Monday, August 17, 2009

H1N1

Salam all..

Hari ini aku cuti but still kena datang office uruskan 2 perkara ie programe minggu ni and beg diplomatik.. "kojo sonang" org kata.. tak sampai sejam aku kat office then ke airport hantar beg then terus shoot balik rumah..

Hari ni baca paper utusan.. dah 62 org mati/meninggal/terkorban disebabkan oleh H1N1 di Malaysia .. ramai jugak yang sakit.. demam ke, batuk ke, selsema ke.. musim ke? Sini walaupun top list country H1N1 but still calm.. tak tau nape... dengarnya tak nak cerita kematian menyebabkan rakyat panik.. tak tau la betul ke tak.. aku pun sebenarnya baru je baik demam teruk dah 3 hari pun.. but hari ini dah ok la.. takde lagi melawat "rumah kedua" jumpa doktor hari tu sahaja mengambil masa 4 jam.. huhuhu tak nak la sakit yang teruk2 kat sini.. mintak dijauhi..

hari ni ada sahabat satu keluarga demam.. erm.. takut dengar.. harap tak de apa2.. 2 minggu lepas terjumpa seorang doktor nie.. malaysian yang belajar kat Adelaide sana.. keje dengan kementerian kesihatan.. datang buat passport.. dia kata pengidap H1N1 yang mati/meninggal/terkorban kebiasaannya immun badan mereka sangat rendah.. samada terdapat penyakit ke 2 atau ke 3.. lelah, sakit jantung dll adalah penyebab utama kematian tersebut..

di sini bila dapat berborak dengan officer dari negara jiran kita terasa malu pun ada.. vaksin mereka dah ada dari tahun lepas lagi... setiap officer ada vaksin mereka sendiri yang disediakan.. negara kita? kenapa tak simpan yer vaksin tersebut seperti jiran kita nie? bila mereka tanya officer malaysian.. jawapan nak safe.. dah order belum sampai.. itu jawapan 4 bulan lepas.. persoalannya adakah pemimpin negara tak perihatin? tak nak cerita bab politik.. sebab kalau cerita kesimpulannya sungguh mudah.. pemimpin dipilih oleh rakyat, rakyat perlu diutamakan.. jentera pemimpin parti sekarang lagi bijak pandai.. tapi mereka juga harus sedar yang memangkah kertas undi bukan lagi rakyat yang cetek akalnya.. ramai yang berpelajaran sekarang nie.. tau nak nilai baik buruk.. bukan nak burukkan kepimpinan sekarang sekadar MENAGIH keperihatinan mereka sahaja.. tak guna slogan terbaru tu kalau tak de pendekatan yang wajar dan pantas diambil.. and jangan qoute ayat aku.."mereka yang terkorban disebabkan oleh penyakit sampingan ke 2 atau ke 3 tu.." walaupun itu kebenarannya..

sebagai rakyat lak langkah apa lak yang kita ambil untuk sekurang2nya menjaga keluarga kita dari dijangkiti? H1N1 ni berjangkit dari udara dll.. pakai mask sahaja tak cukup.. kurang2kan lah aktiviti dikhalayak ramai nie.. perjumpaan2 yang tak penting atau perjalanan yang dirasakan tak penting tak yah la pegi.. sayang beb bila dengar baby, kanak2 yang terkorban tu.. kita tak pernah taukan masa depan dia.. manalah tau mereka2 itu bakal pemimpin negara satu hari nanti.. so please kawan2.. takat nak berkhemah, gathering tempat terbuka, berenang ke, apa pun aktivit dikhalayak ramai nie kurang2kan la..

teringat kata seseorang dulu.. apa ko pedulik? "kubur lain2.." hahahhah naif dan cetek pemikiran orang mcm nie.. aku bukan sibuk.. sekadar berkongsi idea, pengetahuan walaupun sedikit dan paling utama sekadar mengingati kawan2.. kalau ko bukan kawan2 lantak ko la.. fikir lah mana yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan orang tersayang.. adios..

note twentyone: tak nak dengar ada dikalangan yang aku kenal terkorban sama.. sama2 mencegah untuk kebaikan bersama..

2 comments:

  1. mlm tadi sy nonton cerita i am legend. Ngeri gak jadi cam tu bila ada virus yg berterbangan ni..

    ReplyDelete
  2. betul sama la pulak sebab tgk citer tu jugak saya terfikir H1N1.. hehhe

    ReplyDelete