Wednesday, May 27, 2009

Semalam

Salam all..
Semalam balik lambat.. ada keje yg perlu dibereskan.. sms berlumba-lumba masuk ke hp, call jgn cakap semua aku tak angkat.. akibatnya?? hhahhah kak long merajuk.. alasan? babah balik lambat, tak angkat call.. tgk hp sms semua dari mummy... kul 7pm baru aku gerak balik.. sampai rumah cuba pujuk dia.. tak berhasil.. langsung tak bercakap.. pandang pun tak nak.. erm.. merajuk la tu.. bila dah pandang tu hujung2 mata je.. sian anak babah..




muka kak long bila merajuk.. sambil nangis


buatkan susu ambil.. tapi still tak nak cakap..
sambil tutup muka dengan tangan..
lama gak aku memujuk.. bila dah cakap mula soalan dia.. kenapa babah balik lambat? kenapa dah malam baru balik? kak long tinggal sorang, babah tak balik pun.. kenapa babah tak angkat telefon bila kak long call? puas juga menjawab.. at last dia tertido kat pangku aku je.. erm.. leth agaknya.. mummy kata satu hari tak tido.. disuruh tido.. jawapnya nak tido dengan babah.. nak babah peluk.. satu hari jugak tak minum susu... nak babah buatkan.. adoii kak long... kalau la rumah kita nie sebelah je dengan office jgn kata 2-3 kali babah balik.. 20 kali pun boleh babah balik.. pakaikan dia selimut then aku tukar baju keje.. lepak luar sambil tgk tv dengan mummy.. then tetiba mummy bersuara.. "i think you should do something on alia.. i can see aisyah miss her sister.." erm.. bukan aku tak nak buat sesuatu but.. bila terikat dengan perjanjian nie aku jadi sangat bersalah nak buat something.. yes mmg aku nak buat sesuatu but ke mana arah aku nak halakan tujuan tu masih aku tak nampak.. nak fight? mmg boleh menang.. sure.. but aku masih terfikir masalah x-family sana.. "u terlalu berlembut... semua dia org nak u bagi.. u tolong.." terkena aku.. berdesing telinga.. yes aku akui aku banyak berlembut.. tapi semua ada tujuan.. sebab aku tak nak alia hilang aku.. cukup aku tak ada disamping dia tapi aku tak nak dia fikir aku tinggalkan dia atau tak nak dia.. buatnya aku berkeras nanti aku takut aku rugi, hilang dia..
mummy cakap seharian jugak kak long bercakap sesorang lagi.. kali nie jadi masa mummy masak.. kali nie dia main masak2 dengan "adik" dia.. aku masih senyap.. last sekali mummy cakap.. "after this nak cari someone cari yg boleh terima aisyah... sebab you tu dah tentu dia terima.." lepas cakap terus dia masuk bilik.. aku senyap.. tersentak sebenarnya.. mendalam maksud dia.. aku nak bercakap dengan mummy sebenarnya.. pegi bilik tgk dia nangis.. aku masuk tanya kenapa dia kata "all this shouldn't be happening.. aisyah shouldn't have to suffer like this.. i really want aisyah to stay with me in KL.. but pity to you.. i know you need aisyah.. but i tak sampai hati nak tgk dia mcm nie.. i sedih.." yes aku lelaki tapi aku bila tgk mummy mcm tu tau..tau dah jatuh air mata nie.. aku cakap yes mmg i perlukan aisyah kat sini.. sebab i tak de sesiapa.. puas aku pujuk don't worry aku akan jaga aisyah.. dia tanya if aku ada someone just go ahead.. no need to wait.. aku cakap it not about have someone or not.. i make a promise to myself before after a year.. she said i make a stupid promise to myself.. aku tersenyap lagi..
pagi nie aku bangun tgk bola.. tertarik selimut kak long.. dia terbangun tanya aku nak pegi mana? aku cakap babah nak tgk football.. dia kata nak ikut.. so aku letakkan tilam yg single kat bilik sebelah ke depan.. dia tak tgk pun... tido.. but nak suruh aku peluk bagai.. aku yg beremosi sikit bila tgk bola kena marah lak dengan dia bila terkuat suara.. "bising la aisyah nak tido nie.." so tgk bola dengan keadaan yg tak berapa selesa sebab biasa la selalunya ada kritikan dari mulut aku nie.. tapi pagi masa nak ke sydney pun dia tak bangun lagi.. balik nie harus merajuk lagi tu.. bukan apa.. dia nak salam je.. kesian nak kejutkan dia.. aku biarkan je.. mummy pun dah tak bangun.. aku just cakap aku pegi dulu.. mungkin mummy terasa dengan cakap aku malam tadi kot.. balik insyallah kena gak berdepan..
ok la all.. aku ada keje sikit.. pegi sydney lain entry la yer.. adios..
note twentyone: tepuk kepala sendiri kuat2..

Tuesday, May 26, 2009

aisyah aka kak long

Salam all

Pagi nie Final Champions League.. jom kita semua tido awal supaya leh bangun awal tgk bola.. hehehhe aku mlm nie mmg kena tido awal.. esok pagi tgk bola then terus shoot ke sydney.. kena sampai sebelum kul 10am.. ada benda nak kena ambil kat Sydney Port and lepas tu kena pegi pejabat Tourism Sydney..

lepas lunch kot baru aku balik ke canberra balik.. malam tadi semasa sessi nak tido kak long tanya aku memacam.. kenapa itu, kenapa ini, mana itu, mana ini,.. yang pasti segala persoalan malam tadi membuat aku fikir balik.. budak berusia belum 4 thn bertanyakan soalan yg aku rase bebudak 12 thn akan tanya... antara soalannya:

-kenapa adik alia tak ikut?
-babah n mama dah tak duduk sekali kat australia ye?
-kenapa babah pegang tangan "_-_-_" masa dalam kete?
-babah sayang "_-_-_" ke?
-babah sayang kak long tak? *sambil pandang tepat ke muka aku*
-babah jgn marah2 kak long tau, nanti kak long buat kopi untuk babah..

aku yg memula amat la penat nak tido terus tak leh tido.. lama aku pandang plaster di atap rumah sambil fikir.. dia masih tak puas hati nak kan jawapan.. satu persatu aku jawab soalan dia.. kenapa.. adik alia kena duduk dengan mama dulu nanti adik alia akan dtg sini.. mama dah keje.. dia keje sana babah keje sini.. perkataan yg keluar dari mulut dia selepas itu bebetul buat aku terperanjat.. mama ngan babah dah cerai ye? aku tanya balik mana belajar and kak long tau ke apa dia cerai.. jawapan dia.. opah cakap mama ngan babah tak leh duduk sama lagi.. erm.. pendek aku jawab "yer la kot".. pasal tangan/sayang tu aku tak nak cakap apa.. aku senyap.. aku tanya kak long.. kenapa kak long tanya? kak long suka ke *_-_-_*. Jawapan : suka rambut dia.. erm.. itu je?

siapa *_-_-_* tak payah korang tau.. dia sorang2nya pompuan yg aku bawak jumpa aisyah lepas aku bertitle bujang kembali.. kes memarah adalah kerana kes aku yg teramat penat semlm tercakap kuat sikit.. aisyah merajuk.. babah kena pujuk.. penghabis ayat aisyah buat aku sekali lagi terperanjat..bila babah nak cari mama baru.. mana dia belajar semua itu aku tak tau.. malas aku nak tanya lebih.. dalam peluk2 dia tu aku tgk mata dia dah kuyu.. akhirnya tertido.. aku yg tak boleh tido.. menyalakan herba habiskan sebatang baru aku basuh muka then tido.. tak sedar pukul berapa tapi pukul 3 lebih bangun sebab kak long kejut nak susu.. buatkan susu dan dia minum terus tido balik.. pagi ni aku aku bangun pun dia jadi alarm aku.. dia kata babah kena salam kak long sebelum pegi work..

Buat pertama kali sejak dtg sini aku sedih tgk kak long pagi nie.. seolah-olah bosan mungkin.. mummy pun kata dia dah mula bercakap sendiri.. serius aku jadi serba salah bila benda nie semua jadi.. apa perlu aku buat pun aku tak tau.. mmg semua yg jadi ada hikmahnya.. aku tak pernah nafikan semua tu.. tapi bila keadaan mcm ni jadi aku tersepit.. kenangan lalu mmg aku tak nak ingat sebab sakitkan hati aku.. tapi kesakitan dia? apapun yg pasti skrg nie aku hanya boleh berserah agar semua nie hanya sementara sahaja.. amin..

note twentyone: few months ago talk to myself its going to be in a year.. now i really not sure how long more..

Sunday, May 24, 2009

Di umumkan Ketibaan...

Salam all..
Minggu yang menyeronokkan.. akhirnya sampai juga aisyah a.k.a kak long ke canberra.. semalaman aku tak leh tido patutnya dia org sampai melbourne kul 7.05am but awal sejam lak.. and patutnya naik flight ke canberra sampai kul 12.30pm.. but afternoon flight been cancelled.. terpaksa naik awal punya flight.. but bagus gak makna seawal jam 10.30am dia org dah touch down canberra.. terharu sampai ke aisyah terus lari peluk aku.. rindu aku pada dia akhirnya lunas gak.. ambil barang terus ke kereta then dia nak makan McD pegi city centre.. beli McD lepas tu terus balik rumah.. dia pun ngantuk.. bagi dia tido sampai kul 3 lebih kurang then keluar lagi ke Jabal beli ayam, daging hancur, macaroni and bolonise tomato paste.. "kak long nak makan roni...roni.." ok balik buat kan dia macaroni then masak lauk sikit untuk kami makan.. since sayur ada and daging masih ada dalam peti ais.. decide masak daging pakprik... lepas makan dia tgk tv lak.. segala siaran tv yg patut aku nak tgk tak dapat.. so kena buat perjanjian.. whenever football and babah in the house babah can see the tv.. and whenever i'm not around the tv is yours.. agreed.. sama mcm kat kosovo dulu la.. hehehhe.. nasib baik la bola europe semua kul 3-4 pagi.. kalau tak jenuh argue dengan dia..
pagi ahad dia bangun awal.. kul 4 dah bangun nak tgk kanggaro.. alahai dengan mamai2 aku bangun tgk luar tingkat kalau ada la kanggaro yg lalu seperti biasa.. tak de jugak.. so janji nak bawak dia nanti pegi belah south tgk kanggaro.. pagi tu dia nak lagi macaroni.. buatkan sarapan semua.. dia makn macaroni dia aku and mummy just makan hot dog, scrambel egg and roti.. then kami ke fyshwick market... cari ikan.. beli ikan and sotong.. kat situ gak ada la pet shop.. dia nak tgk bird lak.. aku cakap better tgk kat office babah lagi banyak.. dari market terus ke kawasan office.. lepak sambil tgk dia kejar2 burung kakak tua.. terfikir aku kalau kat m'sia mau dah kena tangkap la burung ni.. sini m mtak de apa je.. bak kata Mr.M "ko tgk mcm mana org sini semua tenang je.. burung pun tenang je.."
then balik rumah konon nak masak.. tapi dapat call dari Nek Tam suruh dtg rumah dia di Belconnen.. (Nek Tam adalah nenek sedaraku.. mak tok punya adik) ok ke sana.. layan makan kueh teow lak.. nyum.. nyum.. kak long tak nak makan.. dia nak pegi shopping katanya.. lepas 2-3 jam then bawak dia ke Belconnen Town Centre.. belikan baju 2-3 untuk dia.. layan dia main games.. etc.. sampai kul 5 petang.. then balik rumah sebab dah gelap pun.. balik masak sup sayur and telor sambal je sebab memasing dah penat.. 2-3 hari nie saja je bagi mummy rehat... seronok tgk kak long makan sup sayur.. harusnya menimba udang and brokoli je la.. sayur pokok katanya.. hahha..
pagi nie aku nak ke office pun dia nak ikut siap pakai dah kot dia.. tunggu kat luar.. aku cakap tunggu babah balik,.. kitapegi beli barang ok.. dengan muka sedih duduk tepi pintu cakap babah balik cepat tau.. seharusnya sayang tepat kul 5 babah balik rumah terus.. hehehe
k la all ada keje sikit.. tak nak lengah2 dah skrg.. hhahhaha
note twentyone: syukur semua selamat.. next week dad, boy and natrah coming..
gambar dalam facebook la.. tak de masa nak upload kat sini..

Wednesday, May 20, 2009

Visit by PTD

Salam all..
sebaliknya aku dari sydney ke rumah mandi and terus ke office jam menunjukkan kul 12 lebih.. hari nie ada visit by Panglima Tentera Darat.. dengan tak tido semalaman so mandian tu sungguh menyegarkan walaupun mata and muka menampakkan keletihan.. tepat pukul 3 pm kami HBS semua beratur menyambut kedatangan PTD.. sepatutnya awal pukul 1 pm tapi disebabkan PTD menerima tabik hormat dari Angkatan Tentera Australia so dilewatkan kedatangannya ke High Commission...











Antara gambar semasa menanti kedatangan PTD

Malam tadi ada penganugerahan dari agong kepada former chief of australian army... then dinner lak.. disebabkan former chief nie penerbangan dia hanya touchdown kul 9.20pm maka majlis anugerah dan makan malam terpaksa dilewatkan dari 8.45pm ke 10.30pm.. apa pun dengan perut army2 malaysia and kami semua yg lapo... semua melantak mcm tak cukup makan.. hehehhe.. aku, mr. MH, mr. ZG and Dr.. melantak popia goreng petang tu.. terima kasih pada Datin yg sudi bekalkan kami dengan popia tu.. walaupun bergelar Tan Sri.. nyata dengan kita org semua dia leh masuk.. yg merokok.. dia, aku, mr. ZG, Stafsarjan menghalau nyamuk di luar Dewan Merdeka.. melawak je kejenya..













ini lah kami HBS Malaysian High Commission, Canberra, Australia (tanpa Dato')















yg ni semasa ketibaan PTD
note twentyone: betul kata ernie.. silance better..












Tuesday, May 19, 2009

Farewell untuk aku 3 April 2009

Salam all..
Cerita nie jadi 3 April 2009.. masa game bola Wisma Putra vs Immigration kat Uniten, Bangi.. lepas game tu yg berkesudahan 1-1.. tah game ke berapa untuk aku.. balik 2 bulan tu aku bebetul enjoy main bola.. sakit ke apa je semua dah rase.. ok lepas game tanpa di sangka ada lak acara farewell untuk aku yg setahu aku idea panjang and ernie.. walaupun kena baling telur bagai.. thanks to both of you and all the team mates yg meraikan bersama..





sorry to ernie aku cilok dari blog dia gambar-gambar nie semua.. seharusnya ada org yg masih hutang dengan aku baling telor nie.. apa pun team wisma tetap the best.. HIDUP WISMA!!







Note twentyone: thanks and kredit to ernie..

Penat+Membazir..

Salam all,

sebenarnya aku baru je masuk office ni.. dari semalam aku kat sydney mencari tiket nak balik m'sia.. untuk apa aku balik... cukup aku katakan ada problem yg perlu aku selesaikan.. akhirnya dengan bantuan kekawan yg pernah berkhidmat di Kosovo... masalah dapat di atasi.. aku tak tau mcm mana dia org buat but alhamdulillah semuanya dah ok.. lega.. dari malam tadi whole body shaking...

terima kasih gak untuk friend yang bantu malam tadi.. thanks a lot..really appreciate it.. (kalau tak berpegang pada sms tu mau kemana aku skrg nie) bertemankan iphone aku mengodek setiap flight yg boleh sampai ke m'sia tak kira la singapore ke bangkok ke jakarta ke transit dia.. yg penting aku nak sampai KLIA.. but mungkin dah takdir semuanya berakhir dengan baik.. aku tak nak panjangkan cerita.. yg penting semuanya dah berakhir.. aku tak tau berapa saman aku dapat malam tadi.. itu semua aku dah tak kira.. tanpa banyak pk malam tadi lepas dapat "berita" tu terus aku tanya pendapat friend.. katanya cool dulu.. but hati nie yg tak nak wasting time terus ke sydney airport.. tak tepk aku dengan minyak cukup ke, mana nak parking kalau dapat ticket.. bila dah balik sini baru aku fikir semua tu.. memandu dengan tangan yg cergas menaip sms's.. call jgn cakap la lebih 20 kali aku call member yg pernah berkhidmat di Kosovo dulu.. sampai dia sendiri kata "cool bro.. aku usahakan.."

setelah selesai aku cakap aku tak nak panjangkan cerita.. aku dah tak nak ingat apa jadi malam tadi.. perjalanan malam tadi patutnya makan masa 3 jam jadi begitu pendek.. 2 jam lebih.. dengan signboard kata limit 110km/h dah tak aku kisah..

balik sini sungguh penat badan.. ada lak visit kul 3 nie.. PTD nak datang bagi anugerah pada Lt. General sini.. letih bukan main.. pkkn balik membazir minyak, masa, tenaga, masa tido semua la.. but demi "******" aku tak kisah.. itu hak aku!!

ok la all.. nak sambung keje..

note twentyone: bebetul appreciate it.. thanks a lot..

Diet????

Salam all..


Lately aku terasa badan aku naik sungguh mendadak.. patutnya dengan keadaan aku sekarang tak patut badan boleh naik.. tapi kali ni berbeza sangat.. mmg aku jarang masak.. sejak sampai sini adalah baru 5-6 kali aku masak.. yg selebihnya kalau tak beli luar, aku just bakar chicken wing yg aku dah peram 2-3 hari.. atau paling tidak kerana aku selalu di jemput makan.. hahahaha.. seharusnya makanan menyelerakan dan terus aku lupa pantang2 aku.. minggu nie sahaja ada 3 jemputan makan.. sebagai org bujang seharusnya aku tak ada halangan atau lebih tepat tiada alasan tak pergi.. korang tgk bawah nie.. esok malam jemputan untuk Majlis Resepsi Sempena Penganugerahan Darjah Kepahlawanan oleh Panglima Tentera Darat.. yang mana aku sendiri dah tau menu dia.. hahahaha alamat lupa pantang lagi la.. kambing beb!! jumaat tghari lepas jumaat, luncheon kat rumah Cik Azura... yg nie menu.. Nasi Dagang & Nasi Kerabu.. erm.. lagi la lupa pantang aku.. hahahhah Sabtu lak "Malam Kenduri" anjuran Majlis Pelajar Malaysia.. menu tak tau.. tapi seharusnya dinner masakan melayu.. kalau di kira campur, tolak, darab dan bahagi mau gain 3-4 kg minggu nie.. and start sabtu nie gak mummy sampai selama sebulan.. erm.. mak sendiri masak.. gain lagi la tu.. hahhahha.. dengan keadaan aku dah tak leh bersukan buat sementara waktu nie lagi la.. adoii tepuk dahi sendiri..





susah nak terima undangan mcm nie lagilah dengan jawatan kita nie... tapi bos ok... ok la all aku nak balik awal hari nie.. sebab nak lepak satu tempat.. nak join?? jom.. jom..


note twentyone: dah.. dah xnak tgk.. tapi mata tetap tgk mcm mana tu??

Sunday, May 17, 2009

Weekend..



Salam all.. mcm mana hujung minggu korang? aku mcm biasa buat semua apa yg telah tersenarai dalam entry lepas.. sabtu biasa la bangun harus pukul 10.. subuh terlajak.. erm.. bangun mandi, basuh baju, kemas rumah, vacum bagai pukul 12.30 baru aku keluar untuk ke Gunghalin nak tgk rumah.. kerana kemalasan untuk masak, aku singgah ke McD drive thru.. fish mac mcm biasa.. dari situ terus shoot tgk rumah.. sampai kawasan rumah tu.. erm.. dalam hati dah cukup pekenan sangat.. 4 bilik, 2 bilik, laman belakang ada, kicthen pun tak besar sangat.. mmg pekenan sangat.. (nanti aku letak gambar..)




lepas 15 minit je tgk rumah (kerana itu je masa yg dibenarkan oleh agent).. lepas tu aku terus ke amaroo tgk izzat anak Mr. ZG main bola.. erm.. tgk bebudak main bola best gak.. ada 2 padang.. sebelah anak dia main, sebelah lagi league pompuan.. hehhehhe bebudak bawak 15 thn main.. angin kuat sungguh.. sampaikan bebudak nie tendang bola semua ke arah lain.. 1st half leading 1-0... akhirnya kalah 1-2 hehhehe biasa la... gunghalin FC lawan dengan Canberra Football Academy... so korang dapat bayangkan la.. teratur je CFA main.. contol every corner of the pitch.. yg golkan pun budak dari italy.. umur baru 13 thn.. main mak aiii laju giler lari, dengan control ball dia.. aku terfikir kenapa la malaysia tak dedahkan bebudak mcm nie rupa.. ada pun harapkan main sekolah, daerah and negeri.. bebudak sini seawal 6 thn dah ada league dia org sendiri... kalau nak ikutkan bajet tak ada.. sini league dia org sepenuhnya ditaja oleh ibu bapa dia org sendiri.. jurulatih pun yg ada sijil class C je.. aku serius sungguh kagum sangat.. bayar AUD 150 setahun dapat main lebih 10 kali.. so aku rase sangat la bebaloi mcm tu.. kalau nak kira RM 350 sethn.. club kat sini je dah lebih dari club/negeri kat Liga Malaysia tu.. kalau la orang-orang kita kat sana tu ada komitmen mcm nie aku sendiri yakin taraf bola sepak kita tak mcm skrg.. bayangkan la liga veteran pun ada.. hahahha seharusnya kalau korang tgk sendiri korang setuju dengan aku..

balik dari tgk bola lepak rumah.. semak la aku tgk rumput yg panjang belakang rumah tu.. so aku pun potong rumput.. sampai la ke kul 5.. bila dah gelap aku lepak tgk Foxtel.. then dalam kul 7 baru gerak ke Balconnen untuk game bowling KUACT 2009.. seharusnya main dengan student nie nak menang tak boleh kan.. hahahha tapi at least berpasukan menang gak la no 3.. malam tu team kami semua menjadi.. Dato' - 174, En. Md. Alias- 167, KC- 165, En. ZG - 178, aku sendiri 173, so walaupun kira average dia ok.. tetap kalah dengan student yg puratanya dapat 220 ke atas.. hahahahha bak kata KC aku la "hari-hari main boleh la menang.. hahhaha.." kalau dah tak pandai main tu sure tak menang punya.. apa pun tahniah untuk para student semua yg menang...

ahad.. mcm biasa seawal kul 6 aku dah bangun.. mengerjakan lagi laman belakang rumah tu.. then aku basuh lak tingkap2 rumah.. vacum lagi.. kemas dapur, kemas garage untuk letak barang yg bakal sampai minggu nie.. acctually barang dah sampai minggu lepas cuma sini ada lak prosedur kena kuarintin lak.. memacam.. malam baru aku masak dengan harapan nak bawak bekal ke office hari nie lupa lak hari nie ada staff meeting.. seperti biasa bila staff meeting ada la agensi-agensi berkenaan akan masak untuk semua.. tak ramai pun dalam 12 org je.. hehehe hari ini menu simple mee goreng je.. berbanding menu minggu lepas beriani kambing..

ok la all ada keje sikit.. nak keluar beli barang.. aisyah and mummy nak sampai minggu nie keperluan rumah masih tak cukup.. hehehe

note twentyone: cerita itu harap dah tamat.. end..

Friday, May 15, 2009

Weekend Ini..

Salam All.. Weekend ini aktiviti aku seperti di bawah...

Sabtu : 1.20pm - tgk rumah
1.45pm - tgk izzat main bola
8.00pm - Bowling KUACT 2009

Ahad : 9.ooam - Foxtel
Petang/Malam - Melayan Foxtel..

giler aku mcm nie tanpa aktiviti sukan aku.. ahhhhhhhhhhhhhhhhh

out!!!!

note twentyone: nice ym with u.. but it's promise!!!

Wednesday, May 13, 2009

tah apa tajuk tah..

Salam all..

3-4 hari nie adalah hari memenatkan bagi aku entah kenapa aku tak leh tido lately... dari balik keje lepas makan cuba lelapkan mata nie tapi kalau jam masih tidak menunjukkan ke angka 4am seharusnya aku tak leh tido.. mata aku makin merah... sakit kepala yg menyerang menambahkn lagi tekanan aku... walaupun sakit aku tetap mcm biasa tak de siapa tau aku sakit.. alasan aku cukup mudah.. tgk bola, rugby.. etc.. sekarang nie pun aku dah tak turun ke padang untuk latihan.. alasan kukuh.. aku dinasihatkan untuk tidak berlari mengeluarkan peluh.. secara automatiknya aku dah berhenti dari main bola.. atas nasihat itu.. walaupun hati tak nak tapi terpaksa.. tapi yg teruknya bila aku dah ada masa yg terluang nie semuanya terisi dengan aktiviti yang kurang elok.. tgk tv sambil menyedut herba yang kadang kala aku sendiri tak sedar berpack2 habisnya..

adik pernah menasihati.. tapi semuanya makin tak aku dengari.. alasan aku? tak tau nak buat apa.. nak menebas?? seharusnya lagi aku malas disebabkan sejuk diluar sana.. acara yg mungkin boleh aku buat pada ketika ini bowling.. erm satu2nya sukan yang tak keluarkan peluh.. tapi mcm biasa aku bukan boleh main lama sangat.. 2 game pasti lepas tu tangan aku sakit kesan dari kemalangan 12 thn lepas.. semua tak tau yg aku pernah hampir putus 3 jari aku 12 thn lepas ketika zaman sekolah.. ketika perasaan masih tak terkawal sehingga 3 jari aku nie penghujungnya sudah tiada deria rasanya.. tapi alhamdulillah bersyukur sangat dengan darah yg keluar dengan urat yang putus semuanya dah pulih sekrg walaupun deria rase 3 jari tak dapat dipulihkan sepenuhnya..

lately gak sejak aku dtg sini penyakit lama berulang.. ingat dah tak ada rupanya ada lagi.. erm takpe malas nak fikir penyakit tu.. kena.. tahan je la.. walaupun ada masanya aku tak akan tahan tapi setakat nie aku masih boleh ok.. antara sebab aku tak nak fikir sangat kerana kalau banyak fikir sakit tu makin menjadi2.. di sini satu je yg aku mintak sangat.. jangan sakit.. sebab? sini system medical dia teramat la membuatkan aku tension.. sakit apa pun kena buat appointment.. ada ke patut.. deman sikit tak ada hospital yg layan.. so aku kena make sure aisyah dijaga dengan betul.. biar aku sakit tapi jangan dia..

tadi aku sebut pasal bowling.. malam nie aku and most of malaysian akan main bowling.. kata dato' last training sebelum game sabtu nie.. yes sabtu nie ada game bowling anjuran kelab umno ACT.. bebudak student gak yg anjurkan.. aku akan join tapi hanya untuk pair je la..

sekarang nie aku dah senang nak bergerak sendirian.. dengan map je tau la aku nak cari jalan.. kete pun dah beli tunggu untuk dapatkan plat dari department of foreign affairs je.. then bertambah jauh la aku jalan.. buat masa nie aku masih pakai plat ACT yang biasa... dengan adanya kete nie perangai balik lambat dari office aku mula balik.. setiap hari lepas balik office pun aku akan ke lake burley griffin.. lepak sana dalam sejam baru aku balik rumah.. sambil dengar lagu yg di download oleh azura.. seharusnya herba akan bertambah2 masa itu.. hehheh yg penting aku tenang dalam keadaan itu..

ok la all.. aku nak sambung baca map.. baca map pernah korang buat?? apa la susah sangatkan beli je la GPS senang... hahhaahha mmg nak beli tapi tak ada masa..

note twentyone: don't chase your losses.. betul ke tak aku tak tau!!!

Sunday, May 3, 2009

bosan

Salam all..

Hari ni badan tak berapa nak sedap.. semalam game alhamdulillah menang 3-1.. walaupun ketinggalan 0-1 first half but second half kita org dapat imbang game and score 3.. penat and letih tak hilang lagi.. semalam kul 12 lebih aku mula tension and mandi air sejuk untuk segarkan badan.. but pagi nie tak berapa nak best lak..

hari nie tema baju... grey and white... jap lagi dato' ajak pegi tgk kete.. dia nak beli untuk anak dia lak.. erm.. ramai lak nak beli kete lately.. aku tgh bosan nie.. tak tau nak buat apa.. petang nie nak settlekan hp yg patut aku ambil semalam.. ikat contract sethn dgn vodafone.. dapat la N71.. dah berapa banyak hp dah.. hehehehhe simpan buat kenangan.. nak bela iphone aku yang jatuh dulu pun tak buat lagi.. tunggu la lagi pun iphone tu natrah nak guna.. blackberry yg aku dapat a week ago pun tak guna lagi.. terasa malas nak belajar guna.. selesa dengan nokia yg sekarang nie..

sekarang nie aku kena atur segala kewangan aku.. aku sendiri tak tau mana aku belanja lately.. kalau di hitung erm.. lebih baik jgn di hitung.. aku dah mula terasa bosan dengan life kat sini sebenarnya.. tapi mungkin sebab aku tak ke luar dari canberra nie lagikan.. so apa pun kena tunggu end of this month baru cadangan ke sydney and melbourne untuk berjalan terlaksana.. itu pasti.. sebab rombongan "DiRaja" sampai.. kena penuhi kehendak mereka.. hehehhe bukan apa family aku sampai so kena la bawak dia org berjalan sikit.. rumah nek tam masih belum aku sampai lagi.. busy dengan keje and dia pun busy dengan persatuan dia.. janji rabu malam baru ke rumah dia.. senang sikit guna kete sendiri.. skrg aku masih guna kete office.. kalau tak de aral melintang petang nie atau esok aku dapat kete.. insyallah..

ok la all.. aku nak book hotel untuk dato' nak balik ke tanahair nie.. adios all..

note twentyone: aku sedar siapa diri ini..

Saturday, May 2, 2009

ahad hari ini...

Salam all..

hari ini aku saja dtg office dari duduk rumah terbaring.. acctually malam nie first game aku setelah 3 minggu aku join club woden valley senior football fc.. premier yang pertama atau game pembukaan bagi league tahun 2009 nie.. lawan.. balconnen fc.. masih tak tau dapat first 11 atau tak.. but aku dah try sesungguh.. semalam traning yg sungguh menjelirkan lidah.. penat sangat.. but ok la traning yg dah lama aku tak buat since 1997.. kalau di WP kami sekadar traning biasa sini lain sungguh lain.. tak heran football dia org lebih maju dari "tanahairku" apa pun aku bersyukur sebab kalau tak bermulanya di tanahairku tak la aku dapat apa yg aku dapat skrg.. disebabkan malam nie game yg pertama, main la kat home so aku terasa sangat debarannya.. di Malaysia lain.. suasana dia lain.. rasenya paling ramai penonton aku pernah main mungkin 1000-2000 org.. stadium woden walaupun hanya boleh menempatkan 10,000 org sahaja tapi bagi aku itu dah banyak dah tu untuk menjejaskan permainan pemain seperti aku.. erm.. tawakal semuanya ok...

bagusnya sini semua yg aku buat semua tentang kesihatan.. walaupun berstatus "single" makan aku terjaga tidak seperti bujangan dulu.. sendiri masak la kan.. sayur yg fresh tak pernah aku lupakan skarang.. kalau dulu malas skrg mungkin itu semua perlu.. merokok pun dah makin kurang sangat... maklum la nak dapatkan stamina balik.. so seharusnya kena berhenti.. aktiviti sini pun penuh gak.. rabu malam traning bola, khamis malam bowling dengan semua High Commission Malaysia, Jumaat malam badminton... golf sekali sekala kalau big bos ajak.. tak pernah seumur hidup aku fikir aku akan terjebak dengan golf.. tapi apa nak buat jaga bos yg suka main golf kena babitkan gakla..

semalam aku masak sambal ikan bilis (seharusnya resepi "..."), kailan ikan masin + ayam BBQ.. sekrg aku pastikan nasi hanya di ambil malam sahaja.. itu pun pukul 6 ptg shaja.. tghari biasanya aku tak makan.. kalau lapo aku makan roti kosong dgn nescafe sahaja.. kena jaga makan skrg.. mungkin kalau dari dulu aku sedar aku kena buat nie semua kan bagus.. tinggal lagi 19 hari aisyah and natrah akan join aku ke sini.. trip kali nie mummy, daddy and boy akan dtg sekali.. cuma daddy and boy aku turun di melbourne then naik bas ke sini.. nak rase sangat kata daddy.. aku lak segala persiapan telah aku lakukan.. kereta baru saja beli.. lepas beli baru aku sedar besar sangat la pulak kete tu.. volvo s80.. erm.. takpe kalau sesiapa yang berhajat nak dtg senang sikit.. selesa sikit.. akhir thn nie ramai yg nak dtg.. aku tak halang silakan... august 2 rombongan nak dtg.. oktober maybe lagi 2 rombongan.. dtg la rumah aku sentiasa terbuka menerima tetamu.. cuma aku harapkan june-july tak de org yg datang sebab aku dalam proses pemindahan rumah waktu tu.. rumah masih belum jumpa acctually... dengan harga rumah AUD 400 seminggu agak susah nak cari.. menanti kelulusan KL untuk kenaikan sedikit lagi.. kalau susah2 aku cari sahaja apartment yg berdekatan.. sini lain... apartment sini siap dengan garage.. besar rumah teres di malaysia... siap ada garden lagi kat belakang.. pelikkan.. tapi kalau dah tak de choice terpaksa jugak la ke apartment..

ok la all aku sebenarnya dtg nie kejap je.. nak pegi jejalan kat bandar jap.. mana tau terjumpa barang2 keperluan rumah ke.. aku nak beli set sofa and TV.. TV lagi hahahhahh nampak gaya setiap negara yg aku pegi aku akan beli TV la gamaknya.. sampai di tegur oleh mummy simpan duit tu buat kawin ke lagi bagus.. erm.. tak nak la mummy.. tak nak tertipu lagi.. biar org habiskan dengan beli benda tu semua... puas hati.. calon pun tak de.. nak cari calon lepas 2011 boleh?? hhahahahhha

salam all...