Tuesday, June 23, 2009

baru sampai office..

salam all..

hari ni seperti yg dirancang masuk setelah jam menunjukkan jam 1pm.. hehehhe saja.. tapi aku bekerja dari rumah.. melayan sms bos' panggilan bos', panggilan anak2 bos',.. semua tu mcm satu rutin bagi aku.. dulu aku tak pernah pk jadi secretary nie itu antara rutin harian aku.. selesaikan hal maid aku involve.. tapi tak pe semua nie pengalaman.. bila lagi nak rase secretary yg bebetul mcm dalam tv tukan.. hari nie je sejak datang office anak bos call nakke clinic.. ok done buat appointment and suruh driver hantar.. then anak bos call lagi.. uncle.. minyak kete habis.. ok bagi duit isi petrol.. then maid lak call nakkan shampoo carpet.. so bagi lagi duit suruh driver pegi beli.. kat sini la first time aku guna credit card.. semata-mata senang nak uruskan duit aku.. selalunya walaupun menyimpan 60% duit elaun sini kegunaannya adalah untuk org lain.. tak bos, office, meeting, hotel etc..etc.. maksudnya segala yg melibatkan benda yg kepentingan dia memerlukan ianya diselesaikan dengan kadar segera.. itu dia card aku jadi mangsa.. nasib baik leh claim balik.. and claim diluar nie kira cepat la gak..

ok berbalik pada citer kenapa datang lambat.. erm.. minggu nie minggu sakit/lazy/penat aku.. so since bos tak ada aku malas nak datang awal.. semalam bercuti deman/berkemas... hari nie setengah hari.. hahhahah hidup..hidup.. tapi seperti aku katakan tadi.. kerja tetap jalan.. dari rumah aku masih boleh kerja.. sebab bagi aku demam/sakit pening semua tak boleh dijadikan alasan untuk tidak berkerja dan otak nie perlu berfikir dan sakit mcm mana pun badan tetap kena bergerak.. bergeraknya otak secara automatiknya badan akan ikut bergerak..

hari ni berchat sama girlfriend baik aku.. tolong betulkan tanggapan korang.. maksud girlfriend amat luas ok.. kawan perempuan yg aku rase antara terapat dengan aku.. satu demi satu perkara yg melibatkan life kita org discuss.. yes kebenaran yg nyata aku tak leh nak nampak.. perlukan penjelasan yg betul adan terang untuk aku kembali pada trek asal.. mungkin ramai org tak suka nak share.. aku dan dia share everything.. so sesiapa yg jadi "perempuanku" lepas nie kena terima keakraban aku dan dia.. ucapan untuk girlfriend aku nie.. atau demi tak buat org confuse aku nak panggil dia "pn girlfriend"... thanks dear.. really appreciate it..

ok la aku nak ke bank jap.. duit lagi.. hahahaha duk sini nak kena bukak account bank lagi satu untuk simpanan.. kalau tak mmg habis guna untuk benda lain.. hehehhee..

note twentyone: perlukan ais berguni2 untuk rengangkan balik urat2 yg tegang ini..

Saturday, June 20, 2009

hari ke tiga.. weekend..

salam all..

weekend mcm nie.. tak buat apa pun.. kat umah pun tak buat ape.. duduk lepak kat sofa malas aku.. kak long pun merunggut tak bawak dia keluar.. cuaca nampak elok lak hari nie.. panas sikit.. but still under 10'c.. acctually badan tersangat la letih and sakit kepala menyerang dari semlm masih belum kurang.. berdenyut2 kepala nie.. panadol yg aku telah pun dah mcm tak berkesan dah.. mcm makan tepung je..

malam nie daddy and boy balik.. but ke melbourne dulu sehari.. isnin baru bertolak balik m'sia.. mummy esok aku hantar ke airport seawal pukul 8am.. flight kul 10.15am ke melbourne gak.. isnin baru balik ke m'sia.. mum, dad and boy nak spend satu hari di sana... minta-minta badan nie ok untuk bangun and hantar mummy ke airport esok.. mata nie aku dah notice mula membengkak.. but still aku tak leh tido.. hari ni dah masuk 3 hari aku tak lelap.. punca masih sama.. pk atau tak pk benda dah ada dalam kepala susah aku nak letak tepi..

secara rasminya esok adalah pemulaan yg aku sendiri rancang berbulan yg lalu.. tinggal aku, kak long and natrah di sini.. permulaan kehidupan yang aku harap akan berjalan lancar.. kak long hari nie lain benar perangai seakan tahu atuk and boy balik malam nie.. seharian dengan atuk.. main sikat2 rambut atuk.. kemana atuk pegi nak ikut.. ke dapur, ke ruang tamu, ke laman belakang untuk mengHERBA juga nak ikut.. seharian tak tido.. kejap lagi nek tam, tok tam, scott and kila (wife scott) nak datang untuk dinner di sini.. lepas tu baru aku hantar dad and boy ke Jolimont Centre untuk depart to Melbourne.. mungkin natrah yg akan drive mlm nie.. aku sesungguhnya sangat la tak larat.. but tak nak tunjuk sangat.. yg tau aku tak tido dah 3 hari nie pun hanya boy.. sebab dia pun dah menjadi mcm aku tapi jenis tido gak.. tapi lepas kul 4-5am la..

acctually nak tulis entry nie pun tak larat.. tapi dari aku tak buat apa and still tak leh tido aku layan gak main poker ke black jack ke kat FB.. ok la all aku nak lepak tengok rugby lak...

note twentyone: sanggap sungguh.. menguap tah dah berapa kali aku pun tak tau.. RKUF..

Wednesday, June 17, 2009

ngantuknya..

Salam and morning all..

Hari ni mode seperti mau silence aje.. sebab penat/ngantuk.. semalaman tak leh tido.. kekejap aku tgk tv, kekejap tv tgk aku.. nak mendapatkan lena yg sebetulnya masih tak dapat.. sejuk kat luar sana.. menyalakan sebarang HERBA menyedutnya di laman belakang.. tetapi tidak pun sampai setengah telah di padamkan... alasan sejuk berlari-lari anak masuk balik ke rumah.. malam tadi.. segala ruamh rumah diterokai.. apa di cari tak pasti.. cuba memuaskan hati sendiri.. melihat segala sudut yg kurang menarik di "touch-up" untuk nampak menarik.. sessi memenatkan diri masih tak berjaya.. laptop di dalam bilik malas nak di bawa keluar.. nak on PC pun terlalu malas rasanya..

jadinya.. bukak sofa set yg packers bungkuskan 4 thn sudah, diwaktu aku akan di tempatkan di Kosovo dulu.. 4 thn lebih kotak ini tak berbuka.. set sofa itu ketika aku bujang dulu menjadi tempat tido aku.. mencuba baring kembali mendapatkan mood seperti waktu bujang dulu.. tersenyum sendiri.. dulu waktu bujang balik kerja, balik tukar baju then keluar bersuka ria dan hanya kembali seharusnya jam di dinding menunjukkan pukul 1-2 am.. and tanpa tukar baju untuk tido terus aku "menjalar" di sofa ini.. mummy belikan khas untuk aku ketika aku berumur 15 thn lagi.. hampir 14 thn usia sofa tu.. tetap teguh..

walaupun gigih membuka kotak besar tu, set meja, etc.. tetap tak leh tido akhirnya.. masuk bilik tgk aisyah.. betulkan kedudukan tidonya.. then keluar balik.. bosan yg amat sangat terasa.. kalaulah di KL mau highway selatan tanahair aku redah.. tetiba aku rindu masakan mak johor.. asam pedas mak.. rindu pada family di sana.. bila dapat pulang untuk jumpa dia org.. selama balik 2 bulan hari tu sempat berjumpa family sana 3 hari.. setiap kali aku balik asam pedas juga masakan mak.. waktu tu balik memenuhi undangan sahabat jakarta mendirikan masjid.. moga kekal hingga akhir hayat bersama..

so pagi ini dengan tidak tido semalaman seawal pukul 6.30am aku dah siap sedia untuk ke office.. sampai office pukul 6.50am terus ke pejabat pasang heater dalam bilik, on PC and buat nescafe.. sementara tunggu Jun sampai untuk ambil aku ke residence.. kami sampai di residence tepat pukul 8am layan atiyah kejap.. betulkan coat dia.. atiyah kecik berbanding aisyah.. mengingatkan aku pada alia.. ok tutup citer pasal atiyah and alia.. sedih aku nanti.. dah cukup sedih tak nak tambah2 lagi.. jumpa dato'.. ingatkan beberapa perkara.. passport, programme, ticket etc.. then hantar dato', datin and atiyah to airport... tak tunggu lama sebab dato' lepak lounge so tak yah nak lepak sama.. walaupun aku leh masuk sama sehingga ke perut kapal terbang.. malas aku nak buat mcm tu.. sebelum aku blah dato' menyampaikan beberapa perkara yg aku perlu selesaikan sepanjang ketiadaan dia.. ok bos.. no prob.. no worries.. datin panggil lak lepas tu.. "are you ok azuan?" ok datin, just i didn't get enuff sleep.. enuff? hahahha acctually didn't get any sleep at all.. hhaa..

so reach office at 9.45am.. lepak kat konsular then naik bilik dah panas... nyaman rasenya.. mata terasa berat sangat.. tapi nak tido mcm tak boleh.. mungkin badan dah rindu pada sofa bujangku.. malam ini semua org nak ke rumah suzana.. suzana sepupu aku, cucu nek tam.. scott dah ajak pun tapi aku cakap aku banyak keje.. alasan yg aku reka sendiri, acctually penat minggu ini sahaja berapa banyak jemputan makan nie.. scott pun merupakan sepupu aku gak.. abg kepada suzana.. yg aku belum jumpa sejak datang sini hanya johan yang dok berlayar keliling dunia.. aku tak berapa rapat dgn johan.. natrah yes kamcing giler.. aku hanya rapat dengan suzana and scott..

ok la all.. acctually dah penat menaip, penat fikiran, penat badan, penat segalanya la..

note twentyone: nothing in this world are prepared for us.. sometimes we lose, sometime we win, don't chase what we lose, encourage ourself, encourage people to live peaceful.. peace all..

Monday, June 15, 2009

tido la oiiii

Tido la mata oiiii esok nak keje.. itu la kalau fikiran memikirkan benda lain.. nak kata mustahak tak jugak.. tapi still nak fikir maknanya mustahak la tu.. adoii!!!

tido la en. 21 oiiiii...

erm.. tetiba datang idea.. since tak leh tido apa kata kita kemas garage yg penuh kotak yg belum dibuka lagi.. leh letak kete dalam garage.. tapi nak buat sorang dalam sesejuk nie?? tetiba pulak datang malasnya.. nak tgk tv baru je layan brazil vs eygpt.. brazil won the game 4-3.. menang nasib..

so apa keputusan nie? tido ke kemas? adoiiii bab buat keputusan nie la aku paling lemah.. selemah lepas makan lemang siang tadi.. sampai membuat tengkuk nie sakit.. dah tau tak leh makan nak gak makan.. nak buat mcm mana.. dah bertahun tak makan lemang.. disaji lak dengan rendang.. adoiii meleleh beb!!

HERBA dah nak masuk 10 btg.. mlm nie sahaja.. org makan HERBA sihat aku MENGHERBA nie memudaratkan.. cakap pandai.. hahahha..

ok la all nak kemas garage la.. nite all..

note twentyone: nite2

All My Dreams - The Wonders

Salam all..

back at 1996 waktu tu aku and aza lepak rumah dia ponteng sekolah.. hahaha ingat lagi waktu tu cerita "That Thing You Do" tengah popular sangat.. sanggup kumpul duit semata-mata nak beli kaset Soundtrack cite tu.. dalam soundtrack tu satu nie lagu aku suka sangat.. selain lagu That Thing You do la.. aku pastekan kat korang untuk korang enjoy.. semalam aku kemas kotak CD aku terjumpa balik CD yang aku beli lepas kesat aku tu putus.. so hope korang enjoy.. pastekan jugak lyric dia..*wink*

http://www.youtube.com/watch?v=JLJzMtmpJBs&feature=related


Every night I pray
I'll have you here someday
I'll count the stars tonight
and hope with all my might

And when I close my eyes
You'll be right by my side
If I could only have one wish
You'd be the girl whose lips
I'd kiss All my only dreams

And when I close my eyes
You'll be right by my side
If I could have just one request
Stay with me girl I confess
All my only dreams

Every waking hour it seems
I only have you in my dreams

So every night I'll pray
I'll have you here one day
I'll count the stars tonight
and hope with all my might

And when I close my eyes
You'll be right by my side
If I could have just one request
Stay with me girl I confess
All my only dreams

note twentyone: erm.. termenung lagi!! adoi!!

Sunday, June 7, 2009

King Birthday & Perisher Valley

Salam all...

Esok kami di Aussie nie bercuti semperna Queen Birthday.. Semalam kami semua di High Comm, Student and PR meraikan Sambutan Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di pekarangan Rumah Malaysia.. tetamu seramai 170 org telah dijemput.. seharusnya meriah.. acara dimulakan dengan acara menaikkan bendera & nyanyi Negaraku.. lepas tu ucapan dari Dato' SA kemudian di akhiri dengan jamuan High Tea.. busy sangat aku smlm... berada di perkarangan Rumah Malaysia seawal 8 pagi... sehingga ke pukul 9 mlm aku masih di sana.. malam tadi pun tido terasa nyenyaknya mungkin kerana penat...



Hari ni kami semua ke Perisher Valley bermain snow.. org paling suka semestinya Kak Long hampir 4 bulan dia tak jumpa snow.. meleleh hidung, merah pipi main snow.. bawak boy and natrah merasa snow.. suka dia org.. alhamdulillah hampir kesemua hajat boy melawat tempat-tempat yang dia nak lawat di sini semua tercapai.. tunggu untuk ke Darling Harbour, Opera House and Harbour Bridge.. and satu lagi.. dia nak tgk sangat IMAX di Darling Harbour.. skrin 3D terbesar di dunia..

perjalanan ke Perisher Valley yg sepatutnya bermula jam 9 pagi ditunda ke pukul 10.30 pagi.. perjalanan mengambil masa 3 jam melalui Tuggeranong - Cooma - Jindebyne - Perisher Valley.. kawasan menghijau je.. dengan pemandangan ternakan kuda, lembu and kambing biri2.. aisyah tak tido sepanjang perjalanan suka sangat dia tgk binatang tu semua.. then singgah di Jindebyne Lake sekali lagi bersyukur dengan keindahan dan kedinginan ciptaan NYA.. perjalanan berhenti lagi di Jindebyne Town untuk rent kasut and wheel chain.. waktu naik mmg tak terasa sangat.. cuma dah sampai puncak suhu makin turun ke -3'c.. aisyah dah tak sabar.. cari parking pakaikan dia baju then baru naik ke gunung tu.. aku tgk suka sangat aisyah.. boy yang pertama kali merasa salji sungguh kagum sangat.. aku sekadar melayan kerenah dia org.. snow turun lebat sangat hari nie.. mungkin dah rezeki boy, natrah and mummy kot.. dapat tgk semua tu.. bagi daddy dah tak heran katanya.. disebabkan dia dah biasa pun semasa dia italy and swiss..






aku & boy di Jindebyne Lake

Aku @ Perisher Valley

Boy & Daddy

Boy, Aisyah & Natrah


aku biarkan dia org main dari kul 2 lebih tu sampai la ke kul 4 lebih.. boy and aisyah naik turun bukit dari atas naik peluncur berdua sampai bawah then lari balik naik atas.. aku sekadar menunggu di bawah melihat kalau2 mereka terjatuh ke.. dulu aisyah mmg tak nak naik peluncur tu.. ingat lagi di Kosovo semasa aku belikan untuk dia, akhirnya terdampar di luar rumah.. di sebabkan alasan tu gak la aku tinggal kan luncur dia di M'sia.. but hari nie menjadi-jadi kekejap naik dengan boy kekejap dengan natrah, kekejap dengan wawan dia.. aku secara officialnya menjadi cameraman.. semua camera aku pegang, camcoder aku pegang, hp boy aku pegang semuanya aku pegang.. ahhahah tak pe..

ok la all gambar nanti aku upload kena buat di office.. apa pun esok aku cuti selasa mungkin aku ada masa.. penat sangat nie... esok sambung.. adios all..

note twentyone: try to send via mms but still pending till now.. what happen??

Wednesday, June 3, 2009

kak long

Salam all,


Semalam genap Nur Aisyah Safiah 4 thn.. petang semlm gak aku bawak dia naik boat cruise and dinner... tapi tak la banyak gambar yg ambil sebab semua kelam kabut sampai camera tinggal rumah.. ada pun hp boy.. dapat la snap 2-3 gambar...

gambar nie masa aku pegi makan char kueh teow kat abel's dengan dia org... puting tetap dia tak lepas.. heheheh..

sayang anak babah... love you...

note twentyone: itu hak aku

Tuesday, June 2, 2009

Happy Birthday

Happy Fourth Birthday, Nur Aisyah Safiah may Allah SWT bless you... Love You.. From Babah..