Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru..

Salam all,

Selamat Tahun Baru kepada semua yg beragama Islam.. moga keberkatan tahun baru memberi kesejahteraan kepada semua..

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam.

Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaan-Mu yang besar, kemurahan-Mu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepada-Mu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepda kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepada-Mu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam".


Amin.

2 comments:

  1. macammana penerimaan org australia terhadap org2 Islam.. dah ok ke skrg ni...

    ReplyDelete
  2. dah ok en. alladiin.. tak mcm dulu kot..

    ReplyDelete