Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52 Malaysia.. 1Malaysia..

Salam All,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 Malaysia.. 1Malaysia..

Esok kerja sebab last preparation untuk reception Merdeka malam nanti..
2 hari lepas jadi something.. adakah ini petunjuk yang DIA nak bagi.. masih berbelah bagi sebenarnya tapi kalau itu takdir dan itu juga jalan penyelesaiannya kenapa nak ketepikan kejadian itu..

Cuba cari ketenangan untuk mendapatkan atau memastikan tindakan kali ini betul.. dah terlalu banyak benda "terkorban".. kasih sayang, wang ringgit, keringat, dll..
sekali lagi meminta agar diberi petunjuk yang jelas dan lagi menjelaskan.. doakan keputusan yang dah 80% ini betul..

Kata org itu aku terburu-buru.. bukan bukan terburu-buru tapi ini takdirnya.. mana tau ini yang hendak ditunjukkan NYA.. silap dulu boleh dibetulkan.. silap sekarang jgn salah langkah.. yg pasti yang menyokong adalah 99%..

note twentyone: dari terus menunggu kepastian yang belum pastinya..

Thursday, August 27, 2009

Akhirnya..

Salam all,

Akhirnya apa yang aku paling takut terjadi sebelum aku datang sini akan terjadi gak.. nampak gayanya malam nie jadi saksi semuanya terlerai.. perjanjian dipegang sebelum ke sini dulu telah pun dilanggar... mungkin ini takdirnya.. walaupun sedih dengan keputusan ini, aku kena terima.. aku cuma ada sebulan setengah lagi sebelum benda ini betul2 jadi.. masa itu juga tak aku lengahkan untuk aku gunakan sebaik mungkin untuk aku jadikan bekalan bila tiba masanya nanti.. sedih sangat sebenarnya.. dah dapat aku rasekan kuat 2 minggu lalu nie benda nie akan jadi.. tapi aku diamkan aje walaupun hari2 fikir kononnya nak ignore je..

Sebulan setengah je lagi.. aku kena berpisah dengan anak aku.. aisyah kena balik malaysia.. tinggal di sana.. benda yang aku tak nak sangat terjadi.. aku bukan tak boleh tinggal sorang.. but aku mmg tak leh hidup tanpa aisyah.. aku akui aku sangat rapat dengan aisyah.. aku cuba elak benda nie jadi tapi tetap juga jadi.. harapan aku cuma satu aisyah kembali ke sini secepat mungkin..

Mungkin ini semua jadi ada hikmah.. tapi kalau dah kepentingan atau kehendak orang itu sendiri aku tak dapat nak elak so keputusannya terpaksalah aku jadi mangsa keadaan.. mangsa dimana aku terpaksa tinggal sorang dan benarkan aisyah tinggal di Malaysia buat seketika.. harap satu lagi "kejadian" itu lak tak akan jadi.. aku akan cuba buat terbaik agar aisyah kembali ke sini.. atau dalam erti kata lain perlu ke aku kembali ke Malaysia? ada gak fikir benda tu.. kerjaya and keluarga sama penting.. sama-sama aku perlu.. rase nak hantuk je kepala kat dinding.. nak nangis? harus nangis.. mungkin bukan sekarang.. mungkin waktu tinggalkan aisyah nanti.. alia? aku baru plan nak bawa alia ke sini.. mungkin juga ada hikmahnya semua nie jadi.. YA ALLAH tolonglah tunjukkan aku jalan untuk permudahkan hidup ini.. amin..


note twentyone: betul ke aku buat nie? tapi itu kehendak dia..

Wednesday, August 26, 2009

Cartoon...

Salam all,

Hari ini aku minta cuti kecemasan.. badan tak larat demam and tekak terasa amat perit seperti mau meletup (KEboooMM)tapi puasa tetap terus.. hehhe.. sepanjang hari melayan kak long.. petang tadi sampai la nie.. kul 4.07am aku baru habis tgk cartoon.. slam dunk dari episod 1 sampai 101.. kiranya dari mula sampai habis la.. aku memang meminat cartoon... tak kira apa.. semua aku belasah..

esok kena pegi gak keje walaupun sakit.. memandangkan hajat nak jumpa doctor tadi tak dapat.. nak jumpa kena buat appointment bagai.. sekali dapat jumpa minggu depan boleh? demam nak jumpa doktor minggu depan.. so decided bagitau bos EL.. kalau tak larat esok kemungkinan ambil cuti terus sampai hujung minggu.. tapi fikirkan balik tak boleh sebab nak kena buat preparation untuk National Day isnin nanti.. tgk la mcm mana esok..

aku actually baru lepas sahur tak makan apa.. masak roti canai sekeping je.. since ada lauk masak lemak tadi so aku makan bercicahkan itu je la.. lepas nie nak cuba tido lak.. dapat 2-3 jam pun jadi la.. ok all.. nak tido.. harap2 leh tido..

note twentyone: eja 21 - ten ten one ok.. lawak sungguh..

Monday, August 24, 2009

Mau jadi manusia normal

Salam All,

Kala waktu ini jam dah menunjukkan pukul 2.20am.. mata masih segar.. ingatkan hari nie dapat tido awal ke.. since dah 2 hari mata dapat lelap 2 jam lepas sahur sahaja.. pelik sangat.. acctually tak pelik pun cuma nak jadi manusia normal yang boleh tido sekurang2nya 6 jam.. tapi masih tak boleh.. CPT pun sudah lama tak guna.. tak nak guna since ramai yang kata tak elok.. mmg tak elok but kalau dah begini seminggu atau 2 minggu lagi.. itu sahaja jalan penyelesaiannya..

Nak kata badan tak penat.. tak jugak ialah memandangkan bulan puasa nie kan.. mau tak letih.. kalau di M'sia mungkin leh melelapkan mata waktu 'lunch hour' tapi disebabkan masa bekerja telah dipendekkan maka 'lunch hour' adalah waktu bekerja.. nak kata tak busy.. tak jugak sebab still ada keje..

So sahur hari nie makan paprik and kailan oyster sauce.. lauk2 kegemaran aisyah.. kailan cuma batangnya sahaja.. sayur hijau itu harus tak disentuhnya.. so aku and natrah tukang habiskan.. mmg perangai dia dari kecilkan.. sampai nak kena suap and gaulkan sayur itu disebalik nasi.. masuk je mulut harus keluar balik.. masak untuk dia bawang tidak boleh nampak kalau tak ini ayat dia.. "babah bagi kak long bawang?".. lately dia dah mula belajar spanish.. mengeja mungkin sedikit lambat.. but mengira agak cepat.. betul kata org budak2 mmg cepat belajar.. last week start belajar mandarin lak.. hahhhaha since natrah amat cekap mandarin so dia mula 'tangkap' cepat sikit..

Tengah fikir apa nak buat since tak leh tido nie.. nak main mafia wars mcm dah jemu lak.. klik sana klik sini.. premier football dah aku biarkan malas nak cari challanges lagi.. biar org je challange aku.. setiap kali kena challange setiap kali itu juga kalah.. last week kemenangan melebihi kekalahan.. but 4 hari nie dah 16 team challange aku semuanya kalah.. hahhaha.. lantak la.. tadi jugak perkenalan pertama dengan sesorang bernama Azly.. ya Azly Hj. Ayub.. merangkap abg aku.. pelawaaan untuk gather itu masih aku fikirkan.. tak terlintas untuk aku nak join atau dipelawa begini.. adik kata pergi.. hati kata tak nak.. kepala mula pusing.. hahha.. nak lupakan kisah lama bukan senang.. kena lagi bila melibatkan masa yang terlalu lama 29 thn beb.. bila fikir balik dah lama terbuku memulanya dan sekarang dah terbuka lak.. adoii mmg tak nak ingat..

Apa pun jadi aku tetap bawanya selama 29 thn ini.. walaupun cuba tak nak ingat dalam ID tetap itu juga.. abg azly janji nak kenalkan pada 3 org lagi 'adik beradik' erm.. malas rasenya nak kenal.. sebenarnya dulu aku dah kenal sorang semasa permulaan perjalanan aku ke benua eropah.. layanan mengalahkan seorang yang duduk di first class.. merangkap kakak aku.. berdasarkan nama pada boarding pass sahaja kami berkenalan.. cerita lama yang aku ingat akan sampai disitu sahaja.. kini mula 'berhubung' balik.. apa pun serah pada DIA untuk tentukan segalanya.. moga kebaikan yang bakal mendatang..


note twentyone: Melihat gambar itu mengingatkan aku yang pernah ke situ dahulu bersama dia juga.. Bezanya cuma waktunya sahaja.. siang dan malam..

Friday, August 21, 2009

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak

Salam All..

Memula nak ucapkan Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak kepada semua kekawan dan readers.. hari nie kami disini akan memulakan puasa.. tadi tarawih.. balik baru la aku buka segala facebook/blogspot nie sekadar nak tgk and update apa perlu..

Bila Ramadhan menjelma kali nie buat aku sedih gak.. maklumlah bila kena sambut ramadhan hanya ditemani adik dan anak sahaja.. tapi tetap bersyukur sangat2.. sekali lagi dapat menyambut Ramadhan dan insyallah Shawal juga.. sahur hari nie tak buat apa pun balik dari office tadi beli daging, wings and sayur-sayuran buat sampai hujung minggu nie baru beli barangan lain.. insyallah..

Hari along Noreen approch aku.. "keluarga" nak berkumpul.. aku tak tau samada aku sedia untuk menyertai acara ini.. maklum la "keluarga" itu aku kenal hanya along and sorang lagi saja.. itu pun aku tak ingat namanya.. tadi along mention beberapa nama yang aku kenal bin atau bintinya sahaja.. sebab bin dan bintinya sama dengan aku.. mungkin sudah 18 thn aku tak jumpa dia dan mmg selama ini aku tak ada niat nak jumpa pun.. sebab dulu dan masih terasa sampai sekarang yang hidup aku dah ok tanpa kehadiran dia dalam hidup aku.. tapi bila di approch oleh along tadi aku jadi kelu and tak tau nak bagi jawapan apa.. bukan tak nak tapi tak sedia nak kenal dengan "adik-beradik" yang lain.. bukan sedikit ok.. berbelas juga dengarnya.. hari ini sahaja aku dah dengar 5.. semua nama yg aku buat aku kenal.. nama such azly, linda, anne dll mcm kenal je hahhaha.. tapi aku kenal itu nama kawan2..

insyallah kalau ada rezeki dan masa yang sesuai apa salahnya nak jumpakan.. sekadar jumpa..

note twentyone: rindu dia lagi..

Thursday, August 20, 2009

DiA masih SaKit!!

Salam all..

Actually takde masa nak online malam nie ataupun nak wat entry but since tak leh tido bukak kejap la internet nie.. sebenarnya tgh dok cuba tidokan aisyah yang dari aku balik kul 11.30pm tadi merengek2.. sakit katanya.. aku cakap "tu la kak long tu girl bukan boy.. nakal sangat kan dah sakit.." kata dia "bukan kak long la.. cawan tu yang jahat cut tangan kak long.." nak ketawapun ada.. ada ke salah cawan.. badan dia pun panas.. demam la tu.. so bagi ubat.. peluk2 sikit.. mata dah mula kuyu.. tido pun merengek2/ngigau kot.. teringat la tu..

so mlm nie dia tido dengan aku la gamaknya.. kesian pun ada.. almaklumlah bila dah kena peluk2 tu "soalan tido" yang ditanya.. but aku diam je.. sambil tgk tv.. selalu aku buat2 tido.. but since semalam dia dah keluar ayat "asyik2 tido" so kena tukar taktik la.. hahahha.. tadi dia suruh jangan keje esok.. asalnya mmg aku nak cuti tapi lupa lak nak isi borang cuti.. sabtu dah mula puasa kat sini.. tadi sebenarnya baru balik dinner "Malam Gemilang" anjuran MASCA.. ok la office ambil satu table.. aku memula nak bawak kak long but since dia pun tak sihat malas aku nak bawak..

erm.. ok la all tak de apa nak citer pun sebenarnya.. ada tapi disebabkan ketidakpandaian untuk nak upload performance dari satu band indonesia yang aku record live tadi so langsung tak de cerita.. esok nak ke airport seawal jam 6.30am.. hantar bos.. sok kalau tak de apa sangat nak 1/2 day je kot.. nak pegi belu barang umah untuk sahur nanti.. but jam 10 esok nak ke DFAT lak adoi.. tulis nie baru aku ingat..

ok la.. aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK, SELAMAT BERPUASA semua..

note twentyone: 2-3 hari yang meletihkan di office bukan buat apa tapi mengantuk..

Wednesday, August 19, 2009

Bila Nakal

Bila nakal sangat ini jadinya..




dan akhirnya ini jadinya.. dah jadi mcm babah..




note twentyone: jangan la nakal sangat yer.. awak tu girl bukan boy..

Monday, August 17, 2009

H1N1

Salam all..

Hari ini aku cuti but still kena datang office uruskan 2 perkara ie programe minggu ni and beg diplomatik.. "kojo sonang" org kata.. tak sampai sejam aku kat office then ke airport hantar beg then terus shoot balik rumah..

Hari ni baca paper utusan.. dah 62 org mati/meninggal/terkorban disebabkan oleh H1N1 di Malaysia .. ramai jugak yang sakit.. demam ke, batuk ke, selsema ke.. musim ke? Sini walaupun top list country H1N1 but still calm.. tak tau nape... dengarnya tak nak cerita kematian menyebabkan rakyat panik.. tak tau la betul ke tak.. aku pun sebenarnya baru je baik demam teruk dah 3 hari pun.. but hari ini dah ok la.. takde lagi melawat "rumah kedua" jumpa doktor hari tu sahaja mengambil masa 4 jam.. huhuhu tak nak la sakit yang teruk2 kat sini.. mintak dijauhi..

hari ni ada sahabat satu keluarga demam.. erm.. takut dengar.. harap tak de apa2.. 2 minggu lepas terjumpa seorang doktor nie.. malaysian yang belajar kat Adelaide sana.. keje dengan kementerian kesihatan.. datang buat passport.. dia kata pengidap H1N1 yang mati/meninggal/terkorban kebiasaannya immun badan mereka sangat rendah.. samada terdapat penyakit ke 2 atau ke 3.. lelah, sakit jantung dll adalah penyebab utama kematian tersebut..

di sini bila dapat berborak dengan officer dari negara jiran kita terasa malu pun ada.. vaksin mereka dah ada dari tahun lepas lagi... setiap officer ada vaksin mereka sendiri yang disediakan.. negara kita? kenapa tak simpan yer vaksin tersebut seperti jiran kita nie? bila mereka tanya officer malaysian.. jawapan nak safe.. dah order belum sampai.. itu jawapan 4 bulan lepas.. persoalannya adakah pemimpin negara tak perihatin? tak nak cerita bab politik.. sebab kalau cerita kesimpulannya sungguh mudah.. pemimpin dipilih oleh rakyat, rakyat perlu diutamakan.. jentera pemimpin parti sekarang lagi bijak pandai.. tapi mereka juga harus sedar yang memangkah kertas undi bukan lagi rakyat yang cetek akalnya.. ramai yang berpelajaran sekarang nie.. tau nak nilai baik buruk.. bukan nak burukkan kepimpinan sekarang sekadar MENAGIH keperihatinan mereka sahaja.. tak guna slogan terbaru tu kalau tak de pendekatan yang wajar dan pantas diambil.. and jangan qoute ayat aku.."mereka yang terkorban disebabkan oleh penyakit sampingan ke 2 atau ke 3 tu.." walaupun itu kebenarannya..

sebagai rakyat lak langkah apa lak yang kita ambil untuk sekurang2nya menjaga keluarga kita dari dijangkiti? H1N1 ni berjangkit dari udara dll.. pakai mask sahaja tak cukup.. kurang2kan lah aktiviti dikhalayak ramai nie.. perjumpaan2 yang tak penting atau perjalanan yang dirasakan tak penting tak yah la pegi.. sayang beb bila dengar baby, kanak2 yang terkorban tu.. kita tak pernah taukan masa depan dia.. manalah tau mereka2 itu bakal pemimpin negara satu hari nanti.. so please kawan2.. takat nak berkhemah, gathering tempat terbuka, berenang ke, apa pun aktivit dikhalayak ramai nie kurang2kan la..

teringat kata seseorang dulu.. apa ko pedulik? "kubur lain2.." hahahhah naif dan cetek pemikiran orang mcm nie.. aku bukan sibuk.. sekadar berkongsi idea, pengetahuan walaupun sedikit dan paling utama sekadar mengingati kawan2.. kalau ko bukan kawan2 lantak ko la.. fikir lah mana yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan orang tersayang.. adios..

note twentyone: tak nak dengar ada dikalangan yang aku kenal terkorban sama.. sama2 mencegah untuk kebaikan bersama..

Thursday, August 13, 2009

MoDe..!!

MoDe: hangin cuma tak terluah..

"Kala dia meminta dan ketika itu kau menonton, sila beri apa yang dihendak kerana tidak lagi dia meminta tau merengek.. jangan sekali kau kata sebentar atau nanti.. jawapan itu membuat aku sakit hati.. cuma aku tak nak membesarkan isu itu.. beri apa yang di hendak kerana ada banyak kebaikkan bila bagi apa yang dia nak.. bukan benda yang tak elok dia minta.. so bagi.. atau mungkin satu hari aku akan meletup.. jangan sampai aku meletup.."


note twentyone: mungkin bukan kau punya kau buat begitu..

Wednesday, August 12, 2009

Dari sahabat

Salam..

Sahabat menjengah ke entry Vienna (wien)..


Sahabat : "Takkan ko dah lupa ke mana kita pegi malam tu, 4 tahun dulu.. :D?"

21 : "Ko lupa ke? Perlu ke aku tulis ke mana kita pegi malam tu? hahahhahha..."

Sahabat : "Tu semua kenangan tu bai.."


Bai, bukan tak nak taip mana kita pegi malam tu.. ko pun tau kenapa aku tak letak.. betul kata ko kenangan tu.. baik atau manis itu ko sendiri la nilai.. bagi aku MANIS aje.. hahahhaha..

note twentyone: ramai yang sakit lately nape yer..

Monday, August 10, 2009

10 August 2005 - Vienna (wien)

Salam all..

Dulu 4 thn dulu.. 2005.. 4 bulan sudah aku menjejak kaki ke benua Eropah.. di bulan ini juga dan di tarikh yang sama 10 Ogos 2005 kali ke tiga aku ke Vienna untuk Curior Beg Diplomatik.. kali itu aku ditemani sahabat yang berada di Budapest, Hungary.. waktu tu summer.. menikmati summer di danau dengan sahabat.. kalau di ingatkan balik mesti ketawa berdekah-dekah.. bai lu ingat bai? makan McD, makan kebab.. minum macciatto kat Stephenplatz ... lepak hotel Sofitel then kena pindah lak hotel esok harinya.. hahhahha ingat bai kita kemana malam tu? Kenangan tu semua.. aku rase waktu tu aku tak jumpa ko dah hampir 3 thn kot.. last masa ko balik cuti aku hantar ko ke airport..

Ko lah tourist guide aku semua tempat ko bawak aku.. ingat malam tu ko tak leh tido? hahhaha.. bestkan.. posting kali nie pun kita dekat lagi bai.. apa kata kita buat trip bai ke Bali ke.. aku tak nak ke tempat ko.. sesak.. aku nak tempat yang damai.. lagi pun Bali ko pernah pegi and aku pun pernah pegi so tak de la kita sesat barat.. lepak HRC and PH.. cuma bezanya aku pegi bercuti ko pegi honeymoon.. dulu aku pernah ajak ko kan.. nak serang semua HRC seluruh asia nie.. apa kata kita plan balik semua tu? lama tak buat giler bai..

Mungkin korang tertanya baik sangat kami nie.. hehhehe kami batch sama waktu belajar dulu.. tapi dia habis dulu al maklumlah pelajar terbaik.. aku lak lambat habisnya kerana kesengalan aku menerima pelajaran.. but alhamdulillah habis gak.. then jumpa balik masa bertugas yang mana kebetulan sama tempat bertugas tetapi dia kira senior la.. then lepak satu rumah kat kajang sesama.. sampai la tak salah aku 2003 bila dia dapat bertuags ke Budapest.. tempat yang menghairahkan hahahhah tul bai? tak payah citer kenapa.. bila aku memula di'perintahkan' ke Nepal dulu terpaksa aku tolak kerana tau masih cetek ilmu.. then ditawarkan ke negara asia-eropah pun terpaksa tolong memandangkan permintaan untuk tangguh tak diluluskan.. waktu tu ramai yang mengutuk kerana melepaskan peluang yang mungkin datang hanya sekali.. tapi aku fikir kalau rezeki tak kemana.. then di offer pulak ke Lagos.. persetujuan dicapai tapi entah kenapa 2 minggu sebelum pegi nama ditukar dengan si Lukman.. so aku masih di tempat sama lagi.. lepas tu aku pindah bahagian ke bah. Adjudikasi & Timbangtara(dah bubarpun Bahagian ni).. tempat paling best pernah aku keje.. bos, pegawai, member semua kamcing.. keje mmg banyak tapi tak de stress.. kena jugak jaga TSK hampir sethn setgh aku jaga dua org bos akhirnya panggilan dari bahagian PSM.. ayat pertama EYY.."tak leh tolak.. kena pegi gak.. get ready by nov 2004 you pegi.." so aku readykan diri, minda dll.. but semuanya tak seperti yang dirancang.. TSK tak lepaskan.. adoi selama 5 bulan aku masih di office yang sama.. tapi keje tetap jalan.. sampai la minggu ke tiga bulan Mac 2005 bila perkiraan aku segalanya dah tak teratur.. keputusan mesti diambil.. aku jumpa PS.. setelah berbincang.. setuju PS akan bagitau TSK.. esoknya tak pernah2 TSK masuk hari selasa ke pejabat tapi hari tu di masuk.. settle apa2 patut and abg din driver TSK dah hint sambil senyum... kata aku baik ka tak baik? semestinya baik.. dengan tenang aku jumpa TSK bila dipanggil masuk.. setelah bertanya 2-3 soalan and tanya soalan maut.. aku matikan dengan jawapan maut pulak so dia setuju.. dapat persetujuan depan aku dia call EYY katanya sediakan PO.. sepantas kilat juga PO sampai tengahari itu juga.. setelah selesaikan beberapa perkata.. petang itu aku ke unit ticketing.. cari tarikh sesuai memandangkan tertulis dalam PO 'minggu pertama april' so dengan pantas aku kata 1 april memandangkan hari itu adalah hari jumaat.. so 4 hari lepas itu ticket siap.. tapi tiada seorang kawan yang hantar kerana mereka semua menjangkakan aku hanya main2 1 april (april fool) tapi takpe sebab itu semua perkara kecik bagi aku... so bermula satu episod baru dalam hidup aku.. tak kisah untuk hidup berjauhan sebab dah biasa pun dari kecik.. cuma dalam fikiran aku mcm mana bos baru nanti.. mcm mana keadaan hidup kat sana memandangkan sebelum pegi mcm2 cerita aku dengar..'sampai ko kat airport jgn terperanjat bila ko nampak kete kebal ke, MIG ke.." tapi aku diamkan sebab aku nak tgk sendiri betul ke ada semua tu..

1 April 2005 - 2355hrs - MAS Airlines seat 3A ke Vienna, itulah penerbangan aku ke Benua Eropah... penerbangan makan masa hampir 13 jam.. transit di Vienna selama 8 jam buat aku mula bosan.. tiada apa yang menarik nak keluar ke Vienna City masih pagi iyalah aku sampai kul 5 pagi.. so ambil keputusan sekadar tido je kat MAS Airlines Lounge sambil menyedut herba yang aku bawak 2 karton dari tanahair.. penerbangan seterusnya pada pukul 1.15pm.. sekali lagi aku ingat Lauda Air seat 7c.. then touch down Pristina International Airport pukul 4.45pm.. aku disambut oleh haji (uncle u kan..) ok.. tempat menarik mcm country side.. yes memang betul ada semua apa yang di orang katakan..tapi itu yang menariknya tentang Kosovo.. dari sesejuk suhu -27'c sampai la sepanas2 suhu 47'c aku dah rase.. itulah apa pun tanahair tetap dihati.. teringat family perkara biasa tapi aku tak berapa nak layan sangat.. sebab nasib baik keje, bos and officer semua ok.. sekepala gak.. ada je masa terluang kami lepak buat makan2 ke, lepak tengok tennis ke atau ke negara sebelah Macedonia, Serbia atau Albania.. yang aku suka posting sini.. semua game bola live and tak ganggu waktu tido beb.. England yang beza hanya sejam lewat tak jadi halangan.. makan sini tak pernah jadi masalah kerana 99% islam and semuanya halal.. daging yang sedar.. cuma nak dapatkan sayur and ikan sudah sedikit.. itu sebabnya apa bila kami ke Vienna segala peluang itu kami gunakan beli sayur yang tak de jual di Kosovo, beli ikan seperti kembung, bawal, ketam dll.. pelikkan siakap ada lak jual kat Kosovo.. hahhahaha...

31 Januari 2009 itu lah tarikh dimana kali terakhir aku melihat bumi Kosovo, dan tarikh terakhir pejabat Malaysia beroperasi.. skrg dah takde lagi Liaison Office of Malaysia di bumi Kosovo.. Kosovo dah pun merdeka... aku doakan rakyat, rakan2 di Kosovo ceriakan dan hidup dalam keadaan aman selamanya.. selamanya wujudnya Republic of Kosovo.. 10 April 2009 aku telah pun di penempatan baru.. mmg aku tak pernah jangka akan posted ke bumi Aussie nie.. yes aku punya target.. target hanya sekitar negara asia yang dekat je.. tapi siapa sangka Aussie pun negara Asia gak skrg.. mungkin rezeki aku disini.. insyallah temapt mcm nie walaupun kebosanannya ditahap yang boleh dikatakan kritikal but cuba serasikan diri dengan keadaan ini..

note twentyone: bai plan bai.. hope jadi.. 12.00am sudah sini.. Happy 2nd Birthday Nur Alia Sofea.. moga jadi anak yang baik and solehah.. babah sayang adik..

BUsy - Sup - Follower - Adik

Salam all..

Apa citer hari nie? Sedikit busy.. SU III nak balik esok.. aku kena tanggung keje dia.. hari nie menyettlekan (ada ke ayat ni?) claim2 big bos semasa kedatangan menteri2 berkaitan baru2 nie.. bayar itu bayar ini.. esok sorang lagi menteri sampai malam lak tu, nak ke airport kul 10 mlm.. adoii letih..

sebenarnya aku tgh tunggu TV yang aku dok order dari Harvey Norman sabtu lepas.. katanya malam nie sampai but tak tau kul berapa.. bukan tak leh hantar siang tapi memandangkan aku keje and tak tau balik kul berapa so kena la tunggu lepas waktu pejabat..

hari nie natrah masak.. masak sup ayam.. aku bukan pengemar sup.. serius amatlah susah aku nak makan sup.. kalau tom yam, sup ekor aku leh makan itu pun cuma ekornya sahaja.. supnya aku letak tepi.. pelik tapi waktu belajar dulu leh lak nak makan nasi goreng and ada sup mangkok kecik tu.. hahahaha.. akibat cakap tak suka makan sup aku ditegur.. "org ckp bila kita takut anjing kita mesti cuba m'dekati anjing tu so rasa takut tu akan hilang... so sama la bila kita x mkn sup tu kita mesti cuba utk mkn so br la kita rasa x suka kat sup tu akan hilang" ... so jawapan aku "baik ####### saya makan sekarang"

so sekarang aku tengah menyuap sup berkenaan ke tekak sendiri.. buat2 la itu sup ekor.. and tetiba teringat ada pedal kat dalam frezer.. kalau buat goreng halia mmg sedapkan.. makan panas2.. huhuhu.. ok cukup pasal makan..

ok nie terbaru nak ucap terima kasih pada yg jadi follower.. hari ini ada perasan follower baru tak kenal tapi tak pe.. cuba cari blog anda manalah tau saya kenal ke.. tapi tak dapat.. it's ok..

aku tunggu adik aku contact aku.. dia sedang bermasalah.. apa aku boleh bantu akan aku bantu.. so adik pepandai buzz kalau tak busy..

note twentyone: esok birthday dia.. mau call kl.. mau cakap dengan dia..

Saturday, August 8, 2009

Preview..

Salam all..

Hari ini bangun je mandi bergesa nak ke office but singgah sebentar beli ticket cinema HP.. then terus ke office buat keje sikit kul 2 baru balik ambil aisyah and natrah untuk cinema kul 3.. waktu preview cerita2 yang bakal keluar aku dah target nak tgk cerita nie.. FAME... nantikan pada 25 SEPTEMBER 2009 (tarikh itu la pulak).. mungkin lama lagi but.. sekadar untuk korang tonton and block dairi ke.. sure best bagi mereka2 yang suka music, tarian dll.. aku kalau cerita2 mcm nie mmg teruja sikit.. sedikit info...

"Is all about.. MUSIC.. LOVE.. FRIENDSHIP.. HEARTBREAKING.."

Citer FAME ini adalah kali ke 2 dilayarkan setelah yang pertama pada tahun 1980, 29 thn berlalu versi yang lebih menarik dilayarkan kembali.. block dairi masing2..


Sila klik sini


note twentyone: seminggu lepas itu mungkin aku berada di selatan tanahair.. kekadar perancangan..

Friday, August 7, 2009

Kamu lagi..

Salam all..

Sebenarnya aku takde mood nak buat entry kat sini tapi tapi setelah mendapat panggilan dari member di M'sia nun.. and selepas membuat penjelajahan hati jadi panas jap.. jadi timbul idea "nakal" nak buat entry ini.. Entry ini ditujukan kepada KAMU..

Oit Kamu!! apapun urusan ko aku tak pernah campur kan.. tapi bila kawan aku call suruh aku menjelajah blog Kamu tak payah lah kamu nak bercerita lagi pasal aku.. bukan semalam Kamu dah jelaskan kepada Mr. MH (panggilan dia la kepada officer merangkap member aku gak) yang tak kenal aku.. so apa kehalnya nak membuat cerita tentang aku dalam blog Kamu? Serius aku tak kisah sangat pasal post tu.. but bila aku baca comment kawan kamu tu.. mcmlah tersangat bagusnyakan.. kenal ke kawan Kamu tu kat aku? tak bukan.. kenapa tak cerita perkara sebenarnya yang berlaku? biar kawan2 Kamu itu juga yang menilai Kamu.. menilai org yang tak kenal? siapa dia nak buat mcm tu?

Kamu nak bercuti ke sini ke, ke sana ke aku pedulik apa? bukan hal aku.. bukan wang ringgit atau Cik CC akan aku guna.. duit kamu so kamu buat apa kamu nak.. memang ramai adik atau kenalan aku kat sana but serius tak de niat nak kenalkan pada Kamu.. pegi je la.. apa da!! Kamu dah minta pertolongan pada Mr. MH so ok la tu.. cerita lagi buat apa.. kalau Kamu "rimas" dengan pertanyaan dia bagi je alasan apa2 tak payah la nak terangkan siapa aku dalam blog Kamu.. tak payah nak bagitau seluruh dunia siapa aku..

Mungkin kamu keje kat kantor kamu tu tak tau selok belok satu organisasi tu bagaimana nak cari no kami2 di luar ni... nie tanam dalam kepala otak kamu ok.. kami disini diupdate oleh Bah. Admin.. so adalah mudah untuk mendapatkannya.. takde jugak? tau Bah. CLMVo? tanya la pa sana.. kadang2 kita nie nak dapatkan sesuatu kena la pikir panjang.. takkan itu pun nak bagitau? prihatin la sikit dengan keadaan sekeliling..

Satu lagi tak thrill la semua nak org tolong.. hahahhahahha aku kalau nak bercuti ke better cari sendiri baru puas hati.. yang rugi kita yang untung pun kita.. kalau nak untung je payah la..

note twentyone: akhirnya 8 jahitan juga.. but no worries.. hai adik.. nangis ke?

Tuesday, August 4, 2009

Cerita Itu...

M- "Awak berlari meninggalkan sesuatu atau awak berlari kepada sesuatu?"..

S- "Saya berlari sebab saya nak bernafas, supaya saya tidak sesak ditikam rase bersalah"..

note twentyone: lonely? adakah endingnya seperti di part 11 ataupun part 12? the icon makes me smile.. thank you..

Monday, August 3, 2009

MODE

mode: Tired and Sick..

note twentyone: terlalu banyak ambil CPT nie.. but.....

Sunday, August 2, 2009

Dari Adik Untuk Abang..

Pesanan adik buat abgnya..

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

ucapan terima kasih...

note twentyone: it's true..

Saturday, August 1, 2009

Welcome August..

Salam all,

Semalam tido lambat giler dah kul 5 lebih baru nak terlelap.. kul 7 lebih dapat call kena ke office and residence.. visit lagi.. adoi dah comfirm flight ETA DSHTH sampai kul 9.20am (monday) so.. mcm tergesa2 la buat keje.. itu ini itu ini.. confirm itu confirm ini memandangkan Big Boss akan berangkat ke Melbourne petang kul 4 ptg untuk sambut DSHTH kat sana pagi isnin.. tapi tak lama kat office dari kul 8 am sampai kul 3 pm aku kat office.. itu pun siap bawak balik ke rumah keje nie.. balik tgk aisyah and natrah tak makan lagi.. natrah tak larat lagi.. erm.. bubur ada lagi tanya aisyah nak makan bubur ke? tak nak lak.. nak paprik lak.. so keluarkan ayam and mula la mengupas bawang etc.. racik itu racik ini.. at last hah tu dia.. siap dah.. untuk makanan aisyah so tak leh pedas la.. asingkan untuk aku sebab aku kena letak lak cili padi..





natrah lak nak lamb chop.. nak macaroni bolognese tapi tak nak ada daging.. adoi mcm2 ragam.. sebab masih ada jiwa nak masak tu buatkan jugak la.. but very simple.. tak nak lelebih.. 2 slice of lamb and macaroni bolognese.. sakit tapi selera mengalahkan org yang tak sakit.. done sebelum kul 4.30 pm semua dah ready.. bagi aisyah makan but masih sikit je makannya.. erm.. itu la aku tak berapa suka dia makan speagetti sangat.. sebab tomatokan masam.. aisyah kena ulser di usus.. doc bagi ubat tahan muntah since semua yang masuk keluar balik.. so since dia makan bubur semalam nampak ok tak keluar dah.. hari ni pun makan nasi tak gak keluar but sikit la.. mengada lak nak bersuap bagi takpe janji makan dari tak makan.. kena ugut lak.. tak habis tak de susu... hahhaha still tak habis but aku cakap 10 suap baru leh dapat susu.. dengan bersusah payah mengunyah nak habiskan.. dapat susu mata dah kuyu sebab dah makan ubat.. tido sampai ke petang.. bangun nak tengok citer Ratatouille lak.. kena la aku memunggah kotak cd kat dalam garage tu.. ok bagi dia tgk.. lepas tu nak lak tgk Fast and Furios 4.. "citer kete tu babah".. penat aku pk ingat nak tgk citer Cars ke bukan.. tunjuk F&F4 baru la aku paham.. takpe layankan sebab aku pun leh menjeling2 tgk sambil buat keje.. habis tgk natrah lak nak tgk gilmore girl.. aku sekarang bab tv nie amat kurang kecuali lepas midnite.. itu pun layan ESPN, CNN and MTV je.. dengar lagu2 sambil kepala dok pk apa nak buat esok.. hah sebut pasal esok seawal 7 aku dah kena ke office.. banyak benda masih belum buat.. nasib baik keje remeh semua aku dah buat.. such buku program.. invitation untuk dinner dah siap.. menu card dah siap.. invitation card untuk National Day je tinggal sikit lagi aku nak settlekan.. insyallah esok leh siap... invitation tu tak leh lambat siap sebab 3-9 seharusnya tak leh nak buat sebab visit.. then visit DSTPM lak.. invitation tak keluar sebelum next week alamat lambat la sampainya..

ok la all.. nak sambung buat keje.. adios and nite..

note twentyone: Happy Birthday Along Noreen, moga panjang umur murah rezeki and ceria selalu.. adik oiii.. thanks a lot..you can do it!! hahhaa