Friday, July 3, 2009

Republic of Kosovar

satu thn and 17 hari sudah.. kalau masih ingat itu tarikhnya.. summer yg sangat panas di Balkan.. sambil melihat di padang yang berdepan dengan tingkap bilik office.. melihat 2 org manusia yang melakukan aksi/adegan XXX yang akhirnya ditangkap polis.. bila kenang balik tersenyum.. aku rindu bilik office itu.. banyak sangat kenangan manis/pahit/masam/kelat dll...

sebenarnya aku rindukan Republic of Kosovar.. sudah 4 bulan aku tinggalkan bumi Kosovo.. itulah manusia bila dah tinggalkan tempat tu baru nak rindu.. dulu mengutuk/membebel dengan keadaan kat sana.. tak de electric la, no water la, too cold la, panas sangat la, itu la ini la.. but sebenarnya kat sana la tempat berlajar bagi org mcm aku.. di Malaysia semua ada dari sebesar2 benda, secanggih2 benda, teknologi, makanan etc.. aku belajar kepayahan org2 sana.. dengan pendapatan sekitar EUR 250 sebulan.. cukup buat aku rase kesian.. tapi di Kosovo sebesar mana, secanggih mana, bertapa majunya teknologi semua masih ketinggalan 5-10 thn dari Malaysia.. keadaan dimana tiada punca ekonomi negara yg tiada punca pendapatan langsung... mengharapkan bantuan negara2 besar, IMF dll.. makanan tak payah cerita.. di Malaysia kalaulah ada org yg keluar and cakap tak jumpa apa yg nak makan makna org tu bukan berada di Malaysia.. berlainan di Kosovo.. seawal jam 6pm semua kedai makan dah tutup.. yg ada cuma bar2 untuk remaja2 bersuka ria, disco2 untuk muda-mudi memabukkan diri.. dulu aku kutuk semua tu.. tapi sekrg aku rindu nak ke sana.. nak makan sayur di Malaysia bermacam2 sampai kita sendiri tak tau namanya... di Kosovo yg ada cuma salad, kobis, kobis bunga.. 4 thn aku hidup dengan sayur2 mcm tu.. dari seorang yg agak susah untuk makan sayur sampai menjadi makanan rutin aku.. setidak2nya salad..

rindu nak main snow.. rindu nak berjalan, rindu makanan dia org.. kebab dia org, batlava lake tempat aku memancing dengan afrim.. (PB main golf kat sini) ;-).. main futsal dengan lirim (sampai patah kaki), rindu nak potong rambut kat kedai yg hanya memerlukan aku bayar EUR 2.00 tapi tak pernah aku bayar sebanyak tu.. pasti lebih.. rindu nak tgk rakyat Kosovo but demonstrasi.. dari sekecil2 perkara sampai ke besar2 perkara balik2 demonstrasi.. rindu nak tgk ketegangan di North Mitrovice.. rindu nak bawak opel atuk (tuan rumah aku).. yg paling best aku rindu nak buat steak yang dagingnya sangatlah fresh!! tapi satu ini sahaja yg tak boleh aku lupakan kosovo... maciatto.. "the best maciatto in the world is from Kosovar"... itu ungkapan setiap kali ada yg datang berkhidmat di Kosovo.. indeed... dulu itu minum harian aku pagi, tghari, petang.. 5-7 cawan sehari.. kenapa boleh teringat kosovo? sebab aku baru lihat balik email2, gambar2, kisah2 kosovo.. selama 4 thn apa yg jadi aku letakkan dalam satu file berasingan.. kisah aku di sana.. kisah apa yg terjadi di sana.. kisah aku di kosovo dan kejadian di Malaysia.. ya aku mmg suka simpan cerita2 yang aku anggap menarik..

Harapan satu hari nanti.. ketika ada rezeki, insyallah aku akan ke sana.. di sana juga aku ramai kawan, abg, family walaupun tak ada banyak seperti di Malaysia.. insyallah..

note twentyone: Calm sudah..

No comments:

Post a Comment