Monday, August 10, 2009

10 August 2005 - Vienna (wien)

Salam all..

Dulu 4 thn dulu.. 2005.. 4 bulan sudah aku menjejak kaki ke benua Eropah.. di bulan ini juga dan di tarikh yang sama 10 Ogos 2005 kali ke tiga aku ke Vienna untuk Curior Beg Diplomatik.. kali itu aku ditemani sahabat yang berada di Budapest, Hungary.. waktu tu summer.. menikmati summer di danau dengan sahabat.. kalau di ingatkan balik mesti ketawa berdekah-dekah.. bai lu ingat bai? makan McD, makan kebab.. minum macciatto kat Stephenplatz ... lepak hotel Sofitel then kena pindah lak hotel esok harinya.. hahhahha ingat bai kita kemana malam tu? Kenangan tu semua.. aku rase waktu tu aku tak jumpa ko dah hampir 3 thn kot.. last masa ko balik cuti aku hantar ko ke airport..

Ko lah tourist guide aku semua tempat ko bawak aku.. ingat malam tu ko tak leh tido? hahhaha.. bestkan.. posting kali nie pun kita dekat lagi bai.. apa kata kita buat trip bai ke Bali ke.. aku tak nak ke tempat ko.. sesak.. aku nak tempat yang damai.. lagi pun Bali ko pernah pegi and aku pun pernah pegi so tak de la kita sesat barat.. lepak HRC and PH.. cuma bezanya aku pegi bercuti ko pegi honeymoon.. dulu aku pernah ajak ko kan.. nak serang semua HRC seluruh asia nie.. apa kata kita plan balik semua tu? lama tak buat giler bai..

Mungkin korang tertanya baik sangat kami nie.. hehhehe kami batch sama waktu belajar dulu.. tapi dia habis dulu al maklumlah pelajar terbaik.. aku lak lambat habisnya kerana kesengalan aku menerima pelajaran.. but alhamdulillah habis gak.. then jumpa balik masa bertugas yang mana kebetulan sama tempat bertugas tetapi dia kira senior la.. then lepak satu rumah kat kajang sesama.. sampai la tak salah aku 2003 bila dia dapat bertuags ke Budapest.. tempat yang menghairahkan hahahhah tul bai? tak payah citer kenapa.. bila aku memula di'perintahkan' ke Nepal dulu terpaksa aku tolak kerana tau masih cetek ilmu.. then ditawarkan ke negara asia-eropah pun terpaksa tolong memandangkan permintaan untuk tangguh tak diluluskan.. waktu tu ramai yang mengutuk kerana melepaskan peluang yang mungkin datang hanya sekali.. tapi aku fikir kalau rezeki tak kemana.. then di offer pulak ke Lagos.. persetujuan dicapai tapi entah kenapa 2 minggu sebelum pegi nama ditukar dengan si Lukman.. so aku masih di tempat sama lagi.. lepas tu aku pindah bahagian ke bah. Adjudikasi & Timbangtara(dah bubarpun Bahagian ni).. tempat paling best pernah aku keje.. bos, pegawai, member semua kamcing.. keje mmg banyak tapi tak de stress.. kena jugak jaga TSK hampir sethn setgh aku jaga dua org bos akhirnya panggilan dari bahagian PSM.. ayat pertama EYY.."tak leh tolak.. kena pegi gak.. get ready by nov 2004 you pegi.." so aku readykan diri, minda dll.. but semuanya tak seperti yang dirancang.. TSK tak lepaskan.. adoi selama 5 bulan aku masih di office yang sama.. tapi keje tetap jalan.. sampai la minggu ke tiga bulan Mac 2005 bila perkiraan aku segalanya dah tak teratur.. keputusan mesti diambil.. aku jumpa PS.. setelah berbincang.. setuju PS akan bagitau TSK.. esoknya tak pernah2 TSK masuk hari selasa ke pejabat tapi hari tu di masuk.. settle apa2 patut and abg din driver TSK dah hint sambil senyum... kata aku baik ka tak baik? semestinya baik.. dengan tenang aku jumpa TSK bila dipanggil masuk.. setelah bertanya 2-3 soalan and tanya soalan maut.. aku matikan dengan jawapan maut pulak so dia setuju.. dapat persetujuan depan aku dia call EYY katanya sediakan PO.. sepantas kilat juga PO sampai tengahari itu juga.. setelah selesaikan beberapa perkata.. petang itu aku ke unit ticketing.. cari tarikh sesuai memandangkan tertulis dalam PO 'minggu pertama april' so dengan pantas aku kata 1 april memandangkan hari itu adalah hari jumaat.. so 4 hari lepas itu ticket siap.. tapi tiada seorang kawan yang hantar kerana mereka semua menjangkakan aku hanya main2 1 april (april fool) tapi takpe sebab itu semua perkara kecik bagi aku... so bermula satu episod baru dalam hidup aku.. tak kisah untuk hidup berjauhan sebab dah biasa pun dari kecik.. cuma dalam fikiran aku mcm mana bos baru nanti.. mcm mana keadaan hidup kat sana memandangkan sebelum pegi mcm2 cerita aku dengar..'sampai ko kat airport jgn terperanjat bila ko nampak kete kebal ke, MIG ke.." tapi aku diamkan sebab aku nak tgk sendiri betul ke ada semua tu..

1 April 2005 - 2355hrs - MAS Airlines seat 3A ke Vienna, itulah penerbangan aku ke Benua Eropah... penerbangan makan masa hampir 13 jam.. transit di Vienna selama 8 jam buat aku mula bosan.. tiada apa yang menarik nak keluar ke Vienna City masih pagi iyalah aku sampai kul 5 pagi.. so ambil keputusan sekadar tido je kat MAS Airlines Lounge sambil menyedut herba yang aku bawak 2 karton dari tanahair.. penerbangan seterusnya pada pukul 1.15pm.. sekali lagi aku ingat Lauda Air seat 7c.. then touch down Pristina International Airport pukul 4.45pm.. aku disambut oleh haji (uncle u kan..) ok.. tempat menarik mcm country side.. yes memang betul ada semua apa yang di orang katakan..tapi itu yang menariknya tentang Kosovo.. dari sesejuk suhu -27'c sampai la sepanas2 suhu 47'c aku dah rase.. itulah apa pun tanahair tetap dihati.. teringat family perkara biasa tapi aku tak berapa nak layan sangat.. sebab nasib baik keje, bos and officer semua ok.. sekepala gak.. ada je masa terluang kami lepak buat makan2 ke, lepak tengok tennis ke atau ke negara sebelah Macedonia, Serbia atau Albania.. yang aku suka posting sini.. semua game bola live and tak ganggu waktu tido beb.. England yang beza hanya sejam lewat tak jadi halangan.. makan sini tak pernah jadi masalah kerana 99% islam and semuanya halal.. daging yang sedar.. cuma nak dapatkan sayur and ikan sudah sedikit.. itu sebabnya apa bila kami ke Vienna segala peluang itu kami gunakan beli sayur yang tak de jual di Kosovo, beli ikan seperti kembung, bawal, ketam dll.. pelikkan siakap ada lak jual kat Kosovo.. hahhahaha...

31 Januari 2009 itu lah tarikh dimana kali terakhir aku melihat bumi Kosovo, dan tarikh terakhir pejabat Malaysia beroperasi.. skrg dah takde lagi Liaison Office of Malaysia di bumi Kosovo.. Kosovo dah pun merdeka... aku doakan rakyat, rakan2 di Kosovo ceriakan dan hidup dalam keadaan aman selamanya.. selamanya wujudnya Republic of Kosovo.. 10 April 2009 aku telah pun di penempatan baru.. mmg aku tak pernah jangka akan posted ke bumi Aussie nie.. yes aku punya target.. target hanya sekitar negara asia yang dekat je.. tapi siapa sangka Aussie pun negara Asia gak skrg.. mungkin rezeki aku disini.. insyallah temapt mcm nie walaupun kebosanannya ditahap yang boleh dikatakan kritikal but cuba serasikan diri dengan keadaan ini..

note twentyone: bai plan bai.. hope jadi.. 12.00am sudah sini.. Happy 2nd Birthday Nur Alia Sofea.. moga jadi anak yang baik and solehah.. babah sayang adik..

No comments:

Post a Comment