Friday, July 31, 2009

kamu dan kamu..

Salam all,

Hari ni 31 Juli penutup bagi bulan Juli.. ingat tiada lagi kisah yang aku tak suka akan jadi.. but di hari terakhir nie ada gak lagi nak jadi.. tolong la weii esok dah masuk Ogos 2009.. setengah tahun akan berlepas.. cukup la.. entry ini untuk sesiapa yang dah tak nak aku ingat dan tak nak aku berkomunikasi lagi.. kenapa korang nak berkomunikasi dengan aku lagi? tak cukup ke apa yang dah jadi? takpe aku layan kan sebab mengenangkan last day bulan Juli.. dari situasi tghari tadi walaupun pendek je komunikasi di alam maya tadi harap ianya yang terakhir.. kamu cuba mencari sesuatu yang boleh kamu dapat di tempat kamu duduk yang tak sampai 100 meter jaraknya.. so pandai2 la.. segala apa yang kamu cari sebenarnya ada di sana jangan bagi alasan tak ada.. kerana itu kenyataan.. terlalu la peliknya mencari no telefon yang setiap manusia di sana boleh call tapi mau minta dari aku.. dan kamu memang dah tau aku tak akan layan segala apa yang kamu nak tau dari dulu lagi.. so hope today going to be last conversation that we had..

Kamu yang kedua.. malam ini aku amat penat.. menyediakan persiapan untuk visit2 yang akan datang.. baru sampai rumah tak dinner pun lagi.. sekadar menjengah ke laman2 cyber yang aku selalu singgah lately.. aku dah penat nak ingat hal apa yang dah jadi.. aku mencuba bersungguh2 tak nak ingat ok.. bermula dengan komunikasi di alam cyber juga.. pendek juga.. ingatkan habis di situ.. silap lagi aku.. tadi "private call" terpancul di skrin E71.. seharusnya aku angkat sebab tidak tau siapa pemanggilnya.. ingatkan sekadar voice call tetapi aku salah lagi.. video call.. sekali pandang mmg aku terus hadapkan ke siling rumah.. kamu marah.. jgn marah.. kerana itu perjanjian aku dan kamu.. tiada lagi komunikasi.. apa yang kamu mau? nak lihat? kenapa nak lihat? untuk apa nak lihat? kamu kata aku benci.. ok benda yang dah lepas aku tak nak fikir dan secara automatiknya aku tak benci sebab aku tak nak sebati dengan hati.. kamu teruskan dengan life kamu.. tak payah ditanya life kami.. seharusnya apa jadi pada kami tak perlu atau tak payah kamu peduli.. sebab senang sahaja.. tak elok diungkit kisah lama.. kan pepatah pernah menyebut.. yang baik dijadikan panduan.. yang buruk dijadikan sempadan.. bagi aku apa yang jadi antara aku dah kamu dulu benda yang harus aku jadikan sempadan bagi kami.. kamu tanya aku ok? sekali lagi apa pun jadi aku tetap ok sentiasa...

Aku minta maaf kalau entry ini buat kamu dan kamu terasa hati.. kerana kamu dan kamu tau pendirian aku sejak dulu lagi.. tiada apa yang berubah.. yang berubah hanya masa dan keadaan.. kalau kamu dan kamu dah cukup bahagia teruskan.. aku tetap mcm nie cuma tak nak di ingat dan di ulangi benda yang telah terjadi.. so harap kamu dan kamu paham situasi dan tindakan aku.. so harap aku, kamu dan kamu setuju sekali lagi ok.. adios..

note twentyone: adik plate no kereta nampaknya tidak mencukupi.. alamat rumah pls.. sayang adik aku sorang nie..

Mari dengar lagu

Halwa telinga pepetang nie.. layan semasa tgh buat keje.. supaya laju sikit..

lagu1

lagu2


layan..

note twentyone: letih la..

Thursday, July 30, 2009

Kalah lagi..

Salam All,

Semalam kalah lagi.. dengan Australia (first team) 2-0.. sikit lak.. hari ni cuti sebab jumaat esok kul 1pm game dengan Canada.. tadi aku jumpa la 4-5 org pemain kita kat Manuka.. aku tanya mcm mana? Kalah lagi.. sebaris tu je ayat dia... hahhahha takpe cuba vs Canada korang score banyak2 mcm comment En. Alladiin.. mcm main badminton kiraan dulu.. hahhahha..

Tadi balik kejap menjenguk kak long and belikan susu untuk dia.. nak bermanja la pulak peluk2 bagai.. soalan aku.. "kak long sayang siapa? sayang babah ke cik moi?".. erm.."kak long sayang babah, sayang cik moi.."..."mana boleh kena pilih satu je".. erm.. penat la kak long.." hahahhahah.. sejak 4 hari lepas mengadanya lebih.. al maklum la org tak sihat.. nak itu nak ini semua pun nak.. tapi bab makan tak nak lak.. melawak dengan dia.. mcm mana nak jadi wonderpets.. nanti lagu dia tak sedap la.. melepek and "merajuk".. mana ada lagu dia mcm tu.. kak long dah dengar.. versi yang telah diubah suai oleh babah.. "Wonderpets.. wonderpets.. kak long gemuk.." hahhaha sekali lagi tarik muka.. langsung tak nak cakap... hahhaha minggu nie je kena manja lelebih ye.. minggu depan selama 2 minggu babah busy.. DSMM nak datang esok.. DSHTHO nak datang 3/8.. DSTPM lepas tu lak.. DSPC lepas tu lak.. semua DS je yang datang.. semuanya menteri.. harus sekali lagi jadual makan akan tunggang langgang.. sepakat dengan EI and EMH.. letak meggi kat office je la.. haahhahha sekali EI dah letak satu kotak besar kat library.. hari ini gak Mr. V menuntut hutang.. settle lagi.. giler 2-3 bulan ni.. kalau ditukar duit RM dah cecah 5 angka.. menyesal pun ada.. BPA.. takpe pengajaran.. jgn buat lagi yer En.21.. tak de gunanya..

note twentyone: - sentiasa ok.. - hari ni terasa seperti ada 6 tgn and 6 kaki.. ahhahah

Wednesday, July 29, 2009

Kecundang jua..

Salam all..

Dulu bila aku promote tournament hoki yang babitkan Malaysia sangatlah berkobar-kobar.. ini perkhabaran dari bumi Aussie.. 3 hari lalu Malaysia dibenamkan oleh pasukan Australia A 8-1, then pelawanan timbal balik esoknya Malaysia menang 1-0 dengarnya hanya seorang pemain yang tinggal dihadapan.. italian style dalam bola.. tapi biasa la kita nie.. janji menangkan.. goal dari penalti corner seperti biasa itu sebab menang pun 1-0 (seolah-olah sekali tu je serangnya)...

Hari ini ketika berparty sakan... remaja2, anak2 staff PTM sini yang mewakili kami pergi tgk game Malaysia vs Australia B.. aku yang pada mulanya amat berkobar untuk tgk game nie terpaksa batalkan kerana party farewell untuk MZG yang akan pulang pada jumaat nanti.. anyway apa resultnya?? Kepada En. Alladiin.. seperti yang jangka Malaysia kecundang juga kepada Australia B.. tapi dengan jumlah jaringan yang lebih besar.. 11-3.. A & B kalah.. akhbar Malaysia takde highlight kekalahan Malaysia cuma bila menang 1-0 tu aku ada baca dia org highlightkan.. kedengaran suara2 berkata.. main hoki ke badminton?? erm.. esok lawan Canada.. rata-rata perancangan awal penyokong PTM nie nak buat kain rentang semua tu mcm tak jadi je.. hehehhe.. takpe sokong tetap sokong, semangat tetap semangat, setia tetap setia.. Malaysia boleh.. aku rase penyebab utama kekalahan besar malam nie sebab keadaan cuaca sini kot.. tadi pun ketika jam menunjukkan kul 6 petang suhu dah jatuh pada 7°c and kul 8 dah drop ke 4°c... mungkin sebab sejuk kot.. esok game pertama kul 4.30 ptg.. 2.30 ptg waktu Malaysia.. memandangkan esok pagi sahaja kami busy and ketiadaan big boss mungkin ini masanya kami di PTM akan ke sana memberi sokongan..

citer party tiada yang menarik.. memula nak gak menjahat sedikit.. tapi terkedu kejap di ruang BBQ sebab nampak Nek Tam and Roger datang (rupanya mereka juga dijemput).. adoi kantoi.. salam and tanya khabar... then sepanjang party itu juga aku dok control bagai.. hahaahhaha.. berborak lebih dengan roger sahaja.. kenapa? sebab discuss pendaftaran natrah di UC dgn dia.. since dia lectuter kat sana baik minta pandangan dia.. lepas tu bila start sessi berkaraoke bagai aku dah mula ke belakang.. baru satu lagu nama aku di sahut oleh TPT.. tak pe jalan dulu.. nak simpan rekod sampai habis kat sini takkan aku naik pentas tu.. big boss dah paham.. "21 tak pandai suruh org lain" thank you big boss.. hahhhaha lagu pertama semestinya pasangan guest of honour.. MZG and MrsR.. lagu.. "Jangan ada dusta di antara kita".. seharusnya aku and Deni dah nak pecah perut ketawa.. best beb dia org nyanyi.. so kenapa nak pecah perut ketawa? hahahhahha suka la.. adalah sebabnya aku nak ketawa.. ada part dalam lirik tu yang buat aku suka lagu tu.. "Mungkin kau bukan ...."

3 lagu aku dah mula menjarakkan diri dari meja makan.. sekadar berdiri di luar pintu.. sebab ikutkan hati nak blah awal.. tapi sebab Nek Tam and Roger ada so aku terpaksa layankan gak.. bila dia org cakap nak balik je aku mula langkah aku.. hantar dia org balik ke kete.. aku start kete aku terus gerak.. aku boleh blah sebab big boss pun dah balik.. sampai rumah kebosanan lak.. layan FRIENDS.. nak mengadap PC mood belum datang lagi.. main dengan kak long jap.. sepuluh kali kejap nak pegang kepada aku.. tau la rumput dah pendek.. hahahhaha.. sampai big boss cakap.. "hai dah tebas? hang ok?"... jawapan biasa... "ok je boss.. sentiasa ok".. lepas tu dia org pakai ketawakan aku.. cis tadi aku gelarkan Big Boss, Big Madame, MMD, CHL, TPT sebagai Mafia Geng sebab semua berjaket kulit bagai.. hahhaha.. (la baru aku perasan aku tak ambil gambar langsung..)....

ok la all malam nie seakan kena tido awal lagi sebab sudah diberi pertolongan oleh C.P.T tadi.. and peneman tido suruh tido awal malam nie.. awal ke? hahahha mungkin malam ini peneman tido lambat sikit baliknya.. so tido sorang dulu.. you i dah tukar sarung bantal.. ok all.. nak layan FB jap then nak tgk CNN..

note twentyone: tambah arang and kipas jadi motto minggu ini.. BBQ.. hahhaha ada yang senyum aku tau.. but take note aku tak keji ok!! hahhahhaha

party..

Hari ini,

Hari nie pegi keje awal ok.. sudah 2 hari pun.. sebab dapat tido yang amat nyenyak sekali.. kenapa nyenyak? sebab dengan bantuan C.P.T.. hahahha... hari ini dok office dok mengadap FB sahaja kejenya.. sebab tak banyak keje.. dah aku siapkan awal2 lagi.. kul 3pm aku dah cabut (dengan kebenaran ok).. tq big boss... malam nie ada party.. kul 6 start nie pun aku dah kat umah tak tau nak pakai apa.. dan secara automatiknya game hoki malam nie tak dapat la tgk.. pandai2 la "T" malam nie..

hari ni gak ramai yang bertanya... dengan siapa aku dok tido.. kenapa nak tau lak kan.. minggu nie aku tido malam aku berteman yes.. mungkin org tak paham.. aku malas nak explain.. hanya siapa yang paham akan mengerti.. hahahahha... tadi balik aku dah buat apa yang aku niat nak buat minggu lepas.. potong rambut.. rimas giler rambut panjang..

lately sebelum tido aku layan CNN & MTV sahaja.. janji dengan kawan lepas lagu nie.. lepas lagu itu.. lepas tu sampai habis 50 chart tu aku dengar.. hahaha 2 hari nie je dengan bantuan C.P.T aku lelap lebih 6 jam.. kalau tak seharusnya 1-2 jam sahaja.. nasib baik peneman tido paham.. thanks yer you.. malam nie jgn merajuk lagi.. ok la all nanti update lagi nak mandi + siap.. thanks sekali you bagi idea utk mlm nie..

note twentyone: mode hari nie... tambah arang and kipas.. ada yang paham ke? keji ke aku? hahhahahha perlu ke aku peduli?

Tuesday, July 28, 2009

Tag Dari Raje

Di Tag oleh YM Dak Raje..

1. Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
E71 sejak Mei lepas Mr. Vodafone bagi free ambil plan dari dia org..

Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?
~ wallpaper warna meroon dari wallpaper hp ini juga... tak de masa nak godek habis hp ini lagi..

Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?
~ 317 org sahaja.. terima kasih..

Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf ‘M’?
~ 271... kebanyakkan nama org aku letak Mr, Ms, Mrs. ahahhah itu yang banyak..

Sekiranya diberi peluang, nombor telefon artis mana yang anda mahu?
~ hmmm... hhahahhahh tak tau..

Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
~ hmmm kalau nokia mau lebih dari 10 yang mana aku tak ingat dah seriesnya.. motorolla VR 2 bijik, iphone 3 bijik, 1 bijik samsung pakai kejap ;-), Blackberry Storm (masih dalam kotak)..

Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
~ Mr. Vodafone dulu tertarik dengan lambang dia.. di Malaysia aku guna 2 no.. Maxis sebab aku suka rangkaian ini & Celcom sekadar suka2 dulu..

Nada dering yang anda gunakan?
~ Deringan Telefon biasa.. kring.. kring..

Senarai top 5 contacts yang anda selalu msg?
~ Mummy
~ Daddy
~ Natrah
~ TD
~ Big Boss


Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
~ sekadar nama betul aje..

Org yg nak di tag?
~ TD
~ emmi
~ NQR
~ Ernie
~ Ira
~ Hajar
~ En. Alladiin

Saturday, July 25, 2009

Hari Ini..

Salam All,

Dah kul 3.50 am pun masih tak tido lagi kenapa eik? jawapan mudah untuk soalan senang.. hahhahah tak boleh tido lagi.. melawan premier football dengan kawan2 kat FB.. so hari nie setelah berjanji selama 2 minggu aku bawak kak long ke cinema tgk ICE AGE.. tempat penuh so dapat seat depan sekali.. but takpe sebab seat sangat selesa and luas.. seperti Business class MAS lak.. hahahhah kak long siap terbaring bagai.. sebelum pegi kedatangan "T" disambut di rumah.. ajak masuk tetapi kerana programe yang agak padat so "T" cakap jumpa di office sahaja esok.. esok beb kena dtg office jap.. kedatangan "T" membawa buah kegemaran.. bagaimana yer "T" tahu? tak dapat jawab.. mungkin kebetulan kot.. mungkin esok kalau ada keberanian nak tanya soalan remah tu aku akan tanya.. buah apa?? nie kat bawah nie.. tak payah tunggu balik m'sia... buah ini datang dari m'sia ke aussie.. hhahah.. thanks "T".. memang aku suka manggis.. aku and kak long yang bedal.. habis tangan semua.. kak long pun suka je aku tgk dia makan.. dah habis satu plastik bukak satu plastik lagi.. mcm tu lah anak babah.. jgn makan durian makan maggis and rambutan je.. hahhahha



so malam nie mcm biasa layan Tour De France.. then layan FB, mafia war, layan bola, layan chatting, call brother kat johor tu... terkecik hati sikit tapi kejap je.. hahahhah ko tunggu aku balik nanti.. aku luku ko.. ko buat aku hangin lak.. hahahha.. org tanya soalan dia marah balik.. lepas tu lepak tgk master chef sambil chatting..

pagi tadi ingat nak botakkan kepala tapi tak jadi sebab kedai barber tutup.. nak keluar tadi sejuk sangat -3 kereta aku pun dah berais bagai.. tengok la keadaan cermin belakang kete aku tu.. agaknya kikis leh buat ais kepal hahaha.. PC aku yang begitu lembab lately dah aku pulihkan.. jgn install skype.. tak tau kenapa lepas install 2 minggu lepas sangat la lembabnya internet umah nie.. lepas aku remove baru ok balik.. selaju yg aku nak.. hahhaha.. esok pagi ke office petang aku ada invitation untuk meraikan MZG nak balik m'sia for good.. aku tgh tunggu seseorang ajak tido nie.. mata tak ngantuk pun lagi nak main mafia war energy dah habis.. tunggu esok je la sambung.. nak layan lagu jap.. dah 4 kali playlist dalam imeem aku nie berputar.. kena cari lagu baru nie.. baru ok..



ok la all.. nak layan tv jap..

note twentyone: aku dapat rase.. takdenya org itu tahu hal sebenar..

Thursday, July 23, 2009

Tag dari Ernie..

Ditag oleh Ernie.. sila jawab...

Syarat-syarat main tag ini :
Tag dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
Tag orang yang telah men'tag' anda
Tag orang yg anda mahu tag.


0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?

- buat programme boss..


1. 2 jam yang lalu?

- berbalas comment enrty lagu2 kawan..
- tgh plan2 nak pegi mana weekend nie dgn natrah


2. Anda suka

- lontong
- asam pedas
- lamb chop
- kereta
- bola
- no 21
- rambutan & manggis


3. Minggu lepas

- pegi Cockington Green Gardens dgn Aisyah and Natrah
- pegi survey rumah
- lunch kat Kopi Tiam, Manuka
- pegi Canberra Centre
- hari sengal sedunia..
- menonton Tour De France (belum pernah miss lagi sampai hari ini)


4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali

- mungkinkah terjadi - spider
- time of my life - david cook
- last night - p.diddy


5. Tiga binatang yang anda tak suka

- anjing
- khinzir
- ular


6. Lima fakta tentang anda

- suka sukan
- suka kereta
- suka no. 21
- travel
- armani


7. Tahun depan mungkin

- alia join aku
- bercuti di Gold Coast
- dapat pindah rumah baru
- dan tak tau apa dah...


8. Saya tak reti

- pujuk orang
- masak asam pedas (siapa leh tolong ajar?)
- nak beli baju sendiri..
- nak padankan baju & tie sendiri..


9. Saya pandai

- masak western food..
- godek mobile - sampai hancur
- main snooker.. lucky anyone?
- buat roti canai.. hahahha


10. Kawan saya

- sahabat jakarta/sahabat the hague - mofa
- puteh/wee/chaoy/lan/abu/syed/din/upai - budak 11
- manok/mamu/bai/ijal/jebeng/dak raje/ijai/shah - dak2 poly
- senior and junior poly
- atie/arry/ayu/tini (daerah)/thila/hajar/as - batch 99
- bebudak bola - mofa
- mie - budak selangor
- yang kenal aku.. boleh?


11. Saya ada

- 2 org anak perempuan (Aisyah@kak long & alia@adik)
- kete kancil yang amat saya sayang
- but lotto yang dah hancur (tajaan lotto waktu selangor dulu)
- but nike yang saya beli sendiri thn 1990
- simen patah kaki dulu
- simen patah tangan dulu
- parut dengan 180 lebih jahitan (lipan beb)
- family yang understanding


12. Saya seorang

- yang selalu kena tipu
- senang kena tipu
- selalu simpati dgn org
- baran sedikit
- suka peluk org
- lelaki semestinya!!


13. Adik saya

- Natrah Aiza
- Rizzuan Arief


14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)

- layan kak long
- mengadap tv
- menonton sukan
- western food


15. Bilakah pertama kali anda bercinta?

- lepas sekolah kot (aku ngaku dulu aku anti perempuan)


16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda

- umur (org yang tau je percaya)
- sakit (mmg antibodi aku lemah)


17. Saya rindu

- alia
- family
- kekawan di m'sia


18. Saya tak sabar

- nak buat keputusan (lemah bab nie)
- tunggu bila nak satu2 pasukan nak score
- nak balik m'sia jumpa alia dll


19. 5 laman yang anda selalu layari

- blog sendiri
- dak raje
- en. alladiin
- utusan malaysia online
- star online


20. Siapa yang anda mahu tag?

- Ernie (kena tag balik kan)
- NQR
- Dak Raje
- Hajar
- En. Alladiin
- Emmi
- CZS (walaupun sampai sekrg aku tak jumpa blog dia)


note twentyone: letih jawab semua nie ernie oii.. but dah settle..

Wednesday, July 22, 2009

Hoki and Saman..

Salam all,

Hari ini nak promote sikit skuad hoki Malaysia yang akan main kat sini next week.. yes.. Malaysia akan bertanding KOOKABURRAS 3 Nation Series dari 29 - 30 June and 1 - 2 August 2009.. 3 Nation yang dimaksudkan ialah Australia, Canada and Malaysia.. mari kita turun ramai-ramai bawak banner (kata EMH) Malaysia boleh.. aku biasa la bab sukan nie mmg semangat sikit.. walaupun satu pun aku tak kenal pemain Malaysia skrg kecuali S.Kuhan... dulu mamat nie antara pakar sudut penalti Malaysia.. aku bab lawan Canada aku tak berapa nak risau tapi kalau lawan Aussie nie yang aku dok berkobar-kobar nak tgk.. sebab seingat aku la dah 4-5 kali aku tgk Malaysia vs Australia game memang sengit but akhirnya kalah gak.. di bumi Aussie nie boleh ke pasukan Malaysia menang? jawapannya minggu depan.. tadi juga salah "seorang penaung" sukan hoki Malaysia telah dtg personally jumpa aku bawa satu sampul.. katanya dari "seseorang".. buka sampul.. ticket untuk game2 tersebut.. VIP beb.. terperanjat jugak.. aku tanya balik kenapa aku? bukan orang itu atau org ini? katanya "seorang penaung" itu beri pada aku kerana "seseorang" itu.. ya tok nai (tok sedara aku) di Pahang sana yang hantar melalui "T".. ampun "T" terima kasih kerana bersusah payah bawakkan.. siapa yang bawak tu tak payah lah aku bagi tau..

ok kat bawah nie poster untuk 3 Series Nation tersebut..




tapi hari nie gak ada sedikit suwei la.. dapat surat saman lagi hahahha.. kali nie dapat 2 sekali.. makna dalam simpanan ada 2 (daddy) + 2 + 1 (waktu aku tension dulu) + lagi 2 nie makna dah ada 7 saman.. hahahha bila nak bayar? nanti la.. tak de masa ok.. masa makin sibuk nie (sibuk ke??) malas nak fikir saman nie.. lagi pun bukan aku sorang kena saman.. EMH, EFS, SSK, KLH, CA semua pun ada... dalam erti kata lain kami berlumba2 tgk siapa dapat paling banyak.. itu kata EMH... ahahha




note twentyone: happy dalam duka boleh?? boleh aje.. kak long had a flu.. worried..jgn yang itu sudah.. masih pk apa akan jadi 5 thn lagi..

Tuesday, July 21, 2009

July - Julai - Juli

Dulu aku selalu cakap tak suka Juli.. kenapa eik?

1 - 7 Juli - takde apa pun yang perlu aku ingat..
8 Juli - 5 thn lepas aku suka tarikh nie sebab waktu aku buat drawing dulu tarikh nie aku dapat payment hehhehhe.. RM 28K setelah 3 bulan takde life buat drawing je kejenya... (rindu nak buat drawing)
9 Juli - juga tiada yang penting....
10 Juli - 5 thn lepas waktu nie aku bertukar title..
11 Juli - 5 thn lepas pertama kaki ketar lutut bersanding
12 - 14 Juli - juga tiada yang penting..
15 - 17 Juli - juga tiada yang penting.. (bangang!!)
18 Juli - reception di rumah aku lak..
19 - 21 Juli - juga tiada apa yang penting..
22 Juli - Hari Lahir seseorang yang pernah bergelar pasangan pada aku..
23- 31 Juli - tiada yang penting..

apa pun aku tetap suka 777 sebab apa? sebab 21.. blackjack!!!

note twentyone: 21 lucky no aku.. tapi main bola pakai no 8 kenapa lak? sebab aku suka recoba.. kenal siapa recoba? dulu dia player inter milan.. and kenal siapa pakai no 8 ac milan? cari hahhaha.. kenapa aku ketawa? sebab aku suka.. lantak la.. bulan 8 baru aku kembali ceria.. birthday alia menjelang.. nak balik.. nak balik..

Happy Birthday..

Salam all..

Walaupun aku sememangnya tak suka July.. banyak benda bulan July yang patut aku banggakan tapi itu semua dulu.. tetap jadi kenangan semua itu.. tapi ikhlas aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke 27 pada Norfiza Zainal Abidin.. moga awak panjang umur, murah rezeki and segala impian awak akan tercapai.. ikhlas dari kami berdua.

Walaupun tahun ini tiada hadiah untuk awak ingatan kami berdua saya rase sudah cukup untuk awak yer.. semestinya hadiah dari kak long untuk awak yang telah dibuat bulan lepas menjadi hadiah paling istimewa hendaknya.. merah tangan kak long buat benda tu.. hehehe.. kreatif sungguh..

Sekali lagi Selamat Hari Lahir..

note twentyone: masih ingat hadiah tahun lepas? ironinya barangan bukan suatu yang boleh dibanggakan.. hati budi juga keutamaannya.. moga bahagia hendaknya.. rindu alia lagi..

Monday, July 20, 2009

National Dinosour Museum & Cockington Green Gardens

Salam all..

Ini cerita hari minggu aku, aisyah and natrah.. seawal kul 9 kami dah pergi survey jalan ke Cockington Green Gardens and National Dinosour Museum.. tapi just survey jalan dulu sebab aku ada appointment untuk tgk rumah di Gunghalin pukul 11 pagi.. habis tgk rumah dalam kul 11.30 am.. baru kami gerak ke National Dinosour Museum.. sampai dalam tengahari... tak lama pun dalam 1 jam lebih sikit kami habiskan masa kat sana.. selama nie aku tahu dinosour nama T-Rex je.. sebenarnya mcm2.. dari museum ni gak la aku tahu yang canberra merupakan salah satu lokasi dinosour paling banyak dijumpai fossil dan tulang2 dinosour.. (wo wonder bukak kat canberra) aisyah masuk peraduan menjawab soalan mengenai dinosour..(akhirnya aku yang tolong jawabkan).. ok la at least kak long dapat certificate dari pihak museum.. (nanti babah frame ye..) lepas dah ambil sijil bagai baru gerak ke Cockington Green Gardens... tak la jauh pun.. but still naik kete.. Cockington Gardens la senang.. merupakan sebuah taman yang direka khas bagi menempatkan kediaman atau bangunan kecil yang terkenal di dunia.. ala-ala little amsterdame la kat the hague sana..

At the entrance...

The Stonehenge, England..

Aisyah penat.. rehat jap..

Cricket..


England vs Australia..

mmg details cara dia org buat taman nie.. paling suka stadium bola yang menunjukkan game bola antara england and australia pada thn berapa tah.. tak ingat aku.. siap dengan sound penonton bersorak bagai.. then satu taman sesat tu aku lupa.. (BPA tak ambil nama tempat tu..) ada gak the treasure petra, jordan, st andrews church kat ukraine, dll.. cuma yang tak best malaysia tak ada.. ingat ada la rumah minang ke.. rumah melaka ke.. rumah panjang kat sarawak tu ke.. tak ada.. asia mmg tak banyak.. yang ada cuma phillippines, korea, iran, iraq, jordan.. yang lain banyak european punya building..

Train kecik kata Aisyah

Letih nie sebenarnya..

The Treasure Petra, Jordan..

Suka2 korang berdua je pijak rumput tu..

ingat nak lepak bagi makan burung bagai tapi mcm dah nak petang sangat sebab malam tu kami ada dinner kat rumah CA.. masakan sungguh sedap.. aisyah makan banyak.. siap disuap oleh wife AI lagi.. malu babah kejap.. apa maknanya tu?? - TAK DE APA -

sampai rumah dah dekat kul 10 lebih.. tukar baju aisyah and tidokan dia sebab esoknya (ahad) babah janji nak bawak tgk burung and pegi market dengan babah.. beli ikan.. dapat la beli selar kuning tu 3 ekor besar.. itu je la.. beli sayur2 sikit..

note twentyone: gambar terlalu banyak la.. no more aunty.. she will call her mummy.. nice..

Wednesday, July 15, 2009

2am

Pemberian seseorang tepat pukul 2am.. dayang juga..




note twentyone: what can i said? my bad..

megan fox is a man..

OMG.. untuk tatapan peminat megan fox.. tepuk dahi laju2..

megan fox


note twentyone: my buddy said no wonder optimus prime looks like gay.. WTH?????

Iklan.. iklan..

Penat bekerja membuang beam.. masa untuk berhenti berehat and hiburkan hati..



A ROCKSTAR CHRONICLE - akhirnyakan..

note twentyone: berita yang mengegarkan kepala otak...

Tuesday, July 14, 2009

Monday, July 13, 2009

7 thn dulu - 2002

Salam all..

Hari nie.. aku terima satu perkhabaran dari salah seorang class-mate mengenai perkata 7 htn lepas.. erm.. what a small world.. tak sangka nama MHS nie kembali aku sebut.. erm.. sekarang serius aku nak tahu mananya MHS nie.. dari cerita kawan ini segala sudut dan perwatakan menyerupai MHS.. siapa org disekelilingnya juga sama.. dari mana asalnya.. daerahnya.. rupa paras semua sama... erm.. kenapa skrg yg aku ingat balik yer.. dulu aku selalu cakap tak nak ingat benda lama.. but "hal" ini mengingatkan aku kepada satu nilai... tanggungjawab.. soalan 7 thn lepas masih tak terungkai.. pendapat dan pandangan org kata itu kata ini.. aku confuse masa tu.. dan buat sekian kalinya bila "hal" ini timbul balik ber++++confusenya aku..

but yg buat aku pelik jalan cerita perkenalan semua tu sama.. di event yang sama.. nasihat aku jgn terlalu.. nanti berakhir mcm aku.. serius aku sebenarnya dah lupa "hal" tu semua.. erm... sekarang setiap wajah2 org yang pernah kenal aku dulu melalui MHS nie semua dah terbayang.. terutama "si pemakai spek"... tapi aku tak mcm dulu.. aku cuma teringat.. harap ianya mengambil masa yg cukup singkat untuk aku lupakan.. adoii lepas satu-satu lak.. BPA.. ingat tumpu satu.. tambah satu lagi.. cepat la berlalu..

note twentyone: pencerita pun namanya sama gak.. kebetulan semua nie..hahahaha thanks for the info..

last night

the wall.. like it!! remind me of someone..






note twentyone: back at 2008..

Intipati..

Salam,

Bukan tak pernah cuma kemasukan intipati kali ini mungkin berbeza mungkin kerana tempoh "berpantang" sudah lama.. tak sangka pengelupur, terhantuk dan tersadung juga ke lantai bilik "buangan".. sendiri buat sendiri tanggung.. tapi sekurang2nya mengerti dan tahu intipati itu memenuhi ruangan itu.. antara sedar atau tidak.. tetapi sekarang kewarasan sudah kembali.. waras untuk melihat, menilai.. walaupun jauh isi hati sentiasa ingin berkata.. berkatanya isi hati dinilai dengan fikiran.. kalau salah.. salahlah iya.. kalau betul.. betullah iya.. nilai hidup kat dunia nie seakan dipertaruhkan.. bukan ingin melihat atau membayangkan kemasyuran cuma sekadar cukup menimba pengalaman serta ilmu.. hanyutnya kerana kewarasan fikiran tidak mampu menghalang kegilaan dunia.. tidak salahkan dunia.. salahkan perihal sendiri yang nyata bersalah tidak berupaya menghalang kejahilan untuk berlaku.. apa berlaku itu ikhtibar untuk ianya dijadikan sebagai pengalaman dan juga sempadan untuk melangkau atau menilai lagi perjalanan sebuah kehidupan yang harapnya masih panjang..

Kejahilan tak pernah disangka akan berlaku lagi.. tempoh "berpantang" sudah lama.. tapi cukupkah untuk kejahilan dahulu ditebus? Dihitung dan dinilai kembali.. berkerut dahi kerana tahu akan kejahilan dulu pasti belum dapat ditebus.. bila semua itu menguasai kewarasan maka ketidak warasan terjadi.. inginkan kewarasan terus melepasi tempoh yang lama.. tapi siapa sangka "disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari?".. ingin ulang kembali masa? mungkin itu tak akan berlaku.. sepandai mana sekalipun kita tak akan kembali kita ke 1 saat, 1 minit, 1 jam, 1 hari, 1 bulan malahan 1 tahun yang lepas.. kini yang ada cuma melihat yang depan.. yang depan mungkin menjanjikan sesuatu.. yang depan mungkin juga tidak menjanjikan apa2.. mengharapkan sesuatu harapan mungkin tidak akan terjadi.. mungkin juga akan terjadi.. itulah bila kata hati dan fikiran selalu bercanggah.. seakan bertengkar.. tetapi tiada pemenang.. dijangkakan "itu" jadinya "ini", dijangkakan "ini".. "itu" yang berlaku.. siapa kita melawan takdirnya? mengubah takdir dengan berusaha.. ya semuanya akan terjadi jika ada keikhlasan yang terbabit.. tiada keikhlasan berusaha, tiada nampaknya terjahan berusaha itu..

nilai kehidupan sekarang sentiasa dipertaruhkan hanya untuk mendapat nilai erti kehidupan sebenar.. bukan meminta untuk disanjung.. sekadar sedikit erti rasa belas kasihan.. harapkan belas kasihan agar intipati tidak akan berleluasa lagi..

note twentyone: yang benar2 faham akan faham dengan sebenar2nya..

Sunday, July 12, 2009

Busy



Saturday, July 11, 2009

Lunch Hari Ini

Ini lunch aku hari ni.. Lamb Chop..



note twentyone: ```diam seribu bahasa```

Thursday, July 9, 2009

Tag from NQR

Salam all..

Baru perasan kena tag oleh nqr erm.. ok.. buat la kejapkan since keje dah habis (habis ke?)... hahhahha kerja sebanyak mana pun tak pernah habiskan.. ok teruskan dengan tag dia..

1. Bila kali terakhir anda cuci toilet?

Erm.. tak salah hari khamis minggu lepas... tak boleh nak tido punya pasal.. aku basuh toilet sental bagai nak rak sampai berkilat ok.. ahhaha..

2. Pencuci apa yang anda gunakan?

Erm lagi.. tah brand apa yang pasti bukan aku pilih.. pilihan natrah aku cuma bayar and guna sahaja...

3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai??

ketawa dulu hahhaha.. lama aku tak buat last aku buat bila nak inspection 2 minggu lepas.. yg lain natrah buat.. sekian maklum..

4. Apa tugasan and sebelum menjelang malam?

tugasan?? sini? harusnya aku masih kat office and buat kerja apa yang patut kerana waktu habis kerja aku diluar dah pun malam..

5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?

Chicken Roasted.. ahhahha aku dah siapkan tinggal masukkan dalam oven and tunggu 10 minit then makan dengan sos cili aminah hassan.. boleh??

6. Minuman yang anda buat setiap pagi?

semestinya nescafe.. and harus 3 cup sebelum menjelang tengahari..

7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan?

erm.. lately berVC or calling2.. atau dalam erti kata lain menambahkan lagi bill phone dari Mr. V..

8. Harus menjawab tag ini?

Tah.. kalau ada masa boleh la.. kalau tak.. mau aku buat2 lupa atau tak nampak..


Nak kena list org nak jawab tag nie gak ke?

- DiA
- Dak Raje
- Emmi
- HajaR

note twentyone: ok dah jawab.. 0-0 beb.. hari nie baru khamis.. tentu weekend ini aku bosan.. semestinya!!!!

Friday, July 3, 2009

Republic of Kosovar

satu thn and 17 hari sudah.. kalau masih ingat itu tarikhnya.. summer yg sangat panas di Balkan.. sambil melihat di padang yang berdepan dengan tingkap bilik office.. melihat 2 org manusia yang melakukan aksi/adegan XXX yang akhirnya ditangkap polis.. bila kenang balik tersenyum.. aku rindu bilik office itu.. banyak sangat kenangan manis/pahit/masam/kelat dll...

sebenarnya aku rindukan Republic of Kosovar.. sudah 4 bulan aku tinggalkan bumi Kosovo.. itulah manusia bila dah tinggalkan tempat tu baru nak rindu.. dulu mengutuk/membebel dengan keadaan kat sana.. tak de electric la, no water la, too cold la, panas sangat la, itu la ini la.. but sebenarnya kat sana la tempat berlajar bagi org mcm aku.. di Malaysia semua ada dari sebesar2 benda, secanggih2 benda, teknologi, makanan etc.. aku belajar kepayahan org2 sana.. dengan pendapatan sekitar EUR 250 sebulan.. cukup buat aku rase kesian.. tapi di Kosovo sebesar mana, secanggih mana, bertapa majunya teknologi semua masih ketinggalan 5-10 thn dari Malaysia.. keadaan dimana tiada punca ekonomi negara yg tiada punca pendapatan langsung... mengharapkan bantuan negara2 besar, IMF dll.. makanan tak payah cerita.. di Malaysia kalaulah ada org yg keluar and cakap tak jumpa apa yg nak makan makna org tu bukan berada di Malaysia.. berlainan di Kosovo.. seawal jam 6pm semua kedai makan dah tutup.. yg ada cuma bar2 untuk remaja2 bersuka ria, disco2 untuk muda-mudi memabukkan diri.. dulu aku kutuk semua tu.. tapi sekrg aku rindu nak ke sana.. nak makan sayur di Malaysia bermacam2 sampai kita sendiri tak tau namanya... di Kosovo yg ada cuma salad, kobis, kobis bunga.. 4 thn aku hidup dengan sayur2 mcm tu.. dari seorang yg agak susah untuk makan sayur sampai menjadi makanan rutin aku.. setidak2nya salad..

rindu nak main snow.. rindu nak berjalan, rindu makanan dia org.. kebab dia org, batlava lake tempat aku memancing dengan afrim.. (PB main golf kat sini) ;-).. main futsal dengan lirim (sampai patah kaki), rindu nak potong rambut kat kedai yg hanya memerlukan aku bayar EUR 2.00 tapi tak pernah aku bayar sebanyak tu.. pasti lebih.. rindu nak tgk rakyat Kosovo but demonstrasi.. dari sekecil2 perkara sampai ke besar2 perkara balik2 demonstrasi.. rindu nak tgk ketegangan di North Mitrovice.. rindu nak bawak opel atuk (tuan rumah aku).. yg paling best aku rindu nak buat steak yang dagingnya sangatlah fresh!! tapi satu ini sahaja yg tak boleh aku lupakan kosovo... maciatto.. "the best maciatto in the world is from Kosovar"... itu ungkapan setiap kali ada yg datang berkhidmat di Kosovo.. indeed... dulu itu minum harian aku pagi, tghari, petang.. 5-7 cawan sehari.. kenapa boleh teringat kosovo? sebab aku baru lihat balik email2, gambar2, kisah2 kosovo.. selama 4 thn apa yg jadi aku letakkan dalam satu file berasingan.. kisah aku di sana.. kisah apa yg terjadi di sana.. kisah aku di kosovo dan kejadian di Malaysia.. ya aku mmg suka simpan cerita2 yang aku anggap menarik..

Harapan satu hari nanti.. ketika ada rezeki, insyallah aku akan ke sana.. di sana juga aku ramai kawan, abg, family walaupun tak ada banyak seperti di Malaysia.. insyallah..

note twentyone: Calm sudah..

Wednesday, July 1, 2009

Study.. study..

Salam all..

Maaf tak de masa nak update sebab saya sedang study.. walaupun saya tak terlibat dengan mana² exam tapi saya masih nak study.. membaca dan membaca.. mencari dan mencari.. pening dan pening.. tapi nak jugak teruskan.. kerana apa? sebab saya suka... terima kasih..

note twentyone: last day 2moro.. syabas!! sakit ke??