Thursday, October 22, 2009

Sudah tua la

Salam all..

Semalam hari lahir aku.. office mate sambut untuk semua yang lahir pada zodiak libra.. tak tau pun ada sambut nie.. tapi thanks to roze, izzuddin, deni dll yang mengadakan jamuan ringkas nie.. yang disambut adalah coco, anoi,Dr and aku.. 2 bijik kek 2 nama satu kek.. nie la keknya.. aku suka tulisannya.. makan la sepotong.. tapi hehhehe peanut.. buat masa nie kena jauhi kacang.. tak boleh makan.. nie gambar kek berkenaan..




Hari ini, datang office awal.. tak tau kenapa nak sangat datang awal.. kul 9.30am gitu terima parcel dari tnt.. aku menantikan benda lain.. tapi sampainya bersama benda lain.. terima kasih sangat2.. ini lah dalam bungkusan berkenaan.. semestinya mykard aku yg tertinggal hari tu.. and jersey away MU.. thank you so much.. suka sangat.. ;-).. so pesanan untuk diri sendiri.. jgn bakar lagi jersey2 MU.. hehheh.. ini hadiah ke dua untuk b'day aku tahun nie.. hadiah pertama dah aku dapat sebelum tarikhnya pun.. kedua-duanya sungguh istimewa sangat..




Note twentyone: kalaulah ada kuda unicorn warna putih tu kan.. ;-)

Monday, October 19, 2009

1 pihak + 1 pihak = 3 pihak.. boleh?

Salam all..

"Ada benda yang buat kita terasa akan membabitkan org lain.. bila lain terasa.. akibatnya? Semua serba tak kena.."

Punca org lain.. org lain yang meletup dan aku jadi mangsa.. benar kata dia.. kenapa perlu kacau lagi? apa yang dimahukan lagi? contoh aku untung rugi masyarakat cina yang berniaga... jual satu dapat untung satu sudah cukup.. tak payah jual satu untung sampai 2 atau 3.. sebab niat baik dibalas baik.. satu dijadikan modal (diri sendiri) dan ada satu lagi sebagai bekal jualan.. tak payah ada 2 bekal kelak satu tak terjaga nak kena jaga satu lagi.. bukan menghina tapi itu kenyataan.. kita nie hidup biar la sederhana.. nak jadi "jutawan segera" buat apa kalau niat tak elok?

aku paling tak suka bila benda yang lama diungkit dibangkit sekadar untuk mendatangkan kemarahan.. kenapa perlu buat mcm tu? lebih2 lagi kalau melibatkan pihak lain.. nama disebut, diseru seakan kenal si pemunya nama.. seakan tahu latar belakangnya, seakan tahu kesemuanya.. tapi tak tau and suka buat andaian, melatah bagikan betul semuanya.. cari kebenaran dahulu baru melatah.. andai betul melatah lah sampai satu planet nie tahu.. kalau sikap tu ada sekadar untuk menjatuhkan maruah org lain.. percaya la satu hari nanti yg jatuh maruahnya adalah diri sendiri.. qoute ayat nie "org melihat dan memandang dari apa yang kita cerita, sedarlah tak semua org memandang cara anda bercerita, ada org menilai cara anda bercerita.."

Progress impossible without change; and those who cannot change their minds cannot change anything - George Bernard Shaw

Note twentyone: Mau Happy2 Sahaja.. Harap Maklum..

fikiran kita tak serupa.. tak akan pernah serupa..

Salam all..

Menjengah, menerjah, melihat dan membaca..
bosan dgn perangai itu..
aku dah tak layan mana pun..
masih nak bercerita..

ayat yang paling sesuai? "Ada aku kisah?"
pemikiran kita tak serupa..
ko dgn cara pemikiran ko..
aku cara pemikiran aku..

ko tak tau apa aku pikir..
aku tak tau apa ko pikir..
atau paling tepat tak nak tau apa ko pikir..
ko belum alami jadi ko belum tau..

tak nak jadi kawan?
aku tak kisah.. atau paling tepat "ada aku kisah?"..
dah tak nak kisah dan tak akan ambil kisah..
skrg ko adalah ko.. aku adalah aku..

cakap lembut tak paham.. cakap meninggi suara lagi la tak paham..
cakap lembut mcm cakap dgn span basuh pinggan dimana ada lubang di 2 permukaan cakap tang muka nie keluarnya muka sana..
cakap meninggi suara mcm cakap dengan tembok sek. 11.. cakap tak lut langsung..

so let it be la.. apa jadi bukan dirancang.. seperti mana ko jugakan..
janji jalan itu lurus untuk dilalui bukan bengkang bengkok mcm ko lalui..

adios..

Note twentyone: bosan beb!!

Sorry Guys

Salam all,

Semalam aku dah sampai ke Capital City Australia nie.. letih masih lagi terasa.. ini pun baru balik dari melihat anak2 buah main futsal.. alhamdulillah menang.. entry ini ditujukan khas kepada semua kawan2 yg aku tak dapat jumpa sepanjang 2 minggu aku balik m'sia hari tu.. terlalu banyak benda jadi.. semua tak dapat aku elakkan.. tiada masa nak diselitkan sebagai penganti untuk berjumpa kalian semua.. harap korang semua paham..

balik kali ni aku ke johor menjengah, melawat, memenuhi undangan adik angkat aku yang melangsungkan hari yang bersejarahnya dengan gadis pilihannya.. aku atau lebih tepat kami sampai umah kira2 waktu nak berinai kecik di umah pengantin pompuan.. salam abah, salam adik beradik yang lain, angkat tangan pada adik emi and isteri udi... then makan sikit jamuan untuk pihak lelaki.. kami di pihak lelaki la.. terima kasih pada pihak perempuan.. balik singgah inas hajat nak jumpa mak tapi mak dah tido kepenatan seharian menyiapkan persiapan anak bujang yg telah pun menjadi suami org hahahha... then balik JB.. esoknya majlis belah perempuan.. aku lepakkan diri dengan abah kat luar je.. pekena surya hahahha abah hulur kena ambil nanti masam muka.. then sessi bergambar (maaf gambar masih belum diupload.. kerana camera org lain).. makan apa patut then balik JB.. tido.. malam berfoya-foya di Danga Bay.. makan di restoran apa tah atas umah.. bersila bagai.. hehhe.. hari ke tiga aktiviti "melawat kawasan" hahhahahh aku and adik beradik sorang lagi dah jadi mcm udang terbakar.. panas ya amat.. satu kawasan ke satu kawasan sampai 3 kawasan kami melawat.. "Good morning, my name is aisyah, i'm 9 years old.." aku suka budak nie.. mata dia mengoda.. hahhaha... anak siapa la nie..

itu je 4 hari pertama balik tu.. di johor.. hari2 lain banyak habis di putrajaya dimana ada kerja yang harus diselesaikan.. and bola.. futsal.. main untuk wisma.. then planning pun planning untuk jumpa "adik beradik betul" yang tah berapa hari diplan.. akhirnya sehari waktu aku balik baru berkesempatan berkumpul.. di Kuang sana.. so guys sorry sangat2.. barang yg dijanjikan ada tapi tiada kesempatan untuk jumpa and bagi.. susah balik tanpa rancangan nie.. tapi apa pun kepulangan kali ini ada sesuatu yang buat aku tersenyum sgt2.. apa aku boleh kata satu je "akhirnya.."..

sorry guys masih penat nak napkan diri jap.. ada ke ayat "napkan"? salam all..

NOte twentyone: perubahan yang besar.. ;-)

Tuesday, October 13, 2009

tinggal beberapa hari lagi..

Salam all,

lama rasenya tak menjengah ke sini.. bukan apa.. aku BUSY.. hehhe tak la.. aku balik bercuti di M'sia.. tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan kembali ke canberra.. balik dengan berbagai reason.. semuanya dah pun aku selesaikan dan hampir semuanya seperti yang aku nak.. terima kasih pada siapa yang banyak memberi support.. tapi biasa la walau bagaimana cantik dan perfect pun rancangan kita tetap ada yang tak menjadi kenyataan.. apa pun rancangan yang besar semua jadi kenyataan.. aku happy sangat..

cuma untuk aku balik ke canberra nanti buat aku sedikit "malas"... terasa ingin menambah cutinya.. tapi sampai bila? tak perlu tamak untuk cuti lama-lama.. simpan cuti untuk benda yang lebih "berfaedah".. mulai saat ini secara officialnya 13 Oct. akan jadi tarikh penting dalam hidup aku.. moga sentiasa akan ada selamanya..

ok la all tak de benda yang nak update pun.. kebosanan duduk rumah sesorg nie.. "lambatnya malam"... hehhee

note twentyone: "terima kasih.."

Thursday, October 8, 2009

sport planet ampang

salam all,

Esok no. 8 jersey wisma putra akan kembali aku sarung di Sport Planet Ampang.. Yok main futsal..

Tuesday, October 6, 2009

Bkt Jalil - Puchong - Kuantan - Putrajaya

Salam & good morning,

Aku baru sampai umah.. hampir pukul 5 pagi.. hahha.. tadi lepas makan laksa di old town aku ke bkt jalil then pegi betulkan kete member kat saujana puchong.. and test drive dari puchong ke kuantan and patah balik.. boleh? perjalanan ke kuantan masih ok sebab masih dengan member yg dok gelak ketawa.. but perjalanan balik hanya tinggal aku sorang setelah member dah mula berdengkur..sampai kul 4 lebih terus ke bukit jalil ambil kete and balik ke putrajaya.. perjalanan ke putrajaya yang menyusuri MEX Highway dengan mata yang amat letih + sakit belakang (salah angkat barang)hampir membuat aku terbabas.. sikit je lagi.. kalau tak mau hancur kete.. but alhamdulillah semua ok.. ok sebab dah jadi mcm tu haruslah mata terus segar bugar..

mata masih segar waktu ini.. cuba nak tido but mungkin sebab nescafe original 4 tin yang aku dok belasah dalam perjalanan ke kuantan buat mata aku sedikit segar lagi.. huhuhu..

ok la all nak layan tv jap.. adios..

note twentyone: estrella - ternyata..

Udah Di Malaya..

Salam All,

Ingat blog ini akan bersawang tapi tak boleh.. kebosanan diwaktu petang2 nie buat aku nak updatekan entry.. ketika ini aku sudahpun berada di malaya.. tanahair tercinta.. reason balik semua pun dah tau kan.. sudah masuk hari yang ke 5 aku kat sini.. ke selatan pun sudah selama 3 hari menghadiri undangan family angkat di sana.. hari ini pun tak banyak benda yang aku buat cuma dari awal pagi membasuh kereta, then ke shah alam hantar aisyah yang demam ke family doktor..

tghari aku dah berada di Putrajaya mengerjakan urusan yang akan harus diselesaikan.. then lunch dengan member2.. habis tu aku terus ke bengkel.. mengerjakan kereta yang sudah 7 bulan tak terjaga dengan baik.. rindu nak bergelumang dengan minyak hitam.. harus hantar cat lagi kete nie.. tapi sikit je nak kena touch-up pun.. dah penat pun nak teruskan.. esok mungkin boleh siap kot.. hehhe

ok la all nak kemas apa2 yang patut.. mau balik makan and tido..