Saturday, May 2, 2009

ahad hari ini...

Salam all..

hari ini aku saja dtg office dari duduk rumah terbaring.. acctually malam nie first game aku setelah 3 minggu aku join club woden valley senior football fc.. premier yang pertama atau game pembukaan bagi league tahun 2009 nie.. lawan.. balconnen fc.. masih tak tau dapat first 11 atau tak.. but aku dah try sesungguh.. semalam traning yg sungguh menjelirkan lidah.. penat sangat.. but ok la traning yg dah lama aku tak buat since 1997.. kalau di WP kami sekadar traning biasa sini lain sungguh lain.. tak heran football dia org lebih maju dari "tanahairku" apa pun aku bersyukur sebab kalau tak bermulanya di tanahairku tak la aku dapat apa yg aku dapat skrg.. disebabkan malam nie game yg pertama, main la kat home so aku terasa sangat debarannya.. di Malaysia lain.. suasana dia lain.. rasenya paling ramai penonton aku pernah main mungkin 1000-2000 org.. stadium woden walaupun hanya boleh menempatkan 10,000 org sahaja tapi bagi aku itu dah banyak dah tu untuk menjejaskan permainan pemain seperti aku.. erm.. tawakal semuanya ok...

bagusnya sini semua yg aku buat semua tentang kesihatan.. walaupun berstatus "single" makan aku terjaga tidak seperti bujangan dulu.. sendiri masak la kan.. sayur yg fresh tak pernah aku lupakan skarang.. kalau dulu malas skrg mungkin itu semua perlu.. merokok pun dah makin kurang sangat... maklum la nak dapatkan stamina balik.. so seharusnya kena berhenti.. aktiviti sini pun penuh gak.. rabu malam traning bola, khamis malam bowling dengan semua High Commission Malaysia, Jumaat malam badminton... golf sekali sekala kalau big bos ajak.. tak pernah seumur hidup aku fikir aku akan terjebak dengan golf.. tapi apa nak buat jaga bos yg suka main golf kena babitkan gakla..

semalam aku masak sambal ikan bilis (seharusnya resepi "..."), kailan ikan masin + ayam BBQ.. sekrg aku pastikan nasi hanya di ambil malam sahaja.. itu pun pukul 6 ptg shaja.. tghari biasanya aku tak makan.. kalau lapo aku makan roti kosong dgn nescafe sahaja.. kena jaga makan skrg.. mungkin kalau dari dulu aku sedar aku kena buat nie semua kan bagus.. tinggal lagi 19 hari aisyah and natrah akan join aku ke sini.. trip kali nie mummy, daddy and boy akan dtg sekali.. cuma daddy and boy aku turun di melbourne then naik bas ke sini.. nak rase sangat kata daddy.. aku lak segala persiapan telah aku lakukan.. kereta baru saja beli.. lepas beli baru aku sedar besar sangat la pulak kete tu.. volvo s80.. erm.. takpe kalau sesiapa yang berhajat nak dtg senang sikit.. selesa sikit.. akhir thn nie ramai yg nak dtg.. aku tak halang silakan... august 2 rombongan nak dtg.. oktober maybe lagi 2 rombongan.. dtg la rumah aku sentiasa terbuka menerima tetamu.. cuma aku harapkan june-july tak de org yg datang sebab aku dalam proses pemindahan rumah waktu tu.. rumah masih belum jumpa acctually... dengan harga rumah AUD 400 seminggu agak susah nak cari.. menanti kelulusan KL untuk kenaikan sedikit lagi.. kalau susah2 aku cari sahaja apartment yg berdekatan.. sini lain... apartment sini siap dengan garage.. besar rumah teres di malaysia... siap ada garden lagi kat belakang.. pelikkan.. tapi kalau dah tak de choice terpaksa jugak la ke apartment..

ok la all aku sebenarnya dtg nie kejap je.. nak pegi jejalan kat bandar jap.. mana tau terjumpa barang2 keperluan rumah ke.. aku nak beli set sofa and TV.. TV lagi hahahhahh nampak gaya setiap negara yg aku pegi aku akan beli TV la gamaknya.. sampai di tegur oleh mummy simpan duit tu buat kawin ke lagi bagus.. erm.. tak nak la mummy.. tak nak tertipu lagi.. biar org habiskan dengan beli benda tu semua... puas hati.. calon pun tak de.. nak cari calon lepas 2011 boleh?? hhahahahhha

salam all...

No comments:

Post a Comment