Friday, August 21, 2009

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak

Salam All..

Memula nak ucapkan Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak kepada semua kekawan dan readers.. hari nie kami disini akan memulakan puasa.. tadi tarawih.. balik baru la aku buka segala facebook/blogspot nie sekadar nak tgk and update apa perlu..

Bila Ramadhan menjelma kali nie buat aku sedih gak.. maklumlah bila kena sambut ramadhan hanya ditemani adik dan anak sahaja.. tapi tetap bersyukur sangat2.. sekali lagi dapat menyambut Ramadhan dan insyallah Shawal juga.. sahur hari nie tak buat apa pun balik dari office tadi beli daging, wings and sayur-sayuran buat sampai hujung minggu nie baru beli barangan lain.. insyallah..

Hari along Noreen approch aku.. "keluarga" nak berkumpul.. aku tak tau samada aku sedia untuk menyertai acara ini.. maklum la "keluarga" itu aku kenal hanya along and sorang lagi saja.. itu pun aku tak ingat namanya.. tadi along mention beberapa nama yang aku kenal bin atau bintinya sahaja.. sebab bin dan bintinya sama dengan aku.. mungkin sudah 18 thn aku tak jumpa dia dan mmg selama ini aku tak ada niat nak jumpa pun.. sebab dulu dan masih terasa sampai sekarang yang hidup aku dah ok tanpa kehadiran dia dalam hidup aku.. tapi bila di approch oleh along tadi aku jadi kelu and tak tau nak bagi jawapan apa.. bukan tak nak tapi tak sedia nak kenal dengan "adik-beradik" yang lain.. bukan sedikit ok.. berbelas juga dengarnya.. hari ini sahaja aku dah dengar 5.. semua nama yg aku buat aku kenal.. nama such azly, linda, anne dll mcm kenal je hahhaha.. tapi aku kenal itu nama kawan2..

insyallah kalau ada rezeki dan masa yang sesuai apa salahnya nak jumpakan.. sekadar jumpa..

note twentyone: rindu dia lagi..

2 comments: