Monday, July 13, 2009

Intipati..

Salam,

Bukan tak pernah cuma kemasukan intipati kali ini mungkin berbeza mungkin kerana tempoh "berpantang" sudah lama.. tak sangka pengelupur, terhantuk dan tersadung juga ke lantai bilik "buangan".. sendiri buat sendiri tanggung.. tapi sekurang2nya mengerti dan tahu intipati itu memenuhi ruangan itu.. antara sedar atau tidak.. tetapi sekarang kewarasan sudah kembali.. waras untuk melihat, menilai.. walaupun jauh isi hati sentiasa ingin berkata.. berkatanya isi hati dinilai dengan fikiran.. kalau salah.. salahlah iya.. kalau betul.. betullah iya.. nilai hidup kat dunia nie seakan dipertaruhkan.. bukan ingin melihat atau membayangkan kemasyuran cuma sekadar cukup menimba pengalaman serta ilmu.. hanyutnya kerana kewarasan fikiran tidak mampu menghalang kegilaan dunia.. tidak salahkan dunia.. salahkan perihal sendiri yang nyata bersalah tidak berupaya menghalang kejahilan untuk berlaku.. apa berlaku itu ikhtibar untuk ianya dijadikan sebagai pengalaman dan juga sempadan untuk melangkau atau menilai lagi perjalanan sebuah kehidupan yang harapnya masih panjang..

Kejahilan tak pernah disangka akan berlaku lagi.. tempoh "berpantang" sudah lama.. tapi cukupkah untuk kejahilan dahulu ditebus? Dihitung dan dinilai kembali.. berkerut dahi kerana tahu akan kejahilan dulu pasti belum dapat ditebus.. bila semua itu menguasai kewarasan maka ketidak warasan terjadi.. inginkan kewarasan terus melepasi tempoh yang lama.. tapi siapa sangka "disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari?".. ingin ulang kembali masa? mungkin itu tak akan berlaku.. sepandai mana sekalipun kita tak akan kembali kita ke 1 saat, 1 minit, 1 jam, 1 hari, 1 bulan malahan 1 tahun yang lepas.. kini yang ada cuma melihat yang depan.. yang depan mungkin menjanjikan sesuatu.. yang depan mungkin juga tidak menjanjikan apa2.. mengharapkan sesuatu harapan mungkin tidak akan terjadi.. mungkin juga akan terjadi.. itulah bila kata hati dan fikiran selalu bercanggah.. seakan bertengkar.. tetapi tiada pemenang.. dijangkakan "itu" jadinya "ini", dijangkakan "ini".. "itu" yang berlaku.. siapa kita melawan takdirnya? mengubah takdir dengan berusaha.. ya semuanya akan terjadi jika ada keikhlasan yang terbabit.. tiada keikhlasan berusaha, tiada nampaknya terjahan berusaha itu..

nilai kehidupan sekarang sentiasa dipertaruhkan hanya untuk mendapat nilai erti kehidupan sebenar.. bukan meminta untuk disanjung.. sekadar sedikit erti rasa belas kasihan.. harapkan belas kasihan agar intipati tidak akan berleluasa lagi..

note twentyone: yang benar2 faham akan faham dengan sebenar2nya..

No comments:

Post a Comment