Sunday, March 22, 2009

Outing with adik beradik Vol.1

salam all..

Sejak khamis lepas aku mula mula cuti disebabkan Shah datang ke KL untuk kursus.. acctually dia dah datang since rabu.. malam tu kami semua berjumpa jemput adik beradik sekali i.e. shah, aku, atie and tini.. yg lain disebabkan dah berkeluarga so tak leh nak join.. aktiviti pertama acara jemput menjemput.. aku memula jemput atie, then tini then baru ke KL International Hotel, Jalan Raja Muda.. tunggu shah kat kedai depan hotel tu je.. shah ada taklimat habis kira-kira pukul 10 mlm.. lepas tu kami lepak kat Kg. Baru pekena steak.. lepas makan kami pegi "karok" kat endah parade, sri petaling.. habis kira-kira pukul 3 pagi.. lepak kejap then hantar shah balik, hantar tini balik baru ke Sg. Besi hantar atie.. aku sampai rumah kira-kira kul 4.30am..

pagi tu nak bangun mmg la tersangat malasnya.. sms bos.. tak datang.. bos kata OK.. tapi tetap kena bangun awal memandangkan kena kemas rumah sikit.. kira kul kul 11.30 aku cargas ke Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak untuk ambil shah.. then kami ke Bandar Baru Salak Tinggi pegi tgk rumah yang aku beli last year... masih dalam pembinaan.. then balik rumah lepak dengan mummy cerita lak pasal Semidek.. tau-tau aku dah lelap kat kerusi depan.. terjaga bila tgk shah mula masuk bilik untuk lelap.. aku lak tak leh tido.. ambil keputusan mandikan "bini pertama" aku.. lepas maghrib baru aku and shah gi KL.. jumpa atie kat rumah tini.. tukar kereta lak.. naik kete atie.. aku gak yg drive.. but aku suka drive kete dia.. lagi pun dah "lama" aku tak bawa kete dia.. jejalan kl.. pegi makan kat uptown "steven's corner".. then lepak kat dataran kejap.. tapi yg best kami ber4 semua bawa hala tuju masing².. setiap sudut berbeza.. semua pening kot dengan masalah memasing.. kul 1.30am.. aku ajak balik.. semua balik rumah since semua yg masih tak cukup tido.. kali nie aku bernasib baik kerana shah lepak rumah aku... so tak lah bosan drive sesorang.. aku masih dengan masalah aku.. sepanjang malam aku mendiamkan diri.. shah tanya aku ok ke tak.. aku cakap "ok je." atie and tini sms.. "bro are u ok?".. jawapan aku.. "always ok.."

esoknya aku and shah bangun kul 9 mandi manda, sarapan terus shoot ke sg. besi.. jumpa kawan shah yg baru sampai dari johor.. mastamam and din.. lepak makan kat sg. besi then shoot ke desa melawati lak untuk presentation dengan mingosmingos.. lama gak lepak sana sampai kul 6 kot.. presentation terganggu sedikit dengan panggilan telefon yg perlu dijawab.. habis presentation balik ke sri petaling.. tempat aku tinggalkan kete aku.. then shoot balik BSP.. malam tu terima sms yg shah tak ada tempat nak tido.. aku offer rumah aku.. dia tak nak segan dengan mummy n daddy.. tapi sms dari atie yg buat aku menyengkak sikit.. "kawan2 abg tinggalkan abg kat sri petaling.. me and tini otw to fatch abg.." sungguh panas hati waktu tu.. aku call abg.. dia kata ada ruamh kawan dia kat shah alam.. itu last aku call abg kerana aku lak sibuk bila dapat berita tok sakit kat HUKM... atuk meninggalkan kami tepat kul 2.59am.. moga roh atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman.. aku sedih tapi tak la sesedih dulu.. mungkin aku dah lali sikit.. lepas sorang2 meninggal..

shah sampai johor pada hari sabtu petang.. itu pun lepas aku call dia..

itu je cerita outing kali nie.. akan bersambung mungkin malam nie memandangkan shah sekali lagi turun kl utk perhimpunan agong umno lak.. dia kat sini sampai rabu.. then balik johor.. jumaat turun lagi untuk semidek lagi.. hahahah 2 minggu nie aktiviti untuk adik beradik sahaja.. yg mana aku suka untuk melarikan diri atau lebih tepat tak nak memikirkan masalah lain..

note twentyone: posting order dah dapat.. lagi pening beb!!!

No comments:

Post a Comment