Monday, August 24, 2009

Mau jadi manusia normal

Salam All,

Kala waktu ini jam dah menunjukkan pukul 2.20am.. mata masih segar.. ingatkan hari nie dapat tido awal ke.. since dah 2 hari mata dapat lelap 2 jam lepas sahur sahaja.. pelik sangat.. acctually tak pelik pun cuma nak jadi manusia normal yang boleh tido sekurang2nya 6 jam.. tapi masih tak boleh.. CPT pun sudah lama tak guna.. tak nak guna since ramai yang kata tak elok.. mmg tak elok but kalau dah begini seminggu atau 2 minggu lagi.. itu sahaja jalan penyelesaiannya..

Nak kata badan tak penat.. tak jugak ialah memandangkan bulan puasa nie kan.. mau tak letih.. kalau di M'sia mungkin leh melelapkan mata waktu 'lunch hour' tapi disebabkan masa bekerja telah dipendekkan maka 'lunch hour' adalah waktu bekerja.. nak kata tak busy.. tak jugak sebab still ada keje..

So sahur hari nie makan paprik and kailan oyster sauce.. lauk2 kegemaran aisyah.. kailan cuma batangnya sahaja.. sayur hijau itu harus tak disentuhnya.. so aku and natrah tukang habiskan.. mmg perangai dia dari kecilkan.. sampai nak kena suap and gaulkan sayur itu disebalik nasi.. masuk je mulut harus keluar balik.. masak untuk dia bawang tidak boleh nampak kalau tak ini ayat dia.. "babah bagi kak long bawang?".. lately dia dah mula belajar spanish.. mengeja mungkin sedikit lambat.. but mengira agak cepat.. betul kata org budak2 mmg cepat belajar.. last week start belajar mandarin lak.. hahhhaha since natrah amat cekap mandarin so dia mula 'tangkap' cepat sikit..

Tengah fikir apa nak buat since tak leh tido nie.. nak main mafia wars mcm dah jemu lak.. klik sana klik sini.. premier football dah aku biarkan malas nak cari challanges lagi.. biar org je challange aku.. setiap kali kena challange setiap kali itu juga kalah.. last week kemenangan melebihi kekalahan.. but 4 hari nie dah 16 team challange aku semuanya kalah.. hahhaha.. lantak la.. tadi jugak perkenalan pertama dengan sesorang bernama Azly.. ya Azly Hj. Ayub.. merangkap abg aku.. pelawaaan untuk gather itu masih aku fikirkan.. tak terlintas untuk aku nak join atau dipelawa begini.. adik kata pergi.. hati kata tak nak.. kepala mula pusing.. hahha.. nak lupakan kisah lama bukan senang.. kena lagi bila melibatkan masa yang terlalu lama 29 thn beb.. bila fikir balik dah lama terbuku memulanya dan sekarang dah terbuka lak.. adoii mmg tak nak ingat..

Apa pun jadi aku tetap bawanya selama 29 thn ini.. walaupun cuba tak nak ingat dalam ID tetap itu juga.. abg azly janji nak kenalkan pada 3 org lagi 'adik beradik' erm.. malas rasenya nak kenal.. sebenarnya dulu aku dah kenal sorang semasa permulaan perjalanan aku ke benua eropah.. layanan mengalahkan seorang yang duduk di first class.. merangkap kakak aku.. berdasarkan nama pada boarding pass sahaja kami berkenalan.. cerita lama yang aku ingat akan sampai disitu sahaja.. kini mula 'berhubung' balik.. apa pun serah pada DIA untuk tentukan segalanya.. moga kebaikan yang bakal mendatang..


note twentyone: Melihat gambar itu mengingatkan aku yang pernah ke situ dahulu bersama dia juga.. Bezanya cuma waktunya sahaja.. siang dan malam..

2 comments: