buat cuma dari awal pagi membasuh kereta, then ke shah alam hantar aisyah yang demam ke family doktor..

tghari aku dah berada di Putrajaya mengerjakan urusan yang akan harus diselesaikan.. then lunch dengan member2.. habis tu aku terus ke bengkel.. mengerjakan kereta yang sudah 7 bulan tak terjaga dengan baik.. rindu nak bergelumang dengan minyak hitam.. harus hantar cat lagi kete nie.. tapi sikit je nak kena touch-up pun.. dah penat pun nak teruskan.. esok mungkin boleh siap kot.. hehhe

ok la all nak kemas apa2 yang patut.. mau balik makan and tido..

Wednesday, September 30, 2009

M'sia...

Salam all..

So tired.. "sometimes what we give, we didn't get it back.. so don't hope too much.. let it be.. hold on while you can".. to my school mate.. congrats.. happy for you.. brusells is nice place.. enjoy it..


note twentyone: letih minda dan segalanya... pasrah..

Monday, September 28, 2009

lalu jap..

Salam All,

Saja tak nak update apa pun.. biarkan bersawang.. biarkan.. hahhaha bukan tak de cerita tapi malas nak menaip.. mungkin bersawang selama berminggu-minggu lamanya..

so korang masih dengan raya ke? enjoy la eik..

cau.. salam..

notetwentyone: a few hours more.. where's the tank???????

Monday, September 21, 2009

Raya 2009

Salam All..

Ini antara gambar raya aku and anak.. tak banyak mana tapi saja upload sikit..

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!


Aku & Mr. Majid Husain








Aku & Nenekku..











Note Twentyone: Mana ketupat PALAS??? hu3..

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran

Salam All,


Rumah dihias cantik berseri
Ramadhan diganti si Aidilfitri
Serangkap ayat pengganti diri
Tanda teman-teman sentiasa diingati

Kelam malam bulan menyendiri
Bintang bertaburan di dada langit
Gema takbir kesyahduan di rasai
Tanda Syawal menjelma kini

Baju raya jahit bersulam
Tak cukup satu dibuat tiga
Tangan dihulur menyambut Salam
Memohon ampun maaf dipinta

Andainya kami …
~ Terkasar bahasa dalam bicara,
~ Termarah yang tak kena tempatnya,
~ Tertanya tak tentu hala,
~ Tersasul yang tak sengaja,
~ Terpinjam terambil harta & benda,
~ Termoody tak semena-mena,
~ Terumpat bila ada cerita,

Ma'afkanlah kami.
Selamat Hari Raya 'Aidil-Fitri,
Semoga bergembira bersama kaum keluarga,
Sanak saudara Dan orang yang tercinta.



Dari kami anak beranak Azuan & Nur Aisyah Safiah

Note: Syahdu Sungguh... Salam Aidilfitri..

Thursday, September 10, 2009

"Setiap Masalah Ada Penyelesaianya"

Salam all..

Lama tak menyinggah ke sini.. sebenarnya amat sibuk akhir2 ini.. mcm2 kena uruskan.. dari benda yang sulit sampai akhirnya dapat dimudahkan.. betul kata sahabat "setiap masalah ada penyelesaianya"... alhamdulillah selesai semuanya.. walaupun pada mulanya berperang dengan company2 penerbangan semua tapi akhirnya selesai gak..

Tak sabar nak pulang ke M'sia.. tunggu hari je nie.. walaupun balik hanya untuk 2 minggu tapi jadual aku amat padat.. sila maklum.. hehehe.. aku nak habiskan cuti aku sebaik mungkin.. aktiviti yang aku rasekan berfaedah.. ada member balik raya nanti.. tidak bagi aku.. aku hanya balik lepas raya.. mungkin hanya dapat jumpa kejap je kot.. sahabat the hague balik, dengarnya sahabat jakarta juga balik.. contact aku guna no sini bai.. senang nak jumpa.. dapat gie minum jadilah..

So balik nie aku nak cari segala makanan yang aku teringin nak makan.. lontong, asam pedas, sambal ikan bilis.. hahhaha bukan tak leh buat sendiri tapi rasenya tak sama dengan air tangan org2 yang buat makanan tu semua..

Then nak menghabiskan masa dengan org2 tersayang lagi.. tau bukan cukup walaupun 2 minggu.. balik beralasan so tak leh nak dapatkan semua apa yang aku nak..

ok la tak de apa nak update pun.. nak tido dah lebih kul 1 am pun.. hhahah.. adios all..

note twentyone: bai lu berdua contact aku kalau boleh confirmkan korang pakai no sana ke apa?

Tuesday, September 1, 2009

Kad Hari Raya Pertama

Sekali lagi salam all..

Hari ni terima Kad Hari Raya Pertama, nun jauh berpuluh ribu baru dari Rome, Italy..
yang aku tak tahan.. ni korang tgk bawah nie..



Memula dapat pelik gak aku bila receptionis aku panggil aku dengan gelaran tu.. aku cakap surat untuk Dato' ke? (Big Boss) tapi dia kata Dato' Azuan.. aku pelik bebenar... bila tgk baru aku paham.. apa pun thanks bro untuk kad hari raya tu.. hahhah ya ko memang hensem.. hahhaa.. lawak sahabat aku sorang nie.. ya sempritmu sempritku jua..

note twentyone: Salam Aidilfitri untuk lu and family kat sana..

Reception Merdeka Day

Salam all,

Setelah 3 hari cuti.. cuti ke? macam tak cuti la.. walaupun waktu keje amatlah flexible.. kul 10 masuk kul 4 habis.. tapi amat memenatkan.. preparation untuk Merdeka Day diadakan di Rumah Malaysia seperti biasa.. persiapan dari meja makan, makanan, court yard semua teratur.. tetapi biasa la hujan la waktu toast berlangsung but alhamdulillah hanya selama 20 minit.. tetamu yang datang juga ramai.. seperti biasa satay, menu utama menjadi sasaran tetamu.. dalam masa 1 jam 1500 batang satay habis dibakar dan habis masuk ke perut para tetamu.. nasi briayani juga tak kuang hebat dalam masa sejam juga licin dikerjakan oleh para tetamu.. aku tiba di Rumah Malaysia seawal kul 5.00 pm setelah sessi menerangkan aktiviti yang bakal dijalankan kepada para waiter and waiteress kami semua berbuka tepat pukul 5.41pm.. setelah berbuka and solat maghrib kami mula menyambut tetamu yang mula datang seawal jam 6.15pm.. toast dimulakan tepat pada pukul 6.45pm.. lagu Negaraku and Australian Nation Anthem selesai dimainkan mulalah para tetamu menyerbu.. memandangkan hujan di court yard.. makanan di dalam dining hall mula kehabisan dalam masa 15 minit sahaja.. lepas top up and hujan dah berhenti baru lah meja yang menempatkan makanan diluar diserbu..



selama 3 jam acara berlangsung.. waiter and waiteress seramai 6 org ternyata tidak mencukupi untuk melayan para tetamu seramai lebih kurang 300 orang.. so terpaksa kerah keringat untuk memastikan semuanya berjalan lancar.. aku and beberapa pegawai and staff sibuk keluar masuk kitchen.. tetap kul 8.50pm bila para tetamu sudah mula beransur... terima arahan clear.. apa lagi clear semua tak sampai 30 minit.. hahhaha nak menyediakan semua nie dengan khemah, meja, kerusi, sound system semua makan masa 3 hari nak kemas tak sampai 30 minit.. bagus... bagus semua.. hehhe.. terpaksa pulang lambat sedikit memandangkan student yang diupah untuk membasuh masih belum habis kerja.. kempunan ayam masak merah yang ternyata menarik perhatian aku sejak awal la.. takpe asalkan semuanya berjalan lancar.. yg best.. kuah satay satu periuk besar hanya dipakai 2 bowl sahaja.. agaknya para tetamu tak tau makan satay dengan kuahnya sekali mungkin..



sampai rumah kira-kira kul 11 lebih.. memula memang nyenyak tidonya.. tapi kul 1 lebih terjaga.. tah apa tah kejap-kejap terjaga.. badan dah mula sakit.. memandangkan tak boleh tido aku bersahur sudahnya.. kul 2 lebih aku dah mula buat nescafe and makan biskut.. nak makan makanan lain amat tak de selera.. ada la 5 keping kot biskut aku bedal.. lepas tu cuba tido balik.. saja tak bukak tv kerana kalau dah ada cerita best mau sampai pagi aku tak tido.. tapi masih sama kekejap tersedar.. sudahnya sampai ke subuh.. sampai office aku ingat aku sorang yang awal semuanya pun awal.. siap cerita yang sama tak boleh tido.. hahaha...

so tadi decided nak balik awal oktober.. but by mid oktober cuba untuk balik kesini balik.. ada beberapa sebab nak balik pada masa tu and beberapa sebab juga nak balik awal ke sini.. nak balik ke m'sia bagi memenuhi undangan perkahwinan.. simple kan.. mungkin bagi korang membazir.. aku kena pegi.. sebabnya munasabah bagi aku.. bukan org lain kawin.. adik dalam keluarga angkat aku kawin.. 2nd kena balik hantar kak long balik.. benda nie terpaksa aku buat.. ok kenapa nak balik awal sini?? tak nak bazir cuti boleh?? hahhahah nak buat cuti bebanyak tah.. takpe ada keperluannya nanti.. satu lagi sebelum minggu ke tiga aku mesti balik sini.. tak nak adakan diri di M'sia waktu tu.. ada punya sebab tersendiri.. lagi pun ada visit pada bulan oktober nie..

penat semalam masih belum hilang lagi but still tak nak layan sangat.. telan panadol and buat2 biasa je.. layan mafia wars lagi.. itu je la keje aku lately kalau malam.. ketagih? tak juga sekadar suka2.. dari melayan perasan gundah gulana baik aku layan something yang boleh buat puas.. yes puas hati malam nie cuba dapatkan angka 200 person yang telah aku bunuh... hahhaha dalam alam maya sahaja ok.. sekrang dah 188.. nak cari 12 tak susah.. cari oppenent yang lemah sikit dari geng mafia aku yang cuma ada 54.. hahahha skrg pun dah level 62.. apa kata cuba sampai 65 malam nie.. sahabat bertanya mcm mana leh sampai level tu.. tah dalam masa 2 minggu nie dari level 5 dah sampai 62..

ok la all nak makan awal malam nie memandangkan tadi makan nasi kosong and ikan goreng sahaja.. malas nak masak sebenarnya.. nak buat tauchu masih tak terbuat hari minggu sahaja la.. adios all..


note twentyone: masih tak nak fikirkan apa akan jadi.. serahkan aje..

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52 Malaysia.. 1Malaysia..

Salam All,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 Malaysia.. 1Malaysia..

Esok kerja sebab last preparation untuk reception Merdeka malam nanti..
2 hari lepas jadi something.. adakah ini petunjuk yang DIA nak bagi.. masih berbelah bagi sebenarnya tapi kalau itu takdir dan itu juga jalan penyelesaiannya kenapa nak ketepikan kejadian itu..

Cuba cari ketenangan untuk mendapatkan atau memastikan tindakan kali ini betul.. dah terlalu banyak benda "terkorban".. kasih sayang, wang ringgit, keringat, dll..
sekali lagi meminta agar diberi petunjuk yang jelas dan lagi menjelaskan.. doakan keputusan yang dah 80% ini betul..

Kata org itu aku terburu-buru.. bukan bukan terburu-buru tapi ini takdirnya.. mana tau ini yang hendak ditunjukkan NYA.. silap dulu boleh dibetulkan.. silap sekarang jgn salah langkah.. yg pasti yang menyokong adalah 99%..

note twentyone: dari terus menunggu kepastian yang belum pastinya..

Thursday, August 27, 2009

Akhirnya..

Salam all,

Akhirnya apa yang aku paling takut terjadi sebelum aku datang sini akan terjadi gak.. nampak gayanya malam nie jadi saksi semuanya terlerai.. perjanjian dipegang sebelum ke sini dulu telah pun dilanggar... mungkin ini takdirnya.. walaupun sedih dengan keputusan ini, aku kena terima.. aku cuma ada sebulan setengah lagi sebelum benda ini betul2 jadi.. masa itu juga tak aku lengahkan untuk aku gunakan sebaik mungkin untuk aku jadikan bekalan bila tiba masanya nanti.. sedih sangat sebenarnya.. dah dapat aku rasekan kuat 2 minggu lalu nie benda nie akan jadi.. tapi aku diamkan aje walaupun hari2 fikir kononnya nak ignore je..

Sebulan setengah je lagi.. aku kena berpisah dengan anak aku.. aisyah kena balik malaysia.. tinggal di sana.. benda yang aku tak nak sangat terjadi.. aku bukan tak boleh tinggal sorang.. but aku mmg tak leh hidup tanpa aisyah.. aku akui aku sangat rapat dengan aisyah.. aku cuba elak benda nie jadi tapi tetap juga jadi.. harapan aku cuma satu aisyah kembali ke sini secepat mungkin..

Mungkin ini semua jadi ada hikmah.. tapi kalau dah kepentingan atau kehendak orang itu sendiri aku tak dapat nak elak so keputusannya terpaksalah aku jadi mangsa keadaan.. mangsa dimana aku terpaksa tinggal sorang dan benarkan aisyah tinggal di Malaysia buat seketika.. harap satu lagi "kejadian" itu lak tak akan jadi.. aku akan cuba buat terbaik agar aisyah kembali ke sini.. atau dalam erti kata lain perlu ke aku kembali ke Malaysia? ada gak fikir benda tu.. kerjaya and keluarga sama penting.. sama-sama aku perlu.. rase nak hantuk je kepala kat dinding.. nak nangis? harus nangis.. mungkin bukan sekarang.. mungkin waktu tinggalkan aisyah nanti.. alia? aku baru plan nak bawa alia ke sini.. mungkin juga ada hikmahnya semua nie jadi.. YA ALLAH tolonglah tunjukkan aku jalan untuk permudahkan hidup ini.. amin..


note twentyone: betul ke aku buat nie? tapi itu kehendak dia..

Wednesday, August 26, 2009

Cartoon...

Salam all,

Hari ini aku minta cuti kecemasan.. badan tak larat demam and tekak terasa amat perit seperti mau meletup (KEboooMM)tapi puasa tetap terus.. hehhe.. sepanjang hari melayan kak long.. petang tadi sampai la nie.. kul 4.07am aku baru habis tgk cartoon.. slam dunk dari episod 1 sampai 101.. kiranya dari mula sampai habis la.. aku memang meminat cartoon... tak kira apa.. semua aku belasah..

esok kena pegi gak keje walaupun sakit.. memandangkan hajat nak jumpa doctor tadi tak dapat.. nak jumpa kena buat appointment bagai.. sekali dapat jumpa minggu depan boleh? demam nak jumpa doktor minggu depan.. so decided bagitau bos EL.. kalau tak larat esok kemungkinan ambil cuti terus sampai hujung minggu.. tapi fikirkan balik tak boleh sebab nak kena buat preparation untuk National Day isnin nanti.. tgk la mcm mana esok..

aku actually baru lepas sahur tak makan apa.. masak roti canai sekeping je.. since ada lauk masak lemak tadi so aku makan bercicahkan itu je la.. lepas nie nak cuba tido lak.. dapat 2-3 jam pun jadi la.. ok all.. nak tido.. harap2 leh tido..

note twentyone: eja 21 - ten ten one ok.. lawak sungguh..

Monday, August 24, 2009

Mau jadi manusia normal

Salam All,

Kala waktu ini jam dah menunjukkan pukul 2.20am.. mata masih segar.. ingatkan hari nie dapat tido awal ke.. since dah 2 hari mata dapat lelap 2 jam lepas sahur sahaja.. pelik sangat.. acctually tak pelik pun cuma nak jadi manusia normal yang boleh tido sekurang2nya 6 jam.. tapi masih tak boleh.. CPT pun sudah lama tak guna.. tak nak guna since ramai yang kata tak elok.. mmg tak elok but kalau dah begini seminggu atau 2 minggu lagi.. itu sahaja jalan penyelesaiannya..

Nak kata badan tak penat.. tak jugak ialah memandangkan bulan puasa nie kan.. mau tak letih.. kalau di M'sia mungkin leh melelapkan mata waktu 'lunch hour' tapi disebabkan masa bekerja telah dipendekkan maka 'lunch hour' adalah waktu bekerja.. nak kata tak busy.. tak jugak sebab still ada keje..

So sahur hari nie makan paprik and kailan oyster sauce.. lauk2 kegemaran aisyah.. kailan cuma batangnya sahaja.. sayur hijau itu harus tak disentuhnya.. so aku and natrah tukang habiskan.. mmg perangai dia dari kecilkan.. sampai nak kena suap and gaulkan sayur itu disebalik nasi.. masuk je mulut harus keluar balik.. masak untuk dia bawang tidak boleh nampak kalau tak ini ayat dia.. "babah bagi kak long bawang?".. lately dia dah mula belajar spanish.. mengeja mungkin sedikit lambat.. but mengira agak cepat.. betul kata org budak2 mmg cepat belajar.. last week start belajar mandarin lak.. hahhhaha since natrah amat cekap mandarin so dia mula 'tangkap' cepat sikit..

Tengah fikir apa nak buat since tak leh tido nie.. nak main mafia wars mcm dah jemu lak.. klik sana klik sini.. premier football dah aku biarkan malas nak cari challanges lagi.. biar org je challange aku.. setiap kali kena challange setiap kali itu juga kalah.. last week kemenangan melebihi kekalahan.. but 4 hari nie dah 16 team challange aku semuanya kalah.. hahhaha.. lantak la.. tadi jugak perkenalan pertama dengan sesorang bernama Azly.. ya Azly Hj. Ayub.. merangkap abg aku.. pelawaaan untuk gather itu masih aku fikirkan.. tak terlintas untuk aku nak join atau dipelawa begini.. adik kata pergi.. hati kata tak nak.. kepala mula pusing.. hahha.. nak lupakan kisah lama bukan senang.. kena lagi bila melibatkan masa yang terlalu lama 29 thn beb.. bila fikir balik dah lama terbuku memulanya dan sekarang dah terbuka lak.. adoii mmg tak nak ingat..

Apa pun jadi aku tetap bawanya selama 29 thn ini.. walaupun cuba tak nak ingat dalam ID tetap itu juga.. abg azly janji nak kenalkan pada 3 org lagi 'adik beradik' erm.. malas rasenya nak kenal.. sebenarnya dulu aku dah kenal sorang semasa permulaan perjalanan aku ke benua eropah.. layanan mengalahkan seorang yang duduk di first class.. merangkap kakak aku.. berdasarkan nama pada boarding pass sahaja kami berkenalan.. cerita lama yang aku ingat akan sampai disitu sahaja.. kini mula 'berhubung' balik.. apa pun serah pada DIA untuk tentukan segalanya.. moga kebaikan yang bakal mendatang..


note twentyone: Melihat gambar itu mengingatkan aku yang pernah ke situ dahulu bersama dia juga.. Bezanya cuma waktunya sahaja.. siang dan malam..

Friday, August 21, 2009

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak

Salam All..

Memula nak ucapkan Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak kepada semua kekawan dan readers.. hari nie kami disini akan memulakan puasa.. tadi tarawih.. balik baru la aku buka segala facebook/blogspot nie sekadar nak tgk and update apa perlu..

Bila Ramadhan menjelma kali nie buat aku sedih gak.. maklumlah bila kena sambut ramadhan hanya ditemani adik dan anak sahaja.. tapi tetap bersyukur sangat2.. sekali lagi dapat menyambut Ramadhan dan insyallah Shawal juga.. sahur hari nie tak buat apa pun balik dari office tadi beli daging, wings and sayur-sayuran buat sampai hujung minggu nie baru beli barangan lain.. insyallah..

Hari along Noreen approch aku.. "keluarga" nak berkumpul.. aku tak tau samada aku sedia untuk menyertai acara ini.. maklum la "keluarga" itu aku kenal hanya along and sorang lagi saja.. itu pun aku tak ingat namanya.. tadi along mention beberapa nama yang aku kenal bin atau bintinya sahaja.. sebab bin dan bintinya sama dengan aku.. mungkin sudah 18 thn aku tak jumpa dia dan mmg selama ini aku tak ada niat nak jumpa pun.. sebab dulu dan masih terasa sampai sekarang yang hidup aku dah ok tanpa kehadiran dia dalam hidup aku.. tapi bila di approch oleh along tadi aku jadi kelu and tak tau nak bagi jawapan apa.. bukan tak nak tapi tak sedia nak kenal dengan "adik-beradik" yang lain.. bukan sedikit ok.. berbelas juga dengarnya.. hari ini sahaja aku dah dengar 5.. semua nama yg aku buat aku kenal.. nama such azly, linda, anne dll mcm kenal je hahhaha.. tapi aku kenal itu nama kawan2..

insyallah kalau ada rezeki dan masa yang sesuai apa salahnya nak jumpakan.. sekadar jumpa..

note twentyone: rindu dia lagi..

Thursday, August 20, 2009

DiA masih SaKit!!

Salam all..

Actually takde masa nak online malam nie ataupun nak wat entry but since tak leh tido bukak kejap la internet nie.. sebenarnya tgh dok cuba tidokan aisyah yang dari aku balik kul 11.30pm tadi merengek2.. sakit katanya.. aku cakap "tu la kak long tu girl bukan boy.. nakal sangat kan dah sakit.." kata dia "bukan kak long la.. cawan tu yang jahat cut tangan kak long.." nak ketawapun ada.. ada ke salah cawan.. badan dia pun panas.. demam la tu.. so bagi ubat.. peluk2 sikit.. mata dah mula kuyu.. tido pun merengek2/ngigau kot.. teringat la tu..

so mlm nie dia tido dengan aku la gamaknya.. kesian pun ada.. almaklumlah bila dah kena peluk2 tu "soalan tido" yang ditanya.. but aku diam je.. sambil tgk tv.. selalu aku buat2 tido.. but since semalam dia dah keluar ayat "asyik2 tido" so kena tukar taktik la.. hahahha.. tadi dia suruh jangan keje esok.. asalnya mmg aku nak cuti tapi lupa lak nak isi borang cuti.. sabtu dah mula puasa kat sini.. tadi sebenarnya baru balik dinner "Malam Gemilang" anjuran MASCA.. ok la office ambil satu table.. aku memula nak bawak kak long but since dia pun tak sihat malas aku nak bawak..

erm.. ok la all tak de apa nak citer pun sebenarnya.. ada tapi disebabkan ketidakpandaian untuk nak upload performance dari satu band indonesia yang aku record live tadi so langsung tak de cerita.. esok nak ke airport seawal jam 6.30am.. hantar bos.. sok kalau tak de apa sangat nak 1/2 day je kot.. nak pegi belu barang umah untuk sahur nanti.. but jam 10 esok nak ke DFAT lak adoi.. tulis nie baru aku ingat..

ok la.. aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK, SELAMAT BERPUASA semua..

note twentyone: 2-3 hari yang meletihkan di office bukan buat apa tapi mengantuk..

Wednesday, August 19, 2009

Bila Nakal

Bila nakal sangat ini jadinya..




dan akhirnya ini jadinya.. dah jadi mcm babah..




note twentyone: jangan la nakal sangat yer.. awak tu girl bukan boy..

Monday, August 17, 2009

H1N1

Salam all..

Hari ini aku cuti but still kena datang office uruskan 2 perkara ie programe minggu ni and beg diplomatik.. "kojo sonang" org kata.. tak sampai sejam aku kat office then ke airport hantar beg then terus shoot balik rumah..

Hari ni baca paper utusan.. dah 62 org mati/meninggal/terkorban disebabkan oleh H1N1 di Malaysia .. ramai jugak yang sakit.. demam ke, batuk ke, selsema ke.. musim ke? Sini walaupun top list country H1N1 but still calm.. tak tau nape... dengarnya tak nak cerita kematian menyebabkan rakyat panik.. tak tau la betul ke tak.. aku pun sebenarnya baru je baik demam teruk dah 3 hari pun.. but hari ini dah ok la.. takde lagi melawat "rumah kedua" jumpa doktor hari tu sahaja mengambil masa 4 jam.. huhuhu tak nak la sakit yang teruk2 kat sini.. mintak dijauhi..

hari ni ada sahabat satu keluarga demam.. erm.. takut dengar.. harap tak de apa2.. 2 minggu lepas terjumpa seorang doktor nie.. malaysian yang belajar kat Adelaide sana.. keje dengan kementerian kesihatan.. datang buat passport.. dia kata pengidap H1N1 yang mati/meninggal/terkorban kebiasaannya immun badan mereka sangat rendah.. samada terdapat penyakit ke 2 atau ke 3.. lelah, sakit jantung dll adalah penyebab utama kematian tersebut..

di sini bila dapat berborak dengan officer dari negara jiran kita terasa malu pun ada.. vaksin mereka dah ada dari tahun lepas lagi... setiap officer ada vaksin mereka sendiri yang disediakan.. negara kita? kenapa tak simpan yer vaksin tersebut seperti jiran kita nie? bila mereka tanya officer malaysian.. jawapan nak safe.. dah order belum sampai.. itu jawapan 4 bulan lepas.. persoalannya adakah pemimpin negara tak perihatin? tak nak cerita bab politik.. sebab kalau cerita kesimpulannya sungguh mudah.. pemimpin dipilih oleh rakyat, rakyat perlu diutamakan.. jentera pemimpin parti sekarang lagi bijak pandai.. tapi mereka juga harus sedar yang memangkah kertas undi bukan lagi rakyat yang cetek akalnya.. ramai yang berpelajaran sekarang nie.. tau nak nilai baik buruk.. bukan nak burukkan kepimpinan sekarang sekadar MENAGIH keperihatinan mereka sahaja.. tak guna slogan terbaru tu kalau tak de pendekatan yang wajar dan pantas diambil.. and jangan qoute ayat aku.."mereka yang terkorban disebabkan oleh penyakit sampingan ke 2 atau ke 3 tu.." walaupun itu kebenarannya..

sebagai rakyat lak langkah apa lak yang kita ambil untuk sekurang2nya menjaga keluarga kita dari dijangkiti? H1N1 ni berjangkit dari udara dll.. pakai mask sahaja tak cukup.. kurang2kan lah aktiviti dikhalayak ramai nie.. perjumpaan2 yang tak penting atau perjalanan yang dirasakan tak penting tak yah la pegi.. sayang beb bila dengar baby, kanak2 yang terkorban tu.. kita tak pernah taukan masa depan dia.. manalah tau mereka2 itu bakal pemimpin negara satu hari nanti.. so please kawan2.. takat nak berkhemah, gathering tempat terbuka, berenang ke, apa pun aktivit dikhalayak ramai nie kurang2kan la..

teringat kata seseorang dulu.. apa ko pedulik? "kubur lain2.." hahahhah naif dan cetek pemikiran orang mcm nie.. aku bukan sibuk.. sekadar berkongsi idea, pengetahuan walaupun sedikit dan paling utama sekadar mengingati kawan2.. kalau ko bukan kawan2 lantak ko la.. fikir lah mana yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan orang tersayang.. adios..

note twentyone: tak nak dengar ada dikalangan yang aku kenal terkorban sama.. sama2 mencegah untuk kebaikan bersama..

Thursday, August 13, 2009

MoDe..!!

MoDe: hangin cuma tak terluah..

"Kala dia meminta dan ketika itu kau menonton, sila beri apa yang dihendak kerana tidak lagi dia meminta tau merengek.. jangan sekali kau kata sebentar atau nanti.. jawapan itu membuat aku sakit hati.. cuma aku tak nak membesarkan isu itu.. beri apa yang di hendak kerana ada banyak kebaikkan bila bagi apa yang dia nak.. bukan benda yang tak elok dia minta.. so bagi.. atau mungkin satu hari aku akan meletup.. jangan sampai aku meletup.."


note twentyone: mungkin bukan kau punya kau buat begitu..

Wednesday, August 12, 2009

Dari sahabat

Salam..

Sahabat menjengah ke entry Vienna (wien)..


Sahabat : "Takkan ko dah lupa ke mana kita pegi malam tu, 4 tahun dulu.. :D?"

21 : "Ko lupa ke? Perlu ke aku tulis ke mana kita pegi malam tu? hahahhahha..."

Sahabat : "Tu semua kenangan tu bai.."


Bai, bukan tak nak taip mana kita pegi malam tu.. ko pun tau kenapa aku tak letak.. betul kata ko kenangan tu.. baik atau manis itu ko sendiri la nilai.. bagi aku MANIS aje.. hahahhaha..

note twentyone: ramai yang sakit lately nape yer..

Monday, August 10, 2009

10 August 2005 - Vienna (wien)

Salam all..

Dulu 4 thn dulu.. 2005.. 4 bulan sudah aku menjejak kaki ke benua Eropah.. di bulan ini juga dan di tarikh yang sama 10 Ogos 2005 kali ke tiga aku ke Vienna untuk Curior Beg Diplomatik.. kali itu aku ditemani sahabat yang berada di Budapest, Hungary.. waktu tu summer.. menikmati summer di danau dengan sahabat.. kalau di ingatkan balik mesti ketawa berdekah-dekah.. bai lu ingat bai? makan McD, makan kebab.. minum macciatto kat Stephenplatz ... lepak hotel Sofitel then kena pindah lak hotel esok harinya.. hahhahha ingat bai kita kemana malam tu? Kenangan tu semua.. aku rase waktu tu aku tak jumpa ko dah hampir 3 thn kot.. last masa ko balik cuti aku hantar ko ke airport..

Ko lah tourist guide aku semua tempat ko bawak aku.. ingat malam tu ko tak leh tido? hahhaha.. bestkan.. posting kali nie pun kita dekat lagi bai.. apa kata kita buat trip bai ke Bali ke.. aku tak nak ke tempat ko.. sesak.. aku nak tempat yang damai.. lagi pun Bali ko pernah pegi and aku pun pernah pegi so tak de la kita sesat barat.. lepak HRC and PH.. cuma bezanya aku pegi bercuti ko pegi honeymoon.. dulu aku pernah ajak ko kan.. nak serang semua HRC seluruh asia nie.. apa kata kita plan balik semua tu? lama tak buat giler bai..

Mungkin korang tertanya baik sangat kami nie.. hehhehe kami batch sama waktu belajar dulu.. tapi dia habis dulu al maklumlah pelajar terbaik.. aku lak lambat habisnya kerana kesengalan aku menerima pelajaran.. but alhamdulillah habis gak.. then jumpa balik masa bertugas yang mana kebetulan sama tempat bertugas tetapi dia kira senior la.. then lepak satu rumah kat kajang sesama.. sampai la tak salah aku 2003 bila dia dapat bertuags ke Budapest.. tempat yang menghairahkan hahahhah tul bai? tak payah citer kenapa.. bila aku memula di'perintahkan' ke Nepal dulu terpaksa aku tolak kerana tau masih cetek ilmu.. then ditawarkan ke negara asia-eropah pun terpaksa tolong memandangkan permintaan untuk tangguh tak diluluskan.. waktu tu ramai yang mengutuk kerana melepaskan peluang yang mungkin datang hanya sekali.. tapi aku fikir kalau rezeki tak kemana.. then di offer pulak ke Lagos.. persetujuan dicapai tapi entah kenapa 2 minggu sebelum pegi nama ditukar dengan si Lukman.. so aku masih di tempat sama lagi.. lepas tu aku pindah bahagian ke bah. Adjudikasi & Timbangtara(dah bubarpun Bahagian ni).. tempat paling best pernah aku keje.. bos, pegawai, member semua kamcing.. keje mmg banyak tapi tak de stress.. kena jugak jaga TSK hampir sethn setgh aku jaga dua org bos akhirnya panggilan dari bahagian PSM.. ayat pertama EYY.."tak leh tolak.. kena pegi gak.. get ready by nov 2004 you pegi.." so aku readykan diri, minda dll.. but semuanya tak seperti yang dirancang.. TSK tak lepaskan.. adoi selama 5 bulan aku masih di office yang sama.. tapi keje tetap jalan.. sampai la minggu ke tiga bulan Mac 2005 bila perkiraan aku segalanya dah tak teratur.. keputusan mesti diambil.. aku jumpa PS.. setelah berbincang.. setuju PS akan bagitau TSK.. esoknya tak pernah2 TSK masuk hari selasa ke pejabat tapi hari tu di masuk.. settle apa2 patut and abg din driver TSK dah hint sambil senyum... kata aku baik ka tak baik? semestinya baik.. dengan tenang aku jumpa TSK bila dipanggil masuk.. setelah bertanya 2-3 soalan and tanya soalan maut.. aku matikan dengan jawapan maut pulak so dia setuju.. dapat persetujuan depan aku dia call EYY katanya sediakan PO.. sepantas kilat juga PO sampai tengahari itu juga.. setelah selesaikan beberapa perkata.. petang itu aku ke unit ticketing.. cari tarikh sesuai memandangkan tertulis dalam PO 'minggu pertama april' so dengan pantas aku kata 1 april memandangkan hari itu adalah hari jumaat.. so 4 hari lepas itu ticket siap.. tapi tiada seorang kawan yang hantar kerana mereka semua menjangkakan aku hanya main2 1 april (april fool) tapi takpe sebab itu semua perkara kecik bagi aku... so bermula satu episod baru dalam hidup aku.. tak kisah untuk hidup berjauhan sebab dah biasa pun dari kecik.. cuma dalam fikiran aku mcm mana bos baru nanti.. mcm mana keadaan hidup kat sana memandangkan sebelum pegi mcm2 cerita aku dengar..'sampai ko kat airport jgn terperanjat bila ko nampak kete kebal ke, MIG ke.." tapi aku diamkan sebab aku nak tgk sendiri betul ke ada semua tu..

1 April 2005 - 2355hrs - MAS Airlines seat 3A ke Vienna, itulah penerbangan aku ke Benua Eropah... penerbangan makan masa hampir 13 jam.. transit di Vienna selama 8 jam buat aku mula bosan.. tiada apa yang menarik nak keluar ke Vienna City masih pagi iyalah aku sampai kul 5 pagi.. so ambil keputusan sekadar tido je kat MAS Airlines Lounge sambil menyedut herba yang aku bawak 2 karton dari tanahair.. penerbangan seterusnya pada pukul 1.15pm.. sekali lagi aku ingat Lauda Air seat 7c.. then touch down Pristina International Airport pukul 4.45pm.. aku disambut oleh haji (uncle u kan..) ok.. tempat menarik mcm country side.. yes memang betul ada semua apa yang di orang katakan..tapi itu yang menariknya tentang Kosovo.. dari sesejuk suhu -27'c sampai la sepanas2 suhu 47'c aku dah rase.. itulah apa pun tanahair tetap dihati.. teringat family perkara biasa tapi aku tak berapa nak layan sangat.. sebab nasib baik keje, bos and officer semua ok.. sekepala gak.. ada je masa terluang kami lepak buat makan2 ke, lepak tengok tennis ke atau ke negara sebelah Macedonia, Serbia atau Albania.. yang aku suka posting sini.. semua game bola live and tak ganggu waktu tido beb.. England yang beza hanya sejam lewat tak jadi halangan.. makan sini tak pernah jadi masalah kerana 99% islam and semuanya halal.. daging yang sedar.. cuma nak dapatkan sayur and ikan sudah sedikit.. itu sebabnya apa bila kami ke Vienna segala peluang itu kami gunakan beli sayur yang tak de jual di Kosovo, beli ikan seperti kembung, bawal, ketam dll.. pelikkan siakap ada lak jual kat Kosovo.. hahhahaha...

31 Januari 2009 itu lah tarikh dimana kali terakhir aku melihat bumi Kosovo, dan tarikh terakhir pejabat Malaysia beroperasi.. skrg dah takde lagi Liaison Office of Malaysia di bumi Kosovo.. Kosovo dah pun merdeka... aku doakan rakyat, rakan2 di Kosovo ceriakan dan hidup dalam keadaan aman selamanya.. selamanya wujudnya Republic of Kosovo.. 10 April 2009 aku telah pun di penempatan baru.. mmg aku tak pernah jangka akan posted ke bumi Aussie nie.. yes aku punya target.. target hanya sekitar negara asia yang dekat je.. tapi siapa sangka Aussie pun negara Asia gak skrg.. mungkin rezeki aku disini.. insyallah temapt mcm nie walaupun kebosanannya ditahap yang boleh dikatakan kritikal but cuba serasikan diri dengan keadaan ini..

note twentyone: bai plan bai.. hope jadi.. 12.00am sudah sini.. Happy 2nd Birthday Nur Alia Sofea.. moga jadi anak yang baik and solehah.. babah sayang adik..

BUsy - Sup - Follower - Adik

Salam all..

Apa citer hari nie? Sedikit busy.. SU III nak balik esok.. aku kena tanggung keje dia.. hari nie menyettlekan (ada ke ayat ni?) claim2 big bos semasa kedatangan menteri2 berkaitan baru2 nie.. bayar itu bayar ini.. esok sorang lagi menteri sampai malam lak tu, nak ke airport kul 10 mlm.. adoii letih..

sebenarnya aku tgh tunggu TV yang aku dok order dari Harvey Norman sabtu lepas.. katanya malam nie sampai but tak tau kul berapa.. bukan tak leh hantar siang tapi memandangkan aku keje and tak tau balik kul berapa so kena la tunggu lepas waktu pejabat..

hari nie natrah masak.. masak sup ayam.. aku bukan pengemar sup.. serius amatlah susah aku nak makan sup.. kalau tom yam, sup ekor aku leh makan itu pun cuma ekornya sahaja.. supnya aku letak tepi.. pelik tapi waktu belajar dulu leh lak nak makan nasi goreng and ada sup mangkok kecik tu.. hahahaha.. akibat cakap tak suka makan sup aku ditegur.. "org ckp bila kita takut anjing kita mesti cuba m'dekati anjing tu so rasa takut tu akan hilang... so sama la bila kita x mkn sup tu kita mesti cuba utk mkn so br la kita rasa x suka kat sup tu akan hilang" ... so jawapan aku "baik ####### saya makan sekarang"

so sekarang aku tengah menyuap sup berkenaan ke tekak sendiri.. buat2 la itu sup ekor.. and tetiba teringat ada pedal kat dalam frezer.. kalau buat goreng halia mmg sedapkan.. makan panas2.. huhuhu.. ok cukup pasal makan..

ok nie terbaru nak ucap terima kasih pada yg jadi follower.. hari ini ada perasan follower baru tak kenal tapi tak pe.. cuba cari blog anda manalah tau saya kenal ke.. tapi tak dapat.. it's ok..

aku tunggu adik aku contact aku.. dia sedang bermasalah.. apa aku boleh bantu akan aku bantu.. so adik pepandai buzz kalau tak busy..

note twentyone: esok birthday dia.. mau call kl.. mau cakap dengan dia..

Saturday, August 8, 2009

Preview..

Salam all..

Hari ini bangun je mandi bergesa nak ke office but singgah sebentar beli ticket cinema HP.. then terus ke office buat keje sikit kul 2 baru balik ambil aisyah and natrah untuk cinema kul 3.. waktu preview cerita2 yang bakal keluar aku dah target nak tgk cerita nie.. FAME... nantikan pada 25 SEPTEMBER 2009 (tarikh itu la pulak).. mungkin lama lagi but.. sekadar untuk korang tonton and block dairi ke.. sure best bagi mereka2 yang suka music, tarian dll.. aku kalau cerita2 mcm nie mmg teruja sikit.. sedikit info...

"Is all about.. MUSIC.. LOVE.. FRIENDSHIP.. HEARTBREAKING.."

Citer FAME ini adalah kali ke 2 dilayarkan setelah yang pertama pada tahun 1980, 29 thn berlalu versi yang lebih menarik dilayarkan kembali.. block dairi masing2..


Sila klik sini


note twentyone: seminggu lepas itu mungkin aku berada di selatan tanahair.. kekadar perancangan..

Friday, August 7, 2009

Kamu lagi..

Salam all..

Sebenarnya aku takde mood nak buat entry kat sini tapi tapi setelah mendapat panggilan dari member di M'sia nun.. and selepas membuat penjelajahan hati jadi panas jap.. jadi timbul idea "nakal" nak buat entry ini.. Entry ini ditujukan kepada KAMU..

Oit Kamu!! apapun urusan ko aku tak pernah campur kan.. tapi bila kawan aku call suruh aku menjelajah blog Kamu tak payah lah kamu nak bercerita lagi pasal aku.. bukan semalam Kamu dah jelaskan kepada Mr. MH (panggilan dia la kepada officer merangkap member aku gak) yang tak kenal aku.. so apa kehalnya nak membuat cerita tentang aku dalam blog Kamu? Serius aku tak kisah sangat pasal post tu.. but bila aku baca comment kawan kamu tu.. mcmlah tersangat bagusnyakan.. kenal ke kawan Kamu tu kat aku? tak bukan.. kenapa tak cerita perkara sebenarnya yang berlaku? biar kawan2 Kamu itu juga yang menilai Kamu.. menilai org yang tak kenal? siapa dia nak buat mcm tu?

Kamu nak bercuti ke sini ke, ke sana ke aku pedulik apa? bukan hal aku.. bukan wang ringgit atau Cik CC akan aku guna.. duit kamu so kamu buat apa kamu nak.. memang ramai adik atau kenalan aku kat sana but serius tak de niat nak kenalkan pada Kamu.. pegi je la.. apa da!! Kamu dah minta pertolongan pada Mr. MH so ok la tu.. cerita lagi buat apa.. kalau Kamu "rimas" dengan pertanyaan dia bagi je alasan apa2 tak payah la nak terangkan siapa aku dalam blog Kamu.. tak payah nak bagitau seluruh dunia siapa aku..

Mungkin kamu keje kat kantor kamu tu tak tau selok belok satu organisasi tu bagaimana nak cari no kami2 di luar ni... nie tanam dalam kepala otak kamu ok.. kami disini diupdate oleh Bah. Admin.. so adalah mudah untuk mendapatkannya.. takde jugak? tau Bah. CLMVo? tanya la pa sana.. kadang2 kita nie nak dapatkan sesuatu kena la pikir panjang.. takkan itu pun nak bagitau? prihatin la sikit dengan keadaan sekeliling..

Satu lagi tak thrill la semua nak org tolong.. hahahhahahha aku kalau nak bercuti ke better cari sendiri baru puas hati.. yang rugi kita yang untung pun kita.. kalau nak untung je payah la..

note twentyone: akhirnya 8 jahitan juga.. but no worries.. hai adik.. nangis ke?

Tuesday, August 4, 2009

Cerita Itu...

M- "Awak berlari meninggalkan sesuatu atau awak berlari kepada sesuatu?"..

S- "Saya berlari sebab saya nak bernafas, supaya saya tidak sesak ditikam rase bersalah"..

note twentyone: lonely? adakah endingnya seperti di part 11 ataupun part 12? the icon makes me smile.. thank you..

Monday, August 3, 2009

MODE

mode: Tired and Sick..

note twentyone: terlalu banyak ambil CPT nie.. but.....

Sunday, August 2, 2009

Dari Adik Untuk Abang..

Pesanan adik buat abgnya..

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

ucapan terima kasih...

note twentyone: it's true..

Saturday, August 1, 2009

Welcome August..

Salam all,

Semalam tido lambat giler dah kul 5 lebih baru nak terlelap.. kul 7 lebih dapat call kena ke office and residence.. visit lagi.. adoi dah comfirm flight ETA DSHTH sampai kul 9.20am (monday) so.. mcm tergesa2 la buat keje.. itu ini itu ini.. confirm itu confirm ini memandangkan Big Boss akan berangkat ke Melbourne petang kul 4 ptg untuk sambut DSHTH kat sana pagi isnin.. tapi tak lama kat office dari kul 8 am sampai kul 3 pm aku kat office.. itu pun siap bawak balik ke rumah keje nie.. balik tgk aisyah and natrah tak makan lagi.. natrah tak larat lagi.. erm.. bubur ada lagi tanya aisyah nak makan bubur ke? tak nak lak.. nak paprik lak.. so keluarkan ayam and mula la mengupas bawang etc.. racik itu racik ini.. at last hah tu dia.. siap dah.. untuk makanan aisyah so tak leh pedas la.. asingkan untuk aku sebab aku kena letak lak cili padi..





natrah lak nak lamb chop.. nak macaroni bolognese tapi tak nak ada daging.. adoi mcm2 ragam.. sebab masih ada jiwa nak masak tu buatkan jugak la.. but very simple.. tak nak lelebih.. 2 slice of lamb and macaroni bolognese.. sakit tapi selera mengalahkan org yang tak sakit.. done sebelum kul 4.30 pm semua dah ready.. bagi aisyah makan but masih sikit je makannya.. erm.. itu la aku tak berapa suka dia makan speagetti sangat.. sebab tomatokan masam.. aisyah kena ulser di usus.. doc bagi ubat tahan muntah since semua yang masuk keluar balik.. so since dia makan bubur semalam nampak ok tak keluar dah.. hari ni pun makan nasi tak gak keluar but sikit la.. mengada lak nak bersuap bagi takpe janji makan dari tak makan.. kena ugut lak.. tak habis tak de susu... hahhaha still tak habis but aku cakap 10 suap baru leh dapat susu.. dengan bersusah payah mengunyah nak habiskan.. dapat susu mata dah kuyu sebab dah makan ubat.. tido sampai ke petang.. bangun nak tengok citer Ratatouille lak.. kena la aku memunggah kotak cd kat dalam garage tu.. ok bagi dia tgk.. lepas tu nak lak tgk Fast and Furios 4.. "citer kete tu babah".. penat aku pk ingat nak tgk citer Cars ke bukan.. tunjuk F&F4 baru la aku paham.. takpe layankan sebab aku pun leh menjeling2 tgk sambil buat keje.. habis tgk natrah lak nak tgk gilmore girl.. aku sekarang bab tv nie amat kurang kecuali lepas midnite.. itu pun layan ESPN, CNN and MTV je.. dengar lagu2 sambil kepala dok pk apa nak buat esok.. hah sebut pasal esok seawal 7 aku dah kena ke office.. banyak benda masih belum buat.. nasib baik keje remeh semua aku dah buat.. such buku program.. invitation untuk dinner dah siap.. menu card dah siap.. invitation card untuk National Day je tinggal sikit lagi aku nak settlekan.. insyallah esok leh siap... invitation tu tak leh lambat siap sebab 3-9 seharusnya tak leh nak buat sebab visit.. then visit DSTPM lak.. invitation tak keluar sebelum next week alamat lambat la sampainya..

ok la all.. nak sambung buat keje.. adios and nite..

note twentyone: Happy Birthday Along Noreen, moga panjang umur murah rezeki and ceria selalu.. adik oiii.. thanks a lot..you can do it!! hahhaa

Friday, July 31, 2009

kamu dan kamu..

Salam all,

Hari ni 31 Juli penutup bagi bulan Juli.. ingat tiada lagi kisah yang aku tak suka akan jadi.. but di hari terakhir nie ada gak lagi nak jadi.. tolong la weii esok dah masuk Ogos 2009.. setengah tahun akan berlepas.. cukup la.. entry ini untuk sesiapa yang dah tak nak aku ingat dan tak nak aku berkomunikasi lagi.. kenapa korang nak berkomunikasi dengan aku lagi? tak cukup ke apa yang dah jadi? takpe aku layan kan sebab mengenangkan last day bulan Juli.. dari situasi tghari tadi walaupun pendek je komunikasi di alam maya tadi harap ianya yang terakhir.. kamu cuba mencari sesuatu yang boleh kamu dapat di tempat kamu duduk yang tak sampai 100 meter jaraknya.. so pandai2 la.. segala apa yang kamu cari sebenarnya ada di sana jangan bagi alasan tak ada.. kerana itu kenyataan.. terlalu la peliknya mencari no telefon yang setiap manusia di sana boleh call tapi mau minta dari aku.. dan kamu memang dah tau aku tak akan layan segala apa yang kamu nak tau dari dulu lagi.. so hope today going to be last conversation that we had..

Kamu yang kedua.. malam ini aku amat penat.. menyediakan persiapan untuk visit2 yang akan datang.. baru sampai rumah tak dinner pun lagi.. sekadar menjengah ke laman2 cyber yang aku selalu singgah lately.. aku dah penat nak ingat hal apa yang dah jadi.. aku mencuba bersungguh2 tak nak ingat ok.. bermula dengan komunikasi di alam cyber juga.. pendek juga.. ingatkan habis di situ.. silap lagi aku.. tadi "private call" terpancul di skrin E71.. seharusnya aku angkat sebab tidak tau siapa pemanggilnya.. ingatkan sekadar voice call tetapi aku salah lagi.. video call.. sekali pandang mmg aku terus hadapkan ke siling rumah.. kamu marah.. jgn marah.. kerana itu perjanjian aku dan kamu.. tiada lagi komunikasi.. apa yang kamu mau? nak lihat? kenapa nak lihat? untuk apa nak lihat? kamu kata aku benci.. ok benda yang dah lepas aku tak nak fikir dan secara automatiknya aku tak benci sebab aku tak nak sebati dengan hati.. kamu teruskan dengan life kamu.. tak payah ditanya life kami.. seharusnya apa jadi pada kami tak perlu atau tak payah kamu peduli.. sebab senang sahaja.. tak elok diungkit kisah lama.. kan pepatah pernah menyebut.. yang baik dijadikan panduan.. yang buruk dijadikan sempadan.. bagi aku apa yang jadi antara aku dah kamu dulu benda yang harus aku jadikan sempadan bagi kami.. kamu tanya aku ok? sekali lagi apa pun jadi aku tetap ok sentiasa...

Aku minta maaf kalau entry ini buat kamu dan kamu terasa hati.. kerana kamu dan kamu tau pendirian aku sejak dulu lagi.. tiada apa yang berubah.. yang berubah hanya masa dan keadaan.. kalau kamu dan kamu dah cukup bahagia teruskan.. aku tetap mcm nie cuma tak nak di ingat dan di ulangi benda yang telah terjadi.. so harap kamu dan kamu paham situasi dan tindakan aku.. so harap aku, kamu dan kamu setuju sekali lagi ok.. adios..

note twentyone: adik plate no kereta nampaknya tidak mencukupi.. alamat rumah pls.. sayang adik aku sorang nie..

Mari dengar lagu

Halwa telinga pepetang nie.. layan semasa tgh buat keje.. supaya laju sikit..

lagu1

lagu2


layan..

note twentyone: letih la..

Thursday, July 30, 2009

Kalah lagi..

Salam All,

Semalam kalah lagi.. dengan Australia (first team) 2-0.. sikit lak.. hari ni cuti sebab jumaat esok kul 1pm game dengan Canada.. tadi aku jumpa la 4-5 org pemain kita kat Manuka.. aku tanya mcm mana? Kalah lagi.. sebaris tu je ayat dia... hahhahha takpe cuba vs Canada korang score banyak2 mcm comment En. Alladiin.. mcm main badminton kiraan dulu.. hahhahha..

Tadi balik kejap menjenguk kak long and belikan susu untuk dia.. nak bermanja la pulak peluk2 bagai.. soalan aku.. "kak long sayang siapa? sayang babah ke cik moi?".. erm.."kak long sayang babah, sayang cik moi.."..."mana boleh kena pilih satu je".. erm.. penat la kak long.." hahahhahah.. sejak 4 hari lepas mengadanya lebih.. al maklum la org tak sihat.. nak itu nak ini semua pun nak.. tapi bab makan tak nak lak.. melawak dengan dia.. mcm mana nak jadi wonderpets.. nanti lagu dia tak sedap la.. melepek and "merajuk".. mana ada lagu dia mcm tu.. kak long dah dengar.. versi yang telah diubah suai oleh babah.. "Wonderpets.. wonderpets.. kak long gemuk.." hahhaha sekali lagi tarik muka.. langsung tak nak cakap... hahhaha minggu nie je kena manja lelebih ye.. minggu depan selama 2 minggu babah busy.. DSMM nak datang esok.. DSHTHO nak datang 3/8.. DSTPM lepas tu lak.. DSPC lepas tu lak.. semua DS je yang datang.. semuanya menteri.. harus sekali lagi jadual makan akan tunggang langgang.. sepakat dengan EI and EMH.. letak meggi kat office je la.. haahhahha sekali EI dah letak satu kotak besar kat library.. hari ini gak Mr. V menuntut hutang.. settle lagi.. giler 2-3 bulan ni.. kalau ditukar duit RM dah cecah 5 angka.. menyesal pun ada.. BPA.. takpe pengajaran.. jgn buat lagi yer En.21.. tak de gunanya..

note twentyone: - sentiasa ok.. - hari ni terasa seperti ada 6 tgn and 6 kaki.. ahhahah

Wednesday, July 29, 2009

Kecundang jua..

Salam all..

Dulu bila aku promote tournament hoki yang babitkan Malaysia sangatlah berkobar-kobar.. ini perkhabaran dari bumi Aussie.. 3 hari lalu Malaysia dibenamkan oleh pasukan Australia A 8-1, then pelawanan timbal balik esoknya Malaysia menang 1-0 dengarnya hanya seorang pemain yang tinggal dihadapan.. italian style dalam bola.. tapi biasa la kita nie.. janji menangkan.. goal dari penalti corner seperti biasa itu sebab menang pun 1-0 (seolah-olah sekali tu je serangnya)...

Hari ini ketika berparty sakan... remaja2, anak2 staff PTM sini yang mewakili kami pergi tgk game Malaysia vs Australia B.. aku yang pada mulanya amat berkobar untuk tgk game nie terpaksa batalkan kerana party farewell untuk MZG yang akan pulang pada jumaat nanti.. anyway apa resultnya?? Kepada En. Alladiin.. seperti yang jangka Malaysia kecundang juga kepada Australia B.. tapi dengan jumlah jaringan yang lebih besar.. 11-3.. A & B kalah.. akhbar Malaysia takde highlight kekalahan Malaysia cuma bila menang 1-0 tu aku ada baca dia org highlightkan.. kedengaran suara2 berkata.. main hoki ke badminton?? erm.. esok lawan Canada.. rata-rata perancangan awal penyokong PTM nie nak buat kain rentang semua tu mcm tak jadi je.. hehehhe.. takpe sokong tetap sokong, semangat tetap semangat, setia tetap setia.. Malaysia boleh.. aku rase penyebab utama kekalahan besar malam nie sebab keadaan cuaca sini kot.. tadi pun ketika jam menunjukkan kul 6 petang suhu dah jatuh pada 7°c and kul 8 dah drop ke 4°c... mungkin sebab sejuk kot.. esok game pertama kul 4.30 ptg.. 2.30 ptg waktu Malaysia.. memandangkan esok pagi sahaja kami busy and ketiadaan big boss mungkin ini masanya kami di PTM akan ke sana memberi sokongan..

citer party tiada yang menarik.. memula nak gak menjahat sedikit.. tapi terkedu kejap di ruang BBQ sebab nampak Nek Tam and Roger datang (rupanya mereka juga dijemput).. adoi kantoi.. salam and tanya khabar... then sepanjang party itu juga aku dok control bagai.. hahaahhaha.. berborak lebih dengan roger sahaja.. kenapa? sebab discuss pendaftaran natrah di UC dgn dia.. since dia lectuter kat sana baik minta pandangan dia.. lepas tu bila start sessi berkaraoke bagai aku dah mula ke belakang.. baru satu lagu nama aku di sahut oleh TPT.. tak pe jalan dulu.. nak simpan rekod sampai habis kat sini takkan aku naik pentas tu.. big boss dah paham.. "21 tak pandai suruh org lain" thank you big boss.. hahhhaha lagu pertama semestinya pasangan guest of honour.. MZG and MrsR.. lagu.. "Jangan ada dusta di antara kita".. seharusnya aku and Deni dah nak pecah perut ketawa.. best beb dia org nyanyi.. so kenapa nak pecah perut ketawa? hahahhahha suka la.. adalah sebabnya aku nak ketawa.. ada part dalam lirik tu yang buat aku suka lagu tu.. "Mungkin kau bukan ...."

3 lagu aku dah mula menjarakkan diri dari meja makan.. sekadar berdiri di luar pintu.. sebab ikutkan hati nak blah awal.. tapi sebab Nek Tam and Roger ada so aku terpaksa layankan gak.. bila dia org cakap nak balik je aku mula langkah aku.. hantar dia org balik ke kete.. aku start kete aku terus gerak.. aku boleh blah sebab big boss pun dah balik.. sampai rumah kebosanan lak.. layan FRIENDS.. nak mengadap PC mood belum datang lagi.. main dengan kak long jap.. sepuluh kali kejap nak pegang kepada aku.. tau la rumput dah pendek.. hahahhaha.. sampai big boss cakap.. "hai dah tebas? hang ok?"... jawapan biasa... "ok je boss.. sentiasa ok".. lepas tu dia org pakai ketawakan aku.. cis tadi aku gelarkan Big Boss, Big Madame, MMD, CHL, TPT sebagai Mafia Geng sebab semua berjaket kulit bagai.. hahhaha.. (la baru aku perasan aku tak ambil gambar langsung..)....

ok la all malam nie seakan kena tido awal lagi sebab sudah diberi pertolongan oleh C.P.T tadi.. and peneman tido suruh tido awal malam nie.. awal ke? hahahha mungkin malam ini peneman tido lambat sikit baliknya.. so tido sorang dulu.. you i dah tukar sarung bantal.. ok all.. nak layan FB jap then nak tgk CNN..

note twentyone: tambah arang and kipas jadi motto minggu ini.. BBQ.. hahhaha ada yang senyum aku tau.. but take note aku tak keji ok!! hahhahhaha

party..

Hari ini,

Hari nie pegi keje awal ok.. sudah 2 hari pun.. sebab dapat tido yang amat nyenyak sekali.. kenapa nyenyak? sebab dengan bantuan C.P.T.. hahahha... hari ini dok office dok mengadap FB sahaja kejenya.. sebab tak banyak keje.. dah aku siapkan awal2 lagi.. kul 3pm aku dah cabut (dengan kebenaran ok).. tq big boss... malam nie ada party.. kul 6 start nie pun aku dah kat umah tak tau nak pakai apa.. dan secara automatiknya game hoki malam nie tak dapat la tgk.. pandai2 la "T" malam nie..

hari ni gak ramai yang bertanya... dengan siapa aku dok tido.. kenapa nak tau lak kan.. minggu nie aku tido malam aku berteman yes.. mungkin org tak paham.. aku malas nak explain.. hanya siapa yang paham akan mengerti.. hahahahha... tadi balik aku dah buat apa yang aku niat nak buat minggu lepas.. potong rambut.. rimas giler rambut panjang..

lately sebelum tido aku layan CNN & MTV sahaja.. janji dengan kawan lepas lagu nie.. lepas lagu itu.. lepas tu sampai habis 50 chart tu aku dengar.. hahaha 2 hari nie je dengan bantuan C.P.T aku lelap lebih 6 jam.. kalau tak seharusnya 1-2 jam sahaja.. nasib baik peneman tido paham.. thanks yer you.. malam nie jgn merajuk lagi.. ok la all nanti update lagi nak mandi + siap.. thanks sekali you bagi idea utk mlm nie..

note twentyone: mode hari nie... tambah arang and kipas.. ada yang paham ke? keji ke aku? hahhahahha perlu ke aku peduli?

Tuesday, July 28, 2009

Tag Dari Raje

Di Tag oleh YM Dak Raje..

1. Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
E71 sejak Mei lepas Mr. Vodafone bagi free ambil plan dari dia org..

Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?
~ wallpaper warna meroon dari wallpaper hp ini juga... tak de masa nak godek habis hp ini lagi..

Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?
~ 317 org sahaja.. terima kasih..

Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf ‘M’?
~ 271... kebanyakkan nama org aku letak Mr, Ms, Mrs. ahahhah itu yang banyak..

Sekiranya diberi peluang, nombor telefon artis mana yang anda mahu?
~ hmmm... hhahahhahh tak tau..

Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
~ hmmm kalau nokia mau lebih dari 10 yang mana aku tak ingat dah seriesnya.. motorolla VR 2 bijik, iphone 3 bijik, 1 bijik samsung pakai kejap ;-), Blackberry Storm (masih dalam kotak)..

Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
~ Mr. Vodafone dulu tertarik dengan lambang dia.. di Malaysia aku guna 2 no.. Maxis sebab aku suka rangkaian ini & Celcom sekadar suka2 dulu..

Nada dering yang anda gunakan?
~ Deringan Telefon biasa.. kring.. kring..

Senarai top 5 contacts yang anda selalu msg?
~ Mummy
~ Daddy
~ Natrah
~ TD
~ Big Boss


Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
~ sekadar nama betul aje..

Org yg nak di tag?
~ TD
~ emmi
~ NQR
~ Ernie
~ Ira
~ Hajar
~ En. Alladiin

Saturday, July 25, 2009

Hari Ini..

Salam All,

Dah kul 3.50 am pun masih tak tido lagi kenapa eik? jawapan mudah untuk soalan senang.. hahhahah tak boleh tido lagi.. melawan premier football dengan kawan2 kat FB.. so hari nie setelah berjanji selama 2 minggu aku bawak kak long ke cinema tgk ICE AGE.. tempat penuh so dapat seat depan sekali.. but takpe sebab seat sangat selesa and luas.. seperti Business class MAS lak.. hahahhah kak long siap terbaring bagai.. sebelum pegi kedatangan "T" disambut di rumah.. ajak masuk tetapi kerana programe yang agak padat so "T" cakap jumpa di office sahaja esok.. esok beb kena dtg office jap.. kedatangan "T" membawa buah kegemaran.. bagaimana yer "T" tahu? tak dapat jawab.. mungkin kebetulan kot.. mungkin esok kalau ada keberanian nak tanya soalan remah tu aku akan tanya.. buah apa?? nie kat bawah nie.. tak payah tunggu balik m'sia... buah ini datang dari m'sia ke aussie.. hhahah.. thanks "T".. memang aku suka manggis.. aku and kak long yang bedal.. habis tangan semua.. kak long pun suka je aku tgk dia makan.. dah habis satu plastik bukak satu plastik lagi.. mcm tu lah anak babah.. jgn makan durian makan maggis and rambutan je.. hahhahha



so malam nie mcm biasa layan Tour De France.. then layan FB, mafia war, layan bola, layan chatting, call brother kat johor tu... terkecik hati sikit tapi kejap je.. hahahhah ko tunggu aku balik nanti.. aku luku ko.. ko buat aku hangin lak.. hahahha.. org tanya soalan dia marah balik.. lepas tu lepak tgk master chef sambil chatting..

pagi tadi ingat nak botakkan kepala tapi tak jadi sebab kedai barber tutup.. nak keluar tadi sejuk sangat -3 kereta aku pun dah berais bagai.. tengok la keadaan cermin belakang kete aku tu.. agaknya kikis leh buat ais kepal hahaha.. PC aku yang begitu lembab lately dah aku pulihkan.. jgn install skype.. tak tau kenapa lepas install 2 minggu lepas sangat la lembabnya internet umah nie.. lepas aku remove baru ok balik.. selaju yg aku nak.. hahhaha.. esok pagi ke office petang aku ada invitation untuk meraikan MZG nak balik m'sia for good.. aku tgh tunggu seseorang ajak tido nie.. mata tak ngantuk pun lagi nak main mafia war energy dah habis.. tunggu esok je la sambung.. nak layan lagu jap.. dah 4 kali playlist dalam imeem aku nie berputar.. kena cari lagu baru nie.. baru ok..



ok la all.. nak layan tv jap..

note twentyone: aku dapat rase.. takdenya org itu tahu hal sebenar..

Thursday, July 23, 2009

Tag dari Ernie..

Ditag oleh Ernie.. sila jawab...

Syarat-syarat main tag ini :
Tag dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
Tag orang yang telah men'tag' anda
Tag orang yg anda mahu tag.


0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?

- buat programme boss..


1. 2 jam yang lalu?

- berbalas comment enrty lagu2 kawan..
- tgh plan2 nak pegi mana weekend nie dgn natrah


2. Anda suka

- lontong
- asam pedas
- lamb chop
- kereta
- bola
- no 21
- rambutan & manggis


3. Minggu lepas

- pegi Cockington Green Gardens dgn Aisyah and Natrah
- pegi survey rumah
- lunch kat Kopi Tiam, Manuka
- pegi Canberra Centre
- hari sengal sedunia..
- menonton Tour De France (belum pernah miss lagi sampai hari ini)


4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali

- mungkinkah terjadi - spider
- time of my life - david cook
- last night - p.diddy


5. Tiga binatang yang anda tak suka

- anjing
- khinzir
- ular


6. Lima fakta tentang anda

- suka sukan
- suka kereta
- suka no. 21
- travel
- armani


7. Tahun depan mungkin

- alia join aku
- bercuti di Gold Coast
- dapat pindah rumah baru
- dan tak tau apa dah...


8. Saya tak reti

- pujuk orang
- masak asam pedas (siapa leh tolong ajar?)
- nak beli baju sendiri..
- nak padankan baju & tie sendiri..


9. Saya pandai

- masak western food..
- godek mobile - sampai hancur
- main snooker.. lucky anyone?
- buat roti canai.. hahahha


10. Kawan saya

- sahabat jakarta/sahabat the hague - mofa
- puteh/wee/chaoy/lan/abu/syed/din/upai - budak 11
- manok/mamu/bai/ijal/jebeng/dak raje/ijai/shah - dak2 poly
- senior and junior poly
- atie/arry/ayu/tini (daerah)/thila/hajar/as - batch 99
- bebudak bola - mofa
- mie - budak selangor
- yang kenal aku.. boleh?


11. Saya ada

- 2 org anak perempuan (Aisyah@kak long & alia@adik)
- kete kancil yang amat saya sayang
- but lotto yang dah hancur (tajaan lotto waktu selangor dulu)
- but nike yang saya beli sendiri thn 1990
- simen patah kaki dulu
- simen patah tangan dulu
- parut dengan 180 lebih jahitan (lipan beb)
- family yang understanding


12. Saya seorang

- yang selalu kena tipu
- senang kena tipu
- selalu simpati dgn org
- baran sedikit
- suka peluk org
- lelaki semestinya!!


13. Adik saya

- Natrah Aiza
- Rizzuan Arief


14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)

- layan kak long
- mengadap tv
- menonton sukan
- western food


15. Bilakah pertama kali anda bercinta?

- lepas sekolah kot (aku ngaku dulu aku anti perempuan)


16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda

- umur (org yang tau je percaya)
- sakit (mmg antibodi aku lemah)


17. Saya rindu

- alia
- family
- kekawan di m'sia


18. Saya tak sabar

- nak buat keputusan (lemah bab nie)
- tunggu bila nak satu2 pasukan nak score
- nak balik m'sia jumpa alia dll


19. 5 laman yang anda selalu layari

- blog sendiri
- dak raje
- en. alladiin
- utusan malaysia online
- star online


20. Siapa yang anda mahu tag?

- Ernie (kena tag balik kan)
- NQR
- Dak Raje
- Hajar
- En. Alladiin
- Emmi
- CZS (walaupun sampai sekrg aku tak jumpa blog dia)


note twentyone: letih jawab semua nie ernie oii.. but dah settle..

Wednesday, July 22, 2009

Hoki and Saman..

Salam all,

Hari ini nak promote sikit skuad hoki Malaysia yang akan main kat sini next week.. yes.. Malaysia akan bertanding KOOKABURRAS 3 Nation Series dari 29 - 30 June and 1 - 2 August 2009.. 3 Nation yang dimaksudkan ialah Australia, Canada and Malaysia.. mari kita turun ramai-ramai bawak banner (kata EMH) Malaysia boleh.. aku biasa la bab sukan nie mmg semangat sikit.. walaupun satu pun aku tak kenal pemain Malaysia skrg kecuali S.Kuhan... dulu mamat nie antara pakar sudut penalti Malaysia.. aku bab lawan Canada aku tak berapa nak risau tapi kalau lawan Aussie nie yang aku dok berkobar-kobar nak tgk.. sebab seingat aku la dah 4-5 kali aku tgk Malaysia vs Australia game memang sengit but akhirnya kalah gak.. di bumi Aussie nie boleh ke pasukan Malaysia menang? jawapannya minggu depan.. tadi juga salah "seorang penaung" sukan hoki Malaysia telah dtg personally jumpa aku bawa satu sampul.. katanya dari "seseorang".. buka sampul.. ticket untuk game2 tersebut.. VIP beb.. terperanjat jugak.. aku tanya balik kenapa aku? bukan orang itu atau org ini? katanya "seorang penaung" itu beri pada aku kerana "seseorang" itu.. ya tok nai (tok sedara aku) di Pahang sana yang hantar melalui "T".. ampun "T" terima kasih kerana bersusah payah bawakkan.. siapa yang bawak tu tak payah lah aku bagi tau..

ok kat bawah nie poster untuk 3 Series Nation tersebut..




tapi hari nie gak ada sedikit suwei la.. dapat surat saman lagi hahahha.. kali nie dapat 2 sekali.. makna dalam simpanan ada 2 (daddy) + 2 + 1 (waktu aku tension dulu) + lagi 2 nie makna dah ada 7 saman.. hahahha bila nak bayar? nanti la.. tak de masa ok.. masa makin sibuk nie (sibuk ke??) malas nak fikir saman nie.. lagi pun bukan aku sorang kena saman.. EMH, EFS, SSK, KLH, CA semua pun ada... dalam erti kata lain kami berlumba2 tgk siapa dapat paling banyak.. itu kata EMH... ahahha




note twentyone: happy dalam duka boleh?? boleh aje.. kak long had a flu.. worried..jgn yang itu sudah.. masih pk apa akan jadi 5 thn lagi..