Thursday, June 17, 2010

Mini World Cup - update

Salam all,

Seperti dijangka perlawanan sangat sengit.. walaupun Malaya tak masuk World Cup 2010 but kami di sini cuba sedaya upaya mengibarkan Jalur Gemilang setinggi yang boleh dan akhirnya Malaya mara ke separuh akhir.

Perlawanan disajikan dengan 'kembalinya budak nakal' dan situasi tegang dimana diminit yang ke 15 sudah ada 'pertelingkahan' kecil berlaku.. 'budak nakal' ditolak dan dipijak sebanyak 3 kali.. akhirnya budak nakal bertindak balas.. hampir buku-buku 5 hinggap di muka Nippon... but keadaan dapat di kawal dengan jayanya oleh Dato' Bos..

Malaya terpaksa menunggu hingga 2 minit sebelum habis perlawanan untuk membuka jaringan dan seminit kemudian jaringan ke dua diperolehi yang disudahi oleh 'budak nakal' dan jaringan sagu hati Nippon diperolehi di minit2 kecederaan... apa pun alhamdulillah kemaraan Malaya diteruskan..

Nantikan saingan separuh akhir dimana Malaya mungkin akan menentang Korea pula.. saingan kali ini seakan milik pasukan Asia, dimana Malaya, Korea dan Aussie mengesahkan diri ke separuh akhir manakala satu lagi tempat diisi oleh pasukan Balkan, Macedonia..

At least ada satu pasukan Asia akan ke perlawanan akhir nanti.

Sekian, untuk makluman.

Salam dari Aussie.. hhahhaha

note: gambar masih belum dapat diupload kerana cameraman and camerawomen masih belum upload...

No comments:

Post a Comment