Wednesday, June 17, 2009

ngantuknya..

Salam and morning all..

Hari ni mode seperti mau silence aje.. sebab penat/ngantuk.. semalaman tak leh tido.. kekejap aku tgk tv, kekejap tv tgk aku.. nak mendapatkan lena yg sebetulnya masih tak dapat.. sejuk kat luar sana.. menyalakan sebarang HERBA menyedutnya di laman belakang.. tetapi tidak pun sampai setengah telah di padamkan... alasan sejuk berlari-lari anak masuk balik ke rumah.. malam tadi.. segala ruamh rumah diterokai.. apa di cari tak pasti.. cuba memuaskan hati sendiri.. melihat segala sudut yg kurang menarik di "touch-up" untuk nampak menarik.. sessi memenatkan diri masih tak berjaya.. laptop di dalam bilik malas nak di bawa keluar.. nak on PC pun terlalu malas rasanya..

jadinya.. bukak sofa set yg packers bungkuskan 4 thn sudah, diwaktu aku akan di tempatkan di Kosovo dulu.. 4 thn lebih kotak ini tak berbuka.. set sofa itu ketika aku bujang dulu menjadi tempat tido aku.. mencuba baring kembali mendapatkan mood seperti waktu bujang dulu.. tersenyum sendiri.. dulu waktu bujang balik kerja, balik tukar baju then keluar bersuka ria dan hanya kembali seharusnya jam di dinding menunjukkan pukul 1-2 am.. and tanpa tukar baju untuk tido terus aku "menjalar" di sofa ini.. mummy belikan khas untuk aku ketika aku berumur 15 thn lagi.. hampir 14 thn usia sofa tu.. tetap teguh..

walaupun gigih membuka kotak besar tu, set meja, etc.. tetap tak leh tido akhirnya.. masuk bilik tgk aisyah.. betulkan kedudukan tidonya.. then keluar balik.. bosan yg amat sangat terasa.. kalaulah di KL mau highway selatan tanahair aku redah.. tetiba aku rindu masakan mak johor.. asam pedas mak.. rindu pada family di sana.. bila dapat pulang untuk jumpa dia org.. selama balik 2 bulan hari tu sempat berjumpa family sana 3 hari.. setiap kali aku balik asam pedas juga masakan mak.. waktu tu balik memenuhi undangan sahabat jakarta mendirikan masjid.. moga kekal hingga akhir hayat bersama..

so pagi ini dengan tidak tido semalaman seawal pukul 6.30am aku dah siap sedia untuk ke office.. sampai office pukul 6.50am terus ke pejabat pasang heater dalam bilik, on PC and buat nescafe.. sementara tunggu Jun sampai untuk ambil aku ke residence.. kami sampai di residence tepat pukul 8am layan atiyah kejap.. betulkan coat dia.. atiyah kecik berbanding aisyah.. mengingatkan aku pada alia.. ok tutup citer pasal atiyah and alia.. sedih aku nanti.. dah cukup sedih tak nak tambah2 lagi.. jumpa dato'.. ingatkan beberapa perkara.. passport, programme, ticket etc.. then hantar dato', datin and atiyah to airport... tak tunggu lama sebab dato' lepak lounge so tak yah nak lepak sama.. walaupun aku leh masuk sama sehingga ke perut kapal terbang.. malas aku nak buat mcm tu.. sebelum aku blah dato' menyampaikan beberapa perkara yg aku perlu selesaikan sepanjang ketiadaan dia.. ok bos.. no prob.. no worries.. datin panggil lak lepas tu.. "are you ok azuan?" ok datin, just i didn't get enuff sleep.. enuff? hahahha acctually didn't get any sleep at all.. hhaa..

so reach office at 9.45am.. lepak kat konsular then naik bilik dah panas... nyaman rasenya.. mata terasa berat sangat.. tapi nak tido mcm tak boleh.. mungkin badan dah rindu pada sofa bujangku.. malam ini semua org nak ke rumah suzana.. suzana sepupu aku, cucu nek tam.. scott dah ajak pun tapi aku cakap aku banyak keje.. alasan yg aku reka sendiri, acctually penat minggu ini sahaja berapa banyak jemputan makan nie.. scott pun merupakan sepupu aku gak.. abg kepada suzana.. yg aku belum jumpa sejak datang sini hanya johan yang dok berlayar keliling dunia.. aku tak berapa rapat dgn johan.. natrah yes kamcing giler.. aku hanya rapat dengan suzana and scott..

ok la all.. acctually dah penat menaip, penat fikiran, penat badan, penat segalanya la..

note twentyone: nothing in this world are prepared for us.. sometimes we lose, sometime we win, don't chase what we lose, encourage ourself, encourage people to live peaceful.. peace all..

No comments:

Post a Comment