Sunday, November 29, 2009

Away

Salam all,

I'll be away from 1 December till 6 December.

Daa..

Note: 'Always' Officialy dibuka (potong reben)

Silly Mistake

Salam all..

Terkini, esok nak main bola hari nie aku injured.. hahahhaha padan muka aku..








Cuaca hari ni sangat sejuk mcm winter balik... cheh..

Note: Bila kepala fikir benda lain.. silly mistake!!

Sunday, November 22, 2009

erm.. eik.. uits..

Salam all,

agak bersawang juga blog nie ditinggalkan, ada masuk tapi hanya seperti gigi2 yang rongak.. dah tak de hati dah nak menaip entry sebenarnya.. dulu entry2 dalam nie banyak berkisar tentang kehidupan, apa yang jadi dan bakal terjadi. But lately aku banyak simpan je apa yg jadi nurkilan ke apa sahaja aku banyak simpan.. tak nak buat entry lagi dah.. letih mungkin.. letih memikirkan tentang tahap pemikiran org yang lepas baca entry org lain and buat rumusan sendiri.. yg pasti aku tak pernah kisah tentang org yg buat rumusan sendiri dan simpan sendiri.. tapi yg aku terkilan bila baca, buat rumusan dan sebar citer yg tak pernah betul, yg tak pernah jadi.. mungkin yang buat tu nak jadi director mungkin.. jadi la..kalau betul buat duit tu..

lately, blog in itelah di'selongkar'.. tapi mungkin la.. aku tak berani nak cakap lelebih.. but ada benda yang buat aku musykil terjadi.. aku biarkan sahaja ianya seberapa ketika.. wah makin menjadi2.. so setelah 'berbincang'aku tukar password dan cuba tgk terjadikah lagi 'kemusykilan' itu.. aku tau mungkin dikalangan org2 yang rapat dengan aku senang nak detact aku punya password nie.. so terpaksa tukar dimana kali ini aku yakin tak siapa akan tahu.. lepas nie kalau nak update entry pun sekadar citer cuaca je kot.. ;-)

petang nie ada meeting yang mmg aku sangat2 tunggu2kan.. kewangan.. hahahhah kenapa eik PA mcm aku nak sangat tau pasal kewangan? ada bersirat dan tersuratnya aku nak sangat ambil tau.. perancangan lepas nie semua bergantung pada mesyuarat itu nanti.. kata 'kawan' aku tu perancangan jahat tapi pasti berbaloi.. senyum sikit tang berbaloi tu..

Cuaca Canberra sekarang nie makin panas.. dah cecah jugak ke 38 above.. kalau duduk lelama mmg berkerak muka.. hehehe.. malam sejuk gak tido mungkin nyaman sekali.. tapi persoalannya kenapa susah sangat nak tido.. cis!!

ok la all.. bosan pepagi nie.. tiada penyegar mata dan halwa telinga yang terjadi pagi ni.. tiada kedengaran..

note twentyone: Kau Ubah Hariku - Kahitna (layan beb)

Wednesday, November 18, 2009

Hari ini..

Salam all,

Semalam jadi sesuatu yg sangat2 tak dapat dielakkan.. apa jadi aku tak nak cakap sebab melibatkan kematian.. sampai pukul 4 lebih aku di hospital.. penat sungguh hari nie.. dengan tak cukup tido timbul pulak satu hal yg sekali lagi aku sendiri tak dapt elak.. cuba terangkan seakan tak nak percaya, seakan aku nie cuba menipu.. dah dikatakan kalau dapat aku elak dah lama aku elak..

mungkin tak percaya.. dengan keadaan aku yg amat letih hari ini.. amat mudah rasenya terasanya.. nak taknak jawab.. dengan talian2 yang aku sendiri tak tau apa masalahnya.. sms dihantar tak sampai.. ini semua punca la nie.. cuba gak tenangkan diri.. tapi bila perkataan tu dah keluar aku sendiri amat terasa.. tau tak suka perkataan tu keluar.. tapi ada ke perkataan lain sebagai penganti? sendiri tau salah tu tapi salah bersebab dan sangat kukuh sebabnya perlu ke terasa dan layanan seperti aku nie buat kesalahan besar sangat? semasa kejadian banyak juga benda yang aku tinggalkan bukan setakat benda yang satu itu sahaja..

lately amat perasan, dulu perkataan tu selalu digunakan.. lately mcm susah.. sekali lagi tenangkan hati sebab melihatkan kertas putih yang menyatakan segala-galanya.. cuba mendapatkan yang terbaik tapi selalu juga terasa hati seperti mana dirasai oleh dia.. aku tak prefect tapi tak pernah tak berusaha menjadi prefect walaupun tau tiada yang perfect dalam dunia nie.. aku cuba terima apa yang ada dan apa yang jadi.. mengerti la bukan aku sengaja..

tadi dengar lagu tupac atau yg diberi nafas baru oleh too phat and diyana.. cuba korang cari "If I Die Tonight".. banyak pengertian tu.. kalau lah kita tau tak bila kita nak mati.. itu kerja DIA.. moga dipanjangkan lagi usia hidup ini untuk sentiasa cuba menjadi se perfect yang boleh.. kerana kejadian itu juga aku banyak sangat keje hari nie.. walaupun fikiran sedikit terganggu aku dapat juga siapkan mana yang patut untuk hantar ke WP..

walaupun letih badan dan fikiran nie aku masih tak boleh tido.. mata yg dah berair dan mulut yg menguap lebih dari 50 kali rasenya patutnya dah nyenyak dibuai mimpi (kalau mimpi) tapi aku masih depan pc nie... petang tadi ke 'sana' lagi.. tempat kalau aku bingung, tension, stress.. walaupun tak lama sekitar 20 minit mungkin.. balik tgk chacha sedikit terubat.. masuk bilik tgk rangkaian2 kertas putih dll juga buat aku senyum.. cuma itu yg aku ada buat masa nie.. sampai bila aku sendiri tak tau.. cuma boleh berdoa agar semua nie tak ganggu 'perjalanan' ini.. aku tak nak dah 'kehabisan minyak'..

note twentyone: aku tak menjengah.. tapi aku tau password ini ada yang tahu.. jgn perangkap aku eik.. kalau tak tersadai lagi la blog nie..

Sunday, November 8, 2009

ERK...

IKHLAS TAPI SELALU DIPERSENDAKAN..

Aktiviti esok,

4.30 pagi - tengok bola
12.00 tghari - lunch ASEAN + 3
6.45 ptg - futsal
7.30 mlm - futsal (Omerta FC)

malam - ?????????

Tuesday, November 3, 2009

apa cerita???

Salam all,

agak lama aku tak menjengah ke sini.. apa tah lagi nak update.. bukan malas, cuma tak ada benda/cerita nak di update.. sebetulnya bukan tak ada cuma belum masanya nak cerita.. ada pun cerita futsal.. team yang aku dok coach tu.. setakat nie dah 4 game.. 2 menang, 1 seri and 1 kalah.. Omerta FC.. bebudak college Narrabundah aku respect bebudak nie sebab semua bawah 16 tapi main open Canberra.. kecik2 je semua main dengan beudak yang lebih tua dari dia org.. walaupun sikit2 tak dengar cakap but improvement dah ada.. such keeper yang takut tangkap bola dah berani lah juga tangkap bola.. yg mana nak main sorang tu dah la pandai passing2.. yg mana takut nak shoot dah berani la dari jauh shoot..

Alhamdulillah semalam menang besar.. 5-1.. walaupun ketinggalan memula but second half dia org kejar balik main tersusun la jugak.. masalah bebudak nie satu je.. once naik semua naik then bawah tak de org.. defender pun nak naik.. so tukar taktik.. arahan senang je... no matter what sorang mesti ada bawah.. itu je cara nak tutup kosong tu.. aku sarankan dapat peluang shoot je.. sebab siapa tau kan.. menjadi lak.. lawan lak bukan calang2 team ANU second team futsal.. aku memula tgk dah bayang kalah dah.. but bila kena satu shout sikit.. baru ok.. first half 0-1 but second half baru dapat 5 bijik..

hari ni dah 3 November.. lagi 11 hari aku akan ke Sydney Airport jemput kak long aka chacha (panggilan baru), mummy and daddy.. so lepas nie kami berempat akan stay sini.. kenapa mummy and daddy datang? sebab terpaksa.. jangan tanya dah.. penat aku nak jawab.. hanya mereka yang perlu tau je akan aku jawab.. sorry guys..

cerita mencari rumah muncul balik.. erm.. demi masa hadapan thn2 akan datang nie aku perlu pindah.. letih tgk rumah nie.. mcm2 masalah.. dengan agent yg tau nak bayaran je... tak update owner langsung untuk betulkan memana yg patut.. mencari rumah nie melecehkan.. penat sangat... masih belum tgk satu pun sebab tiada yang pekenan dihati.. org kata mencari umah biar kena dengan citarasa and keprluan kitakan.. so aku tak pedulik bagi yang kata cerewet sangat.. biar la..

cerita pasal umah lagi.. thn depan umah akan siap.. aku dah mula melakar2 ruang dapur, ruang bilik mandi dll yang aku rase aku nak tukar.. kenapa nak tukar? sekali lagi mengikut cita rase aku.. pagar yg patut aku tukar ke wall terus.. sebab longkang tepi rumah tu sangat tinggi.. takut aku bebudak jatuh ke.. belakang tu masih ada tanah yang luas.. so aku nak tarik terus buat dapur and besarkan bilik belakang.. nak buat 2 dapur.. wet kitchen and dry.. kat dining aku nak buat bar wall just nak pisahkan dry kitchen dengan dining.. tangga juga perlu tukar mungkin ke pakir, grill rumah juga perlu pasang.. angan2 nak buat bilik and taman kecik kat luar.. saja nak buat tempat aku hang around atau buat stor... itu je belum aku pkkan lagi..

sebenarnya waktu2 mcm nie aku sangat bosan.. menunggu apa ceritanya adik aku kat UiTM tu yang start final hari nie.. pening memikirkan mana nak letak kete aku since tak de org dah kat umah.. ok la all.. nak tgk tv jap.. adios all..

note twentyone: melihat card2 itu.. p/w??