Thursday, January 6, 2011

Selamat Tahun Baru 2011..

Salam all,


Selamat tahun Baru 2011..

Aku akan kembali tapi tak tau bila untuk kongsi lagi cerita menarik..


Salam..

Sunday, July 18, 2010

bola, futsal, bola etc







both field and futsal we got silver.. huhuhu sedih je..

Thursday, June 24, 2010

Semi and Final Mini World Cup 2010 - Last Update..

Salam all,

sambungan citer bola.. semi final Malaya menang lawan Aussie, leading 6-1 first half but at last menang 8-5 je.. maybe sebab suhu 3-4'c buat semua pemain Malaya kekerasan.. tapi permainan kali nie 'budak nakal'jadi budak baik.. sebab permainan tak de kekasaran langsung.. so habis citer semi final..

Malam tadi berlangsung final Mini World Cup 2010 di antara Malaya dan Macedonia.. sebelum tu semi final antara Macedonia vs South Korea berkesudahan dengan 4-0 kepada Macedonia. Player Macedonia 'import' 4 ayam tembatan mereka yang bermain di A-League yang sedang berehat sebelum memulakan season baru nanti..

Keadaan di Stadium North Oval, dipenuhi dengan penyokong Malaya terdiri dari PR Malaysia, Tentera2 yang berkursus di Canberra, Student2 serta family para pemain termasuk anak den.. penyokong kuat babah katanya.. perlawanan bermula dan seawal minit ke 3, Macedonia memperolehi goal pembukaan, seakan sentap dengan jaringan tersebut, para pemain Malaya mula mengatur semua permainan masing2.. dengan kehadiran 4 org pemain 'import' Macedonia mengawal sepenuhnya permainan.. dengan lincah ke kiri ke kanan, atas bawah hanya 4 pemain ini dilihat memegang bola.. separuh masa pertama berkesudahan dengan 1-0 sahaja.. aksi separuh masa kedua walaupun Malaya berjaya mengawal setiap pergerakan pemain Macedonia tetapi akibat tiada kesungguhan mengejar kembali bola yang terlepas menyebabkan Macedonia membuat serangan balas yang menghasilkan goal ke 2.. seterusnya menghasilkan goal ke 3 melalui gerakan yang sama, hantaran2 pendek antara 4 orang pemain 'import' mereka.. 'budak nakal' yang mula 'panas' setelah di 'pakuk' berulang kali menjerit menyuruh setiap pemain Malaya bermain 'keras' sedikit, memandangkan apabila lepas kebanyakan pemain Malaya hanya akan lepaskan dan tengok sahaja..

akibat terjahan kali ke berapa tah yang kena pada 'budak nakal' akhirnya bertukar la dari 'budak baik' menjadi 'budak nakal' terjahan keras ke atas salah seorang pemain 'import' menyebabkan 'pemain import' berkenaan terbaring menahan kesakitan dan yang paling best tiada card dikenakan.. 'budak nakal' lega sambil menjerit ke arah 'pemain import' yang lain.. 'ambik ko kena pakuk, padan muka'.. pemain Malaya yang lain semua ketawa.. permainan diteruskan.. tinggal 10 minit permainan akan berakhir, 'budak nakal' membawa solo dari kawasan petak Malaya maju ke depan gawang Macedonia dan menyepak leret untuk satu2nya goal untuk Malaya..

Walaupun sedikit kecewa kerana kalah pada perlawanan akhir, sesungguhnya 'budak nakal' sememangnya puas hati kerana satu: dapat pakuk pemain professional yang mungkin mengakibatkan 'pemain import' tersebut berehat panjang dan mungkin terlepas aksi perbukaan season baru A-League pada bulan 9 nanti (alasan 'budak nakal' kalau dia tak kena dulu, mmg dia main bersih).. dua: dapat score goal ke 5 sepanjang perlawanan Mini World Cup 2010 ini, al maklum, 'budak nakal' fullback semestinya goal yg biasa fullback score melalui tandukan but kali ini kelima-lima goal 'budak nakal' adalah melalui gerakan solo.. bangga beb dapat kenal mamat nie.. hahahha.. tiga: permainan OLA menjadi trend pasukan Malaya.. contoh, kalau membawa bola dan dapat 'kangkangkan' pemain lawan secara serentak pemain Malaya akan menjerit OLA.. ahhahha so korang dapat bayangkan bertapa hanginnya pemain lawan selepas kena OLA?? huhuuuhhu..

Akhirnya Malaya sekadar berpuas hati dengan naib johan sahaja, tahun pertama pasukan ini dibentuk.. pemain campuran pegawai2 suruhanjaya dan student Malaysia yang berkhidmat dan belajar disini, rata2 student first and second year.. aku bangga dapat menjadi sebahagian dari pasukan ini.. yang lebih bangga.. aku menjadi satu2 orang luar yang dijemput menyertai National Conference Games (NCG) yang akan berlangsung 12-15 July nie.. mewakili pasukan Canberra akan menentang setiap pasukan dari seluruh Aussie nie.. terasa seperti zaman muda dulu ligat main bola.. sebab apa aku main bola? sebab aku bosan dengan life aku skrg.. keje balik rumah, keje balik rumah so saja tambahkan aktiviti.. so harap berkekalan sampai aku habis kat sini.. walaupun ada 'org' yang sangat concern dgn injury lama aku insyallah aku cuba berhati2.. injury lama dah ok yer Yang Mulia..

ok sekian sahaja dari Radio Canberra hahhahha.. gambar yang itu sahaja yg ada so tgk puas2.. gambar adalah dari Perlawanan Semi Final.. Gambar Final belum upload lagi..









'budak nakal'

Thursday, June 17, 2010

Mini World Cup - update

Salam all,

Seperti dijangka perlawanan sangat sengit.. walaupun Malaya tak masuk World Cup 2010 but kami di sini cuba sedaya upaya mengibarkan Jalur Gemilang setinggi yang boleh dan akhirnya Malaya mara ke separuh akhir.

Perlawanan disajikan dengan 'kembalinya budak nakal' dan situasi tegang dimana diminit yang ke 15 sudah ada 'pertelingkahan' kecil berlaku.. 'budak nakal' ditolak dan dipijak sebanyak 3 kali.. akhirnya budak nakal bertindak balas.. hampir buku-buku 5 hinggap di muka Nippon... but keadaan dapat di kawal dengan jayanya oleh Dato' Bos..

Malaya terpaksa menunggu hingga 2 minit sebelum habis perlawanan untuk membuka jaringan dan seminit kemudian jaringan ke dua diperolehi yang disudahi oleh 'budak nakal' dan jaringan sagu hati Nippon diperolehi di minit2 kecederaan... apa pun alhamdulillah kemaraan Malaya diteruskan..

Nantikan saingan separuh akhir dimana Malaya mungkin akan menentang Korea pula.. saingan kali ini seakan milik pasukan Asia, dimana Malaya, Korea dan Aussie mengesahkan diri ke separuh akhir manakala satu lagi tempat diisi oleh pasukan Balkan, Macedonia..

At least ada satu pasukan Asia akan ke perlawanan akhir nanti.

Sekian, untuk makluman.

Salam dari Aussie.. hhahhaha

note: gambar masih belum dapat diupload kerana cameraman and camerawomen masih belum upload...

Tuesday, June 15, 2010

Mini World Cup 2010

Salam all,

lama tak menjengah ke sini.. terase nak mneghabiskan masa di sini lagi.. but soon.. tgh kumpul cerita menarik beserta gambar menarik untuk di post..

jom mLm ni ramai2 ke North Oval untuk tgk M'sia vs Japan, siapa akan ke semi final Mini World Cup.. kami disini buat satu team officer + student masuk tournament nie.. group dah habis, M'sia juara first game belasah China 12-0, menang vs PNG 5-1, menang vs Itali 4-3, DFAT (menang percuma), so malam nie quarter final vs Japan.. menang mungkin lawan Korea or Macedonia (totally guna student + 3 player from A-League cheh!!)..

doakan kami.. harapkan terbaik!!


salam dari canberra

Saturday, February 6, 2010

BUDAK??

Salam,

Sebentar tadi, di lihat, di amati.. calar sana sini kesan cakaran kiri dan kanan.. ditanya satu nama disebut.. ditanya kenapa.. jawapan mudah "tak tau".. demi mencari kebenaran aku tanya kepada penama tadi.. sungguh mudah jawapan dia "sebab dia nakal".. erm.. aku tak nak nilai anak orang lain... tapi bila kak long kena mcm tu aku amat terasa.. dari bawah telinga, pipi, mulut semua jalar dan berkesan kuku.. amat sakit hati melihatnya.. kalau nak kata budak, ajaran kita pada anak perlulah betul.. kalau salah ditegur, bukan diamkan..

Aku sangat geram, aku tanya.. "beri lihat jari D***".. bertambah sakit hati melihat dengan kuku yang panjangnya.. aku mmg benci kuku yang panjang.. siapa kenal aku mmg tau aku tak suka kuku panjang.. aku diam dan nasihat.. "tak boleh buat mcm tu".. "aisyah nakal D*** bagitau uncle, bukan D*** yg pukul"... aku mmg tak leh terima anak aku dibuat begitu..

Minyak gamat aku sapu ke kesan lukanya.. dikira hampir 14 tanda cakaran kuku.. adoi ya allah sejukkan la hati aku yang panas nie.. amin..

Thursday, January 28, 2010

Pencerobohan..

PC aku telah diceroboh oleh siapa tah.. segala dalam favorites yang dah lama aku tak bukak dia bukak.. amboi.. sesuka hati je.. lantak la apa aku nak takut? bukan aku yang masuk and memulakan 'sessi penjelajahan'.. hari ni kena buang semua 'link-link' yg membawa faedah.. huhuhu..

twentyone: mau balik sekarang kalau boleh.. cheh!!