Sunday, June 7, 2009

King Birthday & Perisher Valley

Salam all...

Esok kami di Aussie nie bercuti semperna Queen Birthday.. Semalam kami semua di High Comm, Student and PR meraikan Sambutan Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di pekarangan Rumah Malaysia.. tetamu seramai 170 org telah dijemput.. seharusnya meriah.. acara dimulakan dengan acara menaikkan bendera & nyanyi Negaraku.. lepas tu ucapan dari Dato' SA kemudian di akhiri dengan jamuan High Tea.. busy sangat aku smlm... berada di perkarangan Rumah Malaysia seawal 8 pagi... sehingga ke pukul 9 mlm aku masih di sana.. malam tadi pun tido terasa nyenyaknya mungkin kerana penat...



Hari ni kami semua ke Perisher Valley bermain snow.. org paling suka semestinya Kak Long hampir 4 bulan dia tak jumpa snow.. meleleh hidung, merah pipi main snow.. bawak boy and natrah merasa snow.. suka dia org.. alhamdulillah hampir kesemua hajat boy melawat tempat-tempat yang dia nak lawat di sini semua tercapai.. tunggu untuk ke Darling Harbour, Opera House and Harbour Bridge.. and satu lagi.. dia nak tgk sangat IMAX di Darling Harbour.. skrin 3D terbesar di dunia..

perjalanan ke Perisher Valley yg sepatutnya bermula jam 9 pagi ditunda ke pukul 10.30 pagi.. perjalanan mengambil masa 3 jam melalui Tuggeranong - Cooma - Jindebyne - Perisher Valley.. kawasan menghijau je.. dengan pemandangan ternakan kuda, lembu and kambing biri2.. aisyah tak tido sepanjang perjalanan suka sangat dia tgk binatang tu semua.. then singgah di Jindebyne Lake sekali lagi bersyukur dengan keindahan dan kedinginan ciptaan NYA.. perjalanan berhenti lagi di Jindebyne Town untuk rent kasut and wheel chain.. waktu naik mmg tak terasa sangat.. cuma dah sampai puncak suhu makin turun ke -3'c.. aisyah dah tak sabar.. cari parking pakaikan dia baju then baru naik ke gunung tu.. aku tgk suka sangat aisyah.. boy yang pertama kali merasa salji sungguh kagum sangat.. aku sekadar melayan kerenah dia org.. snow turun lebat sangat hari nie.. mungkin dah rezeki boy, natrah and mummy kot.. dapat tgk semua tu.. bagi daddy dah tak heran katanya.. disebabkan dia dah biasa pun semasa dia italy and swiss..






aku & boy di Jindebyne Lake

Aku @ Perisher Valley

Boy & Daddy

Boy, Aisyah & Natrah


aku biarkan dia org main dari kul 2 lebih tu sampai la ke kul 4 lebih.. boy and aisyah naik turun bukit dari atas naik peluncur berdua sampai bawah then lari balik naik atas.. aku sekadar menunggu di bawah melihat kalau2 mereka terjatuh ke.. dulu aisyah mmg tak nak naik peluncur tu.. ingat lagi di Kosovo semasa aku belikan untuk dia, akhirnya terdampar di luar rumah.. di sebabkan alasan tu gak la aku tinggal kan luncur dia di M'sia.. but hari nie menjadi-jadi kekejap naik dengan boy kekejap dengan natrah, kekejap dengan wawan dia.. aku secara officialnya menjadi cameraman.. semua camera aku pegang, camcoder aku pegang, hp boy aku pegang semuanya aku pegang.. ahhahah tak pe..

ok la all gambar nanti aku upload kena buat di office.. apa pun esok aku cuti selasa mungkin aku ada masa.. penat sangat nie... esok sambung.. adios all..

note twentyone: try to send via mms but still pending till now.. what happen??

No comments:

Post a Comment