Sunday, March 15, 2009

weekend yg meletihkan..

salam all..

pagi nie dtg keje terlambat sedikit.. tak banyak sedikit je 15 minit lewat.. penat tour to johor masih tak hilang sebenarnya.. perjalanan ke johor bermula pukul 10 malam (hari jumaat) tetapi terpaksa dilewatkan kerana ada 2 org lagi nak ikut (tini and atie) so sepatutnya lengcongan dari rumah terus ke KLIA-NILAI-SEREMBAN terpaksa ditukar ke Sri Angkasa dan ke Sg. Besi baru lah ke Johor. So perjalanan di mulakan pada pukul 11pm.. seperti yang dijangka mmg tak banyak kereta tetapi mata aku seakan perit sedikit dengan situasi dalam kereta yang "diam seribu bahasa".. mantain dengan 140-150km/h sampai di perhentian jejantas ayer keroh berhenti sejenak mencari coffee.. yg ada hanya coffee KFC.. so beli je.. akhirnya sampai di ayer hitam tepat pukul 1.30am.. terus menyusur bandar tenggara dan akhir nya sampai di depan rumah mak kira-kira pukul 2.15am.. mak dah tido.. yg ada hanya emi & shah.. lepak sikit menyedut herba.. masuk bilik yg biasa aku tido dengan shah pukul 3.30am.. tapi malangnya mata tak boleh tutup lak.. seawal 6am aku dah tak leh nak pusing-pusing atas katil tu.. bangun jumpa mak and mandi.. aku orang pertama yang turun ke kolam untuk lihat sendiri situasi kolam itu.. not bad.. but.. but tu biar aku je yg tahu.. bagi makan ikan sikit then dalam kul 8.30am aku start kete ke bandar tenggara untuk basuh kete and beli sedikit sayur untuk mak masak.. (ternyata aku lupa yg aku nak ke kenduri najib..)

balik dari bandar tenggara mak dah sediakan bekpes.. tapi aku kena mandi dulu sebab badan berbau kolam lak.. lepas mandi baru bersarapan dengan family semua.. kebetulan ayah pun balik.. lepas bersarapan aku turun balik ke kolam untuk tangkap ikan memandangkan ada org nak beli.. kira-kira kul 1pm baru naik balik untuk bersiap ke rumah najib pulak.. kami tiba di rumah najib kira-kira pukul 2.15pm.. sang pengantin najib and farah tengah bersanding and makan beradap.. sama cantik sama padan.. walaupun najib nampak sedikit berisi tapi mmg padan dengan pakaian persandingan berwarna purple.. (maaf gambar tak dapat dipost kerana Iphone ku yg sengal sedikit..) semasa bersanding kami sempat untuk bertegur sapa.. nyata najib seakan terkejut dengan kedatangan kami.. kira dah 0-0 la yer.. dulu ko datang majlis aku.. aku dah balas balik..(terpaksa terangkan kalau tak perkara yg sama akan di ungkit lagi.. hahahhaha..) lepas ambil gambar beberapa keping.. jumpa lak hani, hubby and kids.. lepak borak2 jap sampai kul 4.30 baru kami beredar balik.. hujan yg lebat cukup meletihkan aku untuk drive so aku berhenti sekejap di kulai.. lepak jap.. buat call mengenai "penyakit dulu" terpaksa terangkan kepada kawan kepada kawan doktor perkara sebenar.. selesai!!!

balik kami disajikan dengan ikan keli bakar honey.. emi yg tangkap ang siang serta bakar sekali.. 8.45pm semua dah terpacak di depan tv untuk tgk game MU vs Liverpool.. malam yg penuh siksa terpaksa dengan shah, atie and etc mengutuk peminat MU.. aku and tini dah senyap.. ayah langsung ke sungai untuk tangkap ikan... aku dah boleh tertido... hahahha.. mampos la dengan game tu.. tido lagi baik..

esoknya bangun awal untuk ke kolam lagi.. bagi makan ikan.. then aku ke rumah mak jah.. mengurut kaki aku yg masih terasa bisa sakitnya.. sekali pandang aku tgk mah jah nie urut tak la sakit kot.. memandangkan dia kecik je.. sekali nah ko.. hahahhahha sampai sofa dia pun terangkat.. lepas urut aku and shah pusing kampung.. lama aku tak naik moto sambil pusing2 satu kampung.. sungguh nyaman.. lepak kedai kak ngah layan ABC.. balik mak dah siap masakkan nasi goreng.. layan sampai kenyang then aku dah bagi hint kadai tini and atie kemas barang.. lagi pun dapat call dari daddy suruh balik awal.. mengikut pengalaman biasanya kami hanya di benarkan bertolak balik ke KL hanya lepas kul 8 mlm.. dah la esoknya nak keje..

dalam pukul 12 kami dah mulakan perjalanan ke KL.. tapi singgah kat kluang lak pekena air tebu.. shah hantar sampai ayer hitam.. masuk highway cuaca dah panas giler.. aircond blust sampai habis.. sampai pagoh singgah jap beli buah kononnya.. tapi tutup la renovation.. so decided benhenti lagi kat ayer keroh lak.. berhenti beli buah.. sikit.. then sambung perjalanan ke KL.. aku dari johor dok risau highway kat seremban maklumla.. nie kan cuti sekolah.. but alhamdulillah tak de tersekat pun cuma hujan dari seremban ke serdang je yang buat pecutan aku perlahan.. sampai kat serdang kira² pukul 4 lebih.. terus ke rumah atie then hantar tini baru aku balik rumah.. sampai rumah aku lepak jap mandi then terus lelap sampai kul 7pm.. bangun je aku ajak mummy and daddy ke putra heights makan kat sana.. tapi tak lama 30 minit je sebab wan and mak iwa nak dtg.. lepak sampai kul 11pm baru dia org balik.. aku dengan cargas masuk bilik tido.. hehhehe.. itu je citer hujung minggu aku...

ok all.. time to work.. adios..

note twentyone: tak yah la dok risau sgt..

No comments:

Post a Comment