Sunday, March 22, 2009

Outing with adik beradik Vol.1

salam all..

Sejak khamis lepas aku mula mula cuti disebabkan Shah datang ke KL untuk kursus.. acctually dia dah datang since rabu.. malam tu kami semua berjumpa jemput adik beradik sekali i.e. shah, aku, atie and tini.. yg lain disebabkan dah berkeluarga so tak leh nak join.. aktiviti pertama acara jemput menjemput.. aku memula jemput atie, then tini then baru ke KL International Hotel, Jalan Raja Muda.. tunggu shah kat kedai depan hotel tu je.. shah ada taklimat habis kira-kira pukul 10 mlm.. lepas tu kami lepak kat Kg. Baru pekena steak.. lepas makan kami pegi "karok" kat endah parade, sri petaling.. habis kira-kira pukul 3 pagi.. lepak kejap then hantar shah balik, hantar tini balik baru ke Sg. Besi hantar atie.. aku sampai rumah kira-kira kul 4.30am..

pagi tu nak bangun mmg la tersangat malasnya.. sms bos.. tak datang.. bos kata OK.. tapi tetap kena bangun awal memandangkan kena kemas rumah sikit.. kira kul kul 11.30 aku cargas ke Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak untuk ambil shah.. then kami ke Bandar Baru Salak Tinggi pegi tgk rumah yang aku beli last year... masih dalam pembinaan.. then balik rumah lepak dengan mummy cerita lak pasal Semidek.. tau-tau aku dah lelap kat kerusi depan.. terjaga bila tgk shah mula masuk bilik untuk lelap.. aku lak tak leh tido.. ambil keputusan mandikan "bini pertama" aku.. lepas maghrib baru aku and shah gi KL.. jumpa atie kat rumah tini.. tukar kereta lak.. naik kete atie.. aku gak yg drive.. but aku suka drive kete dia.. lagi pun dah "lama" aku tak bawa kete dia.. jejalan kl.. pegi makan kat uptown "steven's corner".. then lepak kat dataran kejap.. tapi yg best kami ber4 semua bawa hala tuju masing².. setiap sudut berbeza.. semua pening kot dengan masalah memasing.. kul 1.30am.. aku ajak balik.. semua balik rumah since semua yg masih tak cukup tido.. kali nie aku bernasib baik kerana shah lepak rumah aku... so tak lah bosan drive sesorang.. aku masih dengan masalah aku.. sepanjang malam aku mendiamkan diri.. shah tanya aku ok ke tak.. aku cakap "ok je." atie and tini sms.. "bro are u ok?".. jawapan aku.. "always ok.."

esoknya aku and shah bangun kul 9 mandi manda, sarapan terus shoot ke sg. besi.. jumpa kawan shah yg baru sampai dari johor.. mastamam and din.. lepak makan kat sg. besi then shoot ke desa melawati lak untuk presentation dengan mingosmingos.. lama gak lepak sana sampai kul 6 kot.. presentation terganggu sedikit dengan panggilan telefon yg perlu dijawab.. habis presentation balik ke sri petaling.. tempat aku tinggalkan kete aku.. then shoot balik BSP.. malam tu terima sms yg shah tak ada tempat nak tido.. aku offer rumah aku.. dia tak nak segan dengan mummy n daddy.. tapi sms dari atie yg buat aku menyengkak sikit.. "kawan2 abg tinggalkan abg kat sri petaling.. me and tini otw to fatch abg.." sungguh panas hati waktu tu.. aku call abg.. dia kata ada ruamh kawan dia kat shah alam.. itu last aku call abg kerana aku lak sibuk bila dapat berita tok sakit kat HUKM... atuk meninggalkan kami tepat kul 2.59am.. moga roh atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman.. aku sedih tapi tak la sesedih dulu.. mungkin aku dah lali sikit.. lepas sorang2 meninggal..

shah sampai johor pada hari sabtu petang.. itu pun lepas aku call dia..

itu je cerita outing kali nie.. akan bersambung mungkin malam nie memandangkan shah sekali lagi turun kl utk perhimpunan agong umno lak.. dia kat sini sampai rabu.. then balik johor.. jumaat turun lagi untuk semidek lagi.. hahahah 2 minggu nie aktiviti untuk adik beradik sahaja.. yg mana aku suka untuk melarikan diri atau lebih tepat tak nak memikirkan masalah lain..

note twentyone: posting order dah dapat.. lagi pening beb!!!

Tuesday, March 17, 2009

Hari ini..

Salam all..

Shah dah pun sampai kl tapi disebabkan kesibukan dia dengan taklimat dan sebagainya, cadangan awal untuk bertemu terpaksa di tangguh dahulu.. malam ini lain plannya.. esok petang akan berjumpa untuk bawa ke rumah dan selesaikan sedikit hal then baru ke rumah tini untuk sessi makan malam.. anak2 dara masak.. erm.. lama aku tak ke rumah tini.. maksud aku lepak rumah dia.. last pun thn lepas kot.. aku minta sambal ikan bilis.. aku rindu masakan tu.. mmg itu kegemaranku..

tadi selera makan langsung tak ada.. dari pagi dah busy.. memula cover tempat sub then balik ke tempat asal busy lak dengan kabinet paper... dulu aku mmg suka buat kabinet paper nie dapat jejalan kat bahagian kabinet, jumpa emi.. but skrg semua dah berlalu.. kemalasan itu dah makin menebal kot.. tghari aku lepak dewan tgk bebudak main kompang.. "pintu dibuka & aku jadi bahan.." aku dah agak dah.. kena gak aku.. ingat habis disitu.. kat cafe pun kena.. adoii.. takpe la aku fikir positif.. pedulik apa org nak fikir.. lantak pi la depa semua.. tapi biasa la kalau dah kena bahan telinga tu kena tahan panas je la.. aku anggap gurauan je.. saat aku and haikal naik pun kena gak.. dengan nada serius (yg dibuat-buat) "agak2 korang nak kena tapak saiz 8??" tapi biasa la kan.. kalau dah terbiasa dengan bebudak nie benda serius pun anggap tak serius.. blah mcm tu je.. saat masuk cafe untuk ke lif cafe sekali lagi mata ditumpukan pada HP aku.. dalam kepala fikir pandang terus ke depan.. tak payah nak pandang kiri dan kanan.. berjaya juga.. kelemahan aku kan seharusnya aku tahu..

tadi sekadar lambaian dengan KPS PSM.. setelah 2 kali temu janji terbatal dengan sendirinya atas kesalahan siapa? kesalahan aku.. BPA.. ayat perli dia.."so bila awak free, boleh kita jumpa.." erm.. aku dah sampai malu sendiri.. aku katakan sekejap lagi aku naik.. demi masa depan sendiri dan org sekeliling aku kena tempis segala masalah untuk memastikan apa yg diplan menjadi nyata.. semalam pun Dato' dah call dari sana.. ingin pesan barang and tumpang kontena.. aku dengan ayat biasa aku.. "no problem dato'.."

petang2 mcm nie tak la busy mana pun.. cuma satu agenda nak jumpa KPS PSM tu tak aku langsaikan lagi.. lepas tu aku nak lepak cafe je kot.. erm.. hari2 kerja mcm nie alamat dalam masa 3 bulan aku akan terasa kebosanan seperti mana aku rase 2 thn lepas.. nak cari kelainan sedikit berkenaan kerja.. mcm mana nak buat kelainan dengan kerja yang aku dah buat selama 8 thn di sini? aku tak nampak mcm mana nak tukar semua tu.. cepat la masa berjalan untuk aku ke sana.. aku nak lupakan semua masalah aku di sini.. tak nak fikir langsung kalau boleh.. yg aku ada hanya aisyah & natrah untuk aku fikirkan.. apa hal yg lain biar DIA tentukan.. kita hamba mengikut sahaja apa yg dirancang olehNYA..

ok la all.. dah terasa bosan untuk teruskan menaip nie.. i'm OUT!!

note twentyone : tak nak dah dihurung rase bersalah..

Monday, March 16, 2009

Outing with adik beradik!!

Salam all..

sakit kepala masih terasa.. ok esok kemungkinan acara outing bersama adik beradik akan di jalankan selama 3 hari.. bau dapat confirmation yg shah akan datang ke KL untuk "kunjungan balas" kepada kami.. hehehhe so adik beradik lain i.e. : myself, atie, tinie, ayu, along, thila semua mula merancang plan untuk outing kali ini.. pada dasarnya aku anggap outing nie sekadar untuk aku lepaskan tension yg bersarang di kepala nie.. esok shah lepak KL.. tak tau hotel mana but lagi sehari confirm dia lepak rumah aku.. nak lepak rumah bebudak lain semuanya mcm dah berfamily and ada yg masih BUJANG!! bujangan lelaki tak pe tapi pompuan.. so nak tak nak aku kena gak offer shah lepak rumah aku..

so minggu nie padat.. tak ada aktiviti "tension" harapnya.. apa pun petang nie acara latihan bola tetap di teruskan.. sekadar untuk melihat sejauh mana kaki ini boleh bertahan.. takut2 sekadar 10-15 minit sahaja.. lepas tu menjadi penonton sahaja.. petang nie team WP akan traning di Presint 11.. saja kali nie traning padang lak..

ok la all nak discuss dengan adik beradik tentang plan kami.. adios all.

nota twentyone: masa untuk membusykan diri..

Sunday, March 15, 2009

weekend yg meletihkan..

salam all..

pagi nie dtg keje terlambat sedikit.. tak banyak sedikit je 15 minit lewat.. penat tour to johor masih tak hilang sebenarnya.. perjalanan ke johor bermula pukul 10 malam (hari jumaat) tetapi terpaksa dilewatkan kerana ada 2 org lagi nak ikut (tini and atie) so sepatutnya lengcongan dari rumah terus ke KLIA-NILAI-SEREMBAN terpaksa ditukar ke Sri Angkasa dan ke Sg. Besi baru lah ke Johor. So perjalanan di mulakan pada pukul 11pm.. seperti yang dijangka mmg tak banyak kereta tetapi mata aku seakan perit sedikit dengan situasi dalam kereta yang "diam seribu bahasa".. mantain dengan 140-150km/h sampai di perhentian jejantas ayer keroh berhenti sejenak mencari coffee.. yg ada hanya coffee KFC.. so beli je.. akhirnya sampai di ayer hitam tepat pukul 1.30am.. terus menyusur bandar tenggara dan akhir nya sampai di depan rumah mak kira-kira pukul 2.15am.. mak dah tido.. yg ada hanya emi & shah.. lepak sikit menyedut herba.. masuk bilik yg biasa aku tido dengan shah pukul 3.30am.. tapi malangnya mata tak boleh tutup lak.. seawal 6am aku dah tak leh nak pusing-pusing atas katil tu.. bangun jumpa mak and mandi.. aku orang pertama yang turun ke kolam untuk lihat sendiri situasi kolam itu.. not bad.. but.. but tu biar aku je yg tahu.. bagi makan ikan sikit then dalam kul 8.30am aku start kete ke bandar tenggara untuk basuh kete and beli sedikit sayur untuk mak masak.. (ternyata aku lupa yg aku nak ke kenduri najib..)

balik dari bandar tenggara mak dah sediakan bekpes.. tapi aku kena mandi dulu sebab badan berbau kolam lak.. lepas mandi baru bersarapan dengan family semua.. kebetulan ayah pun balik.. lepas bersarapan aku turun balik ke kolam untuk tangkap ikan memandangkan ada org nak beli.. kira-kira kul 1pm baru naik balik untuk bersiap ke rumah najib pulak.. kami tiba di rumah najib kira-kira pukul 2.15pm.. sang pengantin najib and farah tengah bersanding and makan beradap.. sama cantik sama padan.. walaupun najib nampak sedikit berisi tapi mmg padan dengan pakaian persandingan berwarna purple.. (maaf gambar tak dapat dipost kerana Iphone ku yg sengal sedikit..) semasa bersanding kami sempat untuk bertegur sapa.. nyata najib seakan terkejut dengan kedatangan kami.. kira dah 0-0 la yer.. dulu ko datang majlis aku.. aku dah balas balik..(terpaksa terangkan kalau tak perkara yg sama akan di ungkit lagi.. hahahhaha..) lepas ambil gambar beberapa keping.. jumpa lak hani, hubby and kids.. lepak borak2 jap sampai kul 4.30 baru kami beredar balik.. hujan yg lebat cukup meletihkan aku untuk drive so aku berhenti sekejap di kulai.. lepak jap.. buat call mengenai "penyakit dulu" terpaksa terangkan kepada kawan kepada kawan doktor perkara sebenar.. selesai!!!

balik kami disajikan dengan ikan keli bakar honey.. emi yg tangkap ang siang serta bakar sekali.. 8.45pm semua dah terpacak di depan tv untuk tgk game MU vs Liverpool.. malam yg penuh siksa terpaksa dengan shah, atie and etc mengutuk peminat MU.. aku and tini dah senyap.. ayah langsung ke sungai untuk tangkap ikan... aku dah boleh tertido... hahahha.. mampos la dengan game tu.. tido lagi baik..

esoknya bangun awal untuk ke kolam lagi.. bagi makan ikan.. then aku ke rumah mak jah.. mengurut kaki aku yg masih terasa bisa sakitnya.. sekali pandang aku tgk mah jah nie urut tak la sakit kot.. memandangkan dia kecik je.. sekali nah ko.. hahahhahha sampai sofa dia pun terangkat.. lepas urut aku and shah pusing kampung.. lama aku tak naik moto sambil pusing2 satu kampung.. sungguh nyaman.. lepak kedai kak ngah layan ABC.. balik mak dah siap masakkan nasi goreng.. layan sampai kenyang then aku dah bagi hint kadai tini and atie kemas barang.. lagi pun dapat call dari daddy suruh balik awal.. mengikut pengalaman biasanya kami hanya di benarkan bertolak balik ke KL hanya lepas kul 8 mlm.. dah la esoknya nak keje..

dalam pukul 12 kami dah mulakan perjalanan ke KL.. tapi singgah kat kluang lak pekena air tebu.. shah hantar sampai ayer hitam.. masuk highway cuaca dah panas giler.. aircond blust sampai habis.. sampai pagoh singgah jap beli buah kononnya.. tapi tutup la renovation.. so decided benhenti lagi kat ayer keroh lak.. berhenti beli buah.. sikit.. then sambung perjalanan ke KL.. aku dari johor dok risau highway kat seremban maklumla.. nie kan cuti sekolah.. but alhamdulillah tak de tersekat pun cuma hujan dari seremban ke serdang je yang buat pecutan aku perlahan.. sampai kat serdang kira² pukul 4 lebih.. terus ke rumah atie then hantar tini baru aku balik rumah.. sampai rumah aku lepak jap mandi then terus lelap sampai kul 7pm.. bangun je aku ajak mummy and daddy ke putra heights makan kat sana.. tapi tak lama 30 minit je sebab wan and mak iwa nak dtg.. lepak sampai kul 11pm baru dia org balik.. aku dengan cargas masuk bilik tido.. hehhehe.. itu je citer hujung minggu aku...

ok all.. time to work.. adios..

note twentyone: tak yah la dok risau sgt..

Wednesday, March 11, 2009

Hari terakhir dengan Kekasih Hatiku..

Hari nie hari terakhir aku dengan Kekasih Hatiku sebelum aku hantar ke cheras.. Kekasih Hatiku akan ke Perak pula lepas ni sebelum kembali pada aku sebelum aku berlepas ke aussie.. walaupun hari-hari aku dengan dia tak la banyak masa dihabiskan but aku pastikan setiap pagi aku mandikan and suap breakfast dia.. malam make sure aku tidokan dia.. insyallah kalau semua berjalan lancar Kekasih Hatiku akan menyertai aku ke aussie pada bulan 6 nanti, 2 bulan selepas aku ke sana..

hari ni aku plan untuk ambil 1/2 hari je.. walaupun ada plan yg telah dirancang patut aku buat tetapi "mood" tetiba hilang untuk teruskan plan tersebut.. aku nak balik and spend time with Kekasih Hatiku.. petang aku akan hantar dia ke cheras.. ingat nak bawak Kekasih Hati lunch dulu..

ok la all.. aku nak blah dulu.. adios..

note twentyone: baru 4 hari.. lepas nie 2 bulan!!

Tuesday, March 10, 2009

Kekasih Hatiku Cedera.. Hyper Sungguh!!

salam all..

pagi ini lambat sedikit datang office.. mata dah bangun kul 6am lepas buat panggilan tak leh tido dah.. layan kerenah kekasih hatiku sampai pukul 7 lebih.. nak tgk bola dah habis dah.. at 7 something mandikan kekasih hatiku then mummy buatkan sarapan untuk dia.. tak nak wawan suap nak aku gak yg suap.. layankan aje.. makan oat + milo.. so formula hyper untuk kekasih hatiku di pagi hari.. erm.. kerana terlalu hyper kekasih hatiku hilang pertimbangan semasa meloncat-loncat and muka terkena bucu meja.. darah start keluar aku dah mula tak tentu arah.. dukung masuk kete and terus ke klinik an-nisa.. aku tak nampak luka tu but kecik je rupanya.. aku nie bab darah² cukup mengelabah.. setelah disapu apa nama ubat tu bawa balik and tidokan dia.. taknak tido lak.. merengek nak pegi sana la sini la.. tapi janji nak bawa di lain kali..

kejadian pagi nie membuatkan aku sampai office tepat kul 10.25am.. hehehehe nasib baik bos tak ada ke vietnam.. trip yg patut aku pegi tapi terpaksa tolang atas sebab² tertentu.. so untuk beberapa hari nie aku tak de bos.. kesempatan ini aku akan gunakan untuk tahu prosedur² visa for malaysian to aussie.. aku pening untuk dapatkan maid yg sanggup ikut aku ke canberra nie.. nak cari malaysian seharusnya susah.. tapi aku terpaksa... PO kalau tak de arah melintang dapat petang nie.. malas citer pasal PO hahhahah tak nak kejadian di Kosovo berulang.. so biar depa buat keje depa tak yah nak push²..

last week dapat call dari Datin yg nak balik pada 10/4.. so aku kena ada di sana at least on the 4 or 5 april.. preparation tak banyak mcm pegi first posting.. since sana kemudahan semua ada.. just worried about the container yg tak tahu bila sampai dari italy nie.. kebanyakan baju keje aku dalam tu.. but tak kisah sangat sebab baju boleh beli.. mmg plan nak beli pun dalam 4-5 pasang..

minggu nie insyallah kalau tak de aral melintang aku akan ke johor lak.. nak pegi wedding "sahabat jakarta" erm.. ambil juga kesempatan untuk ke rumah mak and abah.. nak tgk kolam yg aku invest.. trip ini juga mendatangkan kepeningkepalaan aku.. trip yg patut ramai dah jadi makin sikit.. aku tak tahu apa punca.. sorang tak pegi mula la melular virus tak nak pegi tu.. alasan tak de teman.. aku acctually mmg boleh pegi sorang.. kalau susah² aku bawa je kekasih hatiku tu.. di atas ketidaktahuan punca tak nak pegi geng² nie membuat aku nak cancelkan je dinner 21/3 nie.. walaupun dah 85% kata hadir tapi tension ada je yg nak merajuk bagai.. aku dah la tak pandai memujuk.. dengan shah sebagai abg sulung bab pujuk serah kat aku.. aku dengan cara aku.. lantak korang la.. 2-3 kali aku cakap tak nak gak pegi.. lantak la.. tak kira la adik beradik ke apa ke.. umur tu dah matang sangat sampai nak merajuk mcm bebudak umur 13-14 thn..

ok la all.. aku nak ke bank jap.. banyak keje nak buat petang nie..

Monday, March 9, 2009

cuti-cuti malaysia vol 1

salam all once again.. this is my 2nd entry for today.. nak citer pasal weekend yg memenatkan.. weekend hari tu plan yg bebudak 11 buat selam hampir 4 bulan menjadi gak.. family holiday ke PD.. ahahha bunyi mcm jauh je tapi menyeronokkan.. semua sekali yg pergi adalah 11 family.. walaupun aku tak bawa family sekadar bawa kekasih hatiku and adik lelaki aku tetapi aku cukup seronok bila tgk kekasih hatiku pun seronok.. mmg percutian kali nie yang sepatutnya "lengkap" jadi tak lengkap tetapi dengan kehadiran kekasih hatiku buat aku rase semuanya lengkap..

perjalanan dimulakan dengan perjumpaan di R&R Dengkil pada pukul 8am.. but biasa la janji melayu akhirnya dapat gak dikumpulkan semua pada pukul 8.30am.. acara pertama ialah sarapan.. aku hanya balun sandwich je.. kekasih hatiku balun nasi lemak sebungkus.. suka aku tgk dia makan.. sebab mengenali dia sungguh susah nak suruh makan.. setelah semua selesai makan dalam pukul 9.30am.. kami semua bertolak ke PD.. jalan tak sesak tapi kami sampai PD kira-kira 11am lebih kerana terpaksa berhenti 2 kali kerana kaum² ibu hendak ke tandas.. bukan kaum ibu je anak² sekali.. so peluang nie digunakan sepenuhnya oleh kaum² bapa untuk menyedut "herba"... perjalanan kami tak la selaju seperti mana kami buat semasa kami bujang dulu.. dulu tak perlu fikirkan siapa penumpang sekarang semua itu harus ambil kira.. anak/bini/pembantu rumah/adik etc.. hahahha.. kena la beringat kan.. itu yang jadi 1 jam lebih tu..

sampai ke destinasi iaitu teluk kemang tak la ramai orang seperti yang kami jangkakan.. cari tempat bawah pokok je sewa khemah 2 unit.. aku tgh kekasih hatiku dah tak sabar nak berendam.. dari dalam kete nampak ke laut tu dah bising nak mandi.. lepas letak lauk-pauk aku tukarkan baju kekasih hatiku then boy bawa dia ke pantai.. tapi tak lama kejap je dia nak aku gak yg teman dia.. so terpaksa aku lak tukar seluar.. mandi ala kadar (*satu jam lebih gak la) then naik untuk makan tengahari lak.. sambal sotong aku menjadi menu utama selepas ayam masak lemak yg dibawa oleh lan basi la tetiba.. so pegi la beli ikan keli sikit untuk buat tambahan lauk.. alhamdulillah habis semuanya.. lepas makan sambung balik mandi.. tapi tak lama dalam 10 minit je sebab kaum bapa nak naik banana boat.. lepas banana boat baru kami ke Tiara untuk check in.. lepas dapat kunci masuk bilik je aku, kekasih hatiku and bos terus terbongkang sampai ke petang.. petang acara diteruskan di pool site lak.. erm.. sukanya kekasih hatiku berenang sana berenang sini.. gelap dah muka and badan tu walaupun dia pakai sun block.. aku yg tak pakai apa² nie seharusnya la gelap and sekrg nyesal sebab kulit dah mula mengelupas..

malam acara kami ialah dinner kat D'Princess sampai kul 11 malam.. then semua masuk tidokan anak² and "tidokan kaum ibu" hahahhahha kaum lelaki jumpa balik kat bilik ajip untuk sessi tgk badminton all england, PS2 and cards.. tapi biasa la seharusnya acara cards yg ambil masa lama sekali.. acara kaum bapa habis at 4am..

sambungkan cite cuti-cuti malaysia bersambung di vol ke 2 nanti... adios all..

note twentyone: penat lagi nie!!!