Tuesday, March 17, 2009

Hari ini..

Salam all..

Shah dah pun sampai kl tapi disebabkan kesibukan dia dengan taklimat dan sebagainya, cadangan awal untuk bertemu terpaksa di tangguh dahulu.. malam ini lain plannya.. esok petang akan berjumpa untuk bawa ke rumah dan selesaikan sedikit hal then baru ke rumah tini untuk sessi makan malam.. anak2 dara masak.. erm.. lama aku tak ke rumah tini.. maksud aku lepak rumah dia.. last pun thn lepas kot.. aku minta sambal ikan bilis.. aku rindu masakan tu.. mmg itu kegemaranku..

tadi selera makan langsung tak ada.. dari pagi dah busy.. memula cover tempat sub then balik ke tempat asal busy lak dengan kabinet paper... dulu aku mmg suka buat kabinet paper nie dapat jejalan kat bahagian kabinet, jumpa emi.. but skrg semua dah berlalu.. kemalasan itu dah makin menebal kot.. tghari aku lepak dewan tgk bebudak main kompang.. "pintu dibuka & aku jadi bahan.." aku dah agak dah.. kena gak aku.. ingat habis disitu.. kat cafe pun kena.. adoii.. takpe la aku fikir positif.. pedulik apa org nak fikir.. lantak pi la depa semua.. tapi biasa la kalau dah kena bahan telinga tu kena tahan panas je la.. aku anggap gurauan je.. saat aku and haikal naik pun kena gak.. dengan nada serius (yg dibuat-buat) "agak2 korang nak kena tapak saiz 8??" tapi biasa la kan.. kalau dah terbiasa dengan bebudak nie benda serius pun anggap tak serius.. blah mcm tu je.. saat masuk cafe untuk ke lif cafe sekali lagi mata ditumpukan pada HP aku.. dalam kepala fikir pandang terus ke depan.. tak payah nak pandang kiri dan kanan.. berjaya juga.. kelemahan aku kan seharusnya aku tahu..

tadi sekadar lambaian dengan KPS PSM.. setelah 2 kali temu janji terbatal dengan sendirinya atas kesalahan siapa? kesalahan aku.. BPA.. ayat perli dia.."so bila awak free, boleh kita jumpa.." erm.. aku dah sampai malu sendiri.. aku katakan sekejap lagi aku naik.. demi masa depan sendiri dan org sekeliling aku kena tempis segala masalah untuk memastikan apa yg diplan menjadi nyata.. semalam pun Dato' dah call dari sana.. ingin pesan barang and tumpang kontena.. aku dengan ayat biasa aku.. "no problem dato'.."

petang2 mcm nie tak la busy mana pun.. cuma satu agenda nak jumpa KPS PSM tu tak aku langsaikan lagi.. lepas tu aku nak lepak cafe je kot.. erm.. hari2 kerja mcm nie alamat dalam masa 3 bulan aku akan terasa kebosanan seperti mana aku rase 2 thn lepas.. nak cari kelainan sedikit berkenaan kerja.. mcm mana nak buat kelainan dengan kerja yang aku dah buat selama 8 thn di sini? aku tak nampak mcm mana nak tukar semua tu.. cepat la masa berjalan untuk aku ke sana.. aku nak lupakan semua masalah aku di sini.. tak nak fikir langsung kalau boleh.. yg aku ada hanya aisyah & natrah untuk aku fikirkan.. apa hal yg lain biar DIA tentukan.. kita hamba mengikut sahaja apa yg dirancang olehNYA..

ok la all.. dah terasa bosan untuk teruskan menaip nie.. i'm OUT!!

note twentyone : tak nak dah dihurung rase bersalah..

No comments:

Post a Comment