Sunday, May 17, 2009

Weekend..



Salam all.. mcm mana hujung minggu korang? aku mcm biasa buat semua apa yg telah tersenarai dalam entry lepas.. sabtu biasa la bangun harus pukul 10.. subuh terlajak.. erm.. bangun mandi, basuh baju, kemas rumah, vacum bagai pukul 12.30 baru aku keluar untuk ke Gunghalin nak tgk rumah.. kerana kemalasan untuk masak, aku singgah ke McD drive thru.. fish mac mcm biasa.. dari situ terus shoot tgk rumah.. sampai kawasan rumah tu.. erm.. dalam hati dah cukup pekenan sangat.. 4 bilik, 2 bilik, laman belakang ada, kicthen pun tak besar sangat.. mmg pekenan sangat.. (nanti aku letak gambar..)




lepas 15 minit je tgk rumah (kerana itu je masa yg dibenarkan oleh agent).. lepas tu aku terus ke amaroo tgk izzat anak Mr. ZG main bola.. erm.. tgk bebudak main bola best gak.. ada 2 padang.. sebelah anak dia main, sebelah lagi league pompuan.. hehhehhe bebudak bawak 15 thn main.. angin kuat sungguh.. sampaikan bebudak nie tendang bola semua ke arah lain.. 1st half leading 1-0... akhirnya kalah 1-2 hehhehe biasa la... gunghalin FC lawan dengan Canberra Football Academy... so korang dapat bayangkan la.. teratur je CFA main.. contol every corner of the pitch.. yg golkan pun budak dari italy.. umur baru 13 thn.. main mak aiii laju giler lari, dengan control ball dia.. aku terfikir kenapa la malaysia tak dedahkan bebudak mcm nie rupa.. ada pun harapkan main sekolah, daerah and negeri.. bebudak sini seawal 6 thn dah ada league dia org sendiri... kalau nak ikutkan bajet tak ada.. sini league dia org sepenuhnya ditaja oleh ibu bapa dia org sendiri.. jurulatih pun yg ada sijil class C je.. aku serius sungguh kagum sangat.. bayar AUD 150 setahun dapat main lebih 10 kali.. so aku rase sangat la bebaloi mcm tu.. kalau nak kira RM 350 sethn.. club kat sini je dah lebih dari club/negeri kat Liga Malaysia tu.. kalau la orang-orang kita kat sana tu ada komitmen mcm nie aku sendiri yakin taraf bola sepak kita tak mcm skrg.. bayangkan la liga veteran pun ada.. hahahha seharusnya kalau korang tgk sendiri korang setuju dengan aku..

balik dari tgk bola lepak rumah.. semak la aku tgk rumput yg panjang belakang rumah tu.. so aku pun potong rumput.. sampai la ke kul 5.. bila dah gelap aku lepak tgk Foxtel.. then dalam kul 7 baru gerak ke Balconnen untuk game bowling KUACT 2009.. seharusnya main dengan student nie nak menang tak boleh kan.. hahahha tapi at least berpasukan menang gak la no 3.. malam tu team kami semua menjadi.. Dato' - 174, En. Md. Alias- 167, KC- 165, En. ZG - 178, aku sendiri 173, so walaupun kira average dia ok.. tetap kalah dengan student yg puratanya dapat 220 ke atas.. hahahahha bak kata KC aku la "hari-hari main boleh la menang.. hahhaha.." kalau dah tak pandai main tu sure tak menang punya.. apa pun tahniah untuk para student semua yg menang...

ahad.. mcm biasa seawal kul 6 aku dah bangun.. mengerjakan lagi laman belakang rumah tu.. then aku basuh lak tingkap2 rumah.. vacum lagi.. kemas dapur, kemas garage untuk letak barang yg bakal sampai minggu nie.. acctually barang dah sampai minggu lepas cuma sini ada lak prosedur kena kuarintin lak.. memacam.. malam baru aku masak dengan harapan nak bawak bekal ke office hari nie lupa lak hari nie ada staff meeting.. seperti biasa bila staff meeting ada la agensi-agensi berkenaan akan masak untuk semua.. tak ramai pun dalam 12 org je.. hehehe hari ini menu simple mee goreng je.. berbanding menu minggu lepas beriani kambing..

ok la all ada keje sikit.. nak keluar beli barang.. aisyah and mummy nak sampai minggu nie keperluan rumah masih tak cukup.. hehehe

note twentyone: cerita itu harap dah tamat.. end..

3 comments: