Tuesday, May 26, 2009

aisyah aka kak long

Salam all

Pagi nie Final Champions League.. jom kita semua tido awal supaya leh bangun awal tgk bola.. hehehhe aku mlm nie mmg kena tido awal.. esok pagi tgk bola then terus shoot ke sydney.. kena sampai sebelum kul 10am.. ada benda nak kena ambil kat Sydney Port and lepas tu kena pegi pejabat Tourism Sydney..

lepas lunch kot baru aku balik ke canberra balik.. malam tadi semasa sessi nak tido kak long tanya aku memacam.. kenapa itu, kenapa ini, mana itu, mana ini,.. yang pasti segala persoalan malam tadi membuat aku fikir balik.. budak berusia belum 4 thn bertanyakan soalan yg aku rase bebudak 12 thn akan tanya... antara soalannya:

-kenapa adik alia tak ikut?
-babah n mama dah tak duduk sekali kat australia ye?
-kenapa babah pegang tangan "_-_-_" masa dalam kete?
-babah sayang "_-_-_" ke?
-babah sayang kak long tak? *sambil pandang tepat ke muka aku*
-babah jgn marah2 kak long tau, nanti kak long buat kopi untuk babah..

aku yg memula amat la penat nak tido terus tak leh tido.. lama aku pandang plaster di atap rumah sambil fikir.. dia masih tak puas hati nak kan jawapan.. satu persatu aku jawab soalan dia.. kenapa.. adik alia kena duduk dengan mama dulu nanti adik alia akan dtg sini.. mama dah keje.. dia keje sana babah keje sini.. perkataan yg keluar dari mulut dia selepas itu bebetul buat aku terperanjat.. mama ngan babah dah cerai ye? aku tanya balik mana belajar and kak long tau ke apa dia cerai.. jawapan dia.. opah cakap mama ngan babah tak leh duduk sama lagi.. erm.. pendek aku jawab "yer la kot".. pasal tangan/sayang tu aku tak nak cakap apa.. aku senyap.. aku tanya kak long.. kenapa kak long tanya? kak long suka ke *_-_-_*. Jawapan : suka rambut dia.. erm.. itu je?

siapa *_-_-_* tak payah korang tau.. dia sorang2nya pompuan yg aku bawak jumpa aisyah lepas aku bertitle bujang kembali.. kes memarah adalah kerana kes aku yg teramat penat semlm tercakap kuat sikit.. aisyah merajuk.. babah kena pujuk.. penghabis ayat aisyah buat aku sekali lagi terperanjat..bila babah nak cari mama baru.. mana dia belajar semua itu aku tak tau.. malas aku nak tanya lebih.. dalam peluk2 dia tu aku tgk mata dia dah kuyu.. akhirnya tertido.. aku yg tak boleh tido.. menyalakan herba habiskan sebatang baru aku basuh muka then tido.. tak sedar pukul berapa tapi pukul 3 lebih bangun sebab kak long kejut nak susu.. buatkan susu dan dia minum terus tido balik.. pagi ni aku aku bangun pun dia jadi alarm aku.. dia kata babah kena salam kak long sebelum pegi work..

Buat pertama kali sejak dtg sini aku sedih tgk kak long pagi nie.. seolah-olah bosan mungkin.. mummy pun kata dia dah mula bercakap sendiri.. serius aku jadi serba salah bila benda nie semua jadi.. apa perlu aku buat pun aku tak tau.. mmg semua yg jadi ada hikmahnya.. aku tak pernah nafikan semua tu.. tapi bila keadaan mcm ni jadi aku tersepit.. kenangan lalu mmg aku tak nak ingat sebab sakitkan hati aku.. tapi kesakitan dia? apapun yg pasti skrg nie aku hanya boleh berserah agar semua nie hanya sementara sahaja.. amin..

note twentyone: few months ago talk to myself its going to be in a year.. now i really not sure how long more..

4 comments:

  1. takyah sedih benda dah jadi.. harap tak berlarutan dah le.. amin..

    ReplyDelete
  2. sedih, leh wat novel..............
    rindu kasih syg seorang ibu tu bro....
    (-_-)

    ReplyDelete
  3. takde maknany emme.. skrg i'm her dad and also i'm her mum.. she will be fine with me.. will make sure that!!

    ReplyDelete