Wednesday, May 27, 2009
Semalam
Tuesday, May 26, 2009
aisyah aka kak long
Pagi nie Final Champions League.. jom kita semua tido awal supaya leh bangun awal tgk bola.. hehehhe aku mlm nie mmg kena tido awal.. esok pagi tgk bola then terus shoot ke sydney.. kena sampai sebelum kul 10am.. ada benda nak kena ambil kat Sydney Port and lepas tu kena pegi pejabat Tourism Sydney..
lepas lunch kot baru aku balik ke canberra balik.. malam tadi semasa sessi nak tido kak long tanya aku memacam.. kenapa itu, kenapa ini, mana itu, mana ini,.. yang pasti segala persoalan malam tadi membuat aku fikir balik.. budak berusia belum 4 thn bertanyakan soalan yg aku rase bebudak 12 thn akan tanya... antara soalannya:
-kenapa adik alia tak ikut?
-babah n mama dah tak duduk sekali kat australia ye?
-kenapa babah pegang tangan "_-_-_" masa dalam kete?
-babah sayang "_-_-_" ke?
-babah sayang kak long tak? *sambil pandang tepat ke muka aku*
-babah jgn marah2 kak long tau, nanti kak long buat kopi untuk babah..
aku yg memula amat la penat nak tido terus tak leh tido.. lama aku pandang plaster di atap rumah sambil fikir.. dia masih tak puas hati nak kan jawapan.. satu persatu aku jawab soalan dia.. kenapa.. adik alia kena duduk dengan mama dulu nanti adik alia akan dtg sini.. mama dah keje.. dia keje sana babah keje sini.. perkataan yg keluar dari mulut dia selepas itu bebetul buat aku terperanjat.. mama ngan babah dah cerai ye? aku tanya balik mana belajar and kak long tau ke apa dia cerai.. jawapan dia.. opah cakap mama ngan babah tak leh duduk sama lagi.. erm.. pendek aku jawab "yer la kot".. pasal tangan/sayang tu aku tak nak cakap apa.. aku senyap.. aku tanya kak long.. kenapa kak long tanya? kak long suka ke *_-_-_*. Jawapan : suka rambut dia.. erm.. itu je?
siapa *_-_-_* tak payah korang tau.. dia sorang2nya pompuan yg aku bawak jumpa aisyah lepas aku bertitle bujang kembali.. kes memarah adalah kerana kes aku yg teramat penat semlm tercakap kuat sikit.. aisyah merajuk.. babah kena pujuk.. penghabis ayat aisyah buat aku sekali lagi terperanjat..bila babah nak cari mama baru.. mana dia belajar semua itu aku tak tau.. malas aku nak tanya lebih.. dalam peluk2 dia tu aku tgk mata dia dah kuyu.. akhirnya tertido.. aku yg tak boleh tido.. menyalakan herba habiskan sebatang baru aku basuh muka then tido.. tak sedar pukul berapa tapi pukul 3 lebih bangun sebab kak long kejut nak susu.. buatkan susu dan dia minum terus tido balik.. pagi ni aku aku bangun pun dia jadi alarm aku.. dia kata babah kena salam kak long sebelum pegi work..
Buat pertama kali sejak dtg sini aku sedih tgk kak long pagi nie.. seolah-olah bosan mungkin.. mummy pun kata dia dah mula bercakap sendiri.. serius aku jadi serba salah bila benda nie semua jadi.. apa perlu aku buat pun aku tak tau.. mmg semua yg jadi ada hikmahnya.. aku tak pernah nafikan semua tu.. tapi bila keadaan mcm ni jadi aku tersepit.. kenangan lalu mmg aku tak nak ingat sebab sakitkan hati aku.. tapi kesakitan dia? apapun yg pasti skrg nie aku hanya boleh berserah agar semua nie hanya sementara sahaja.. amin..
note twentyone: few months ago talk to myself its going to be in a year.. now i really not sure how long more..
Sunday, May 24, 2009
Di umumkan Ketibaan...
Wednesday, May 20, 2009
Visit by PTD
Tuesday, May 19, 2009
Farewell untuk aku 3 April 2009







Note twentyone: thanks and kredit to ernie..
Penat+Membazir..
sebenarnya aku baru je masuk office ni.. dari semalam aku kat sydney mencari tiket nak balik m'sia.. untuk apa aku balik... cukup aku katakan ada problem yg perlu aku selesaikan.. akhirnya dengan bantuan kekawan yg pernah berkhidmat di Kosovo... masalah dapat di atasi.. aku tak tau mcm mana dia org buat but alhamdulillah semuanya dah ok.. lega.. dari malam tadi whole body shaking...
terima kasih gak untuk friend yang bantu malam tadi.. thanks a lot..really appreciate it.. (kalau tak berpegang pada sms tu mau kemana aku skrg nie) bertemankan iphone aku mengodek setiap flight yg boleh sampai ke m'sia tak kira la singapore ke bangkok ke jakarta ke transit dia.. yg penting aku nak sampai KLIA.. but mungkin dah takdir semuanya berakhir dengan baik.. aku tak nak panjangkan cerita.. yg penting semuanya dah berakhir.. aku tak tau berapa saman aku dapat malam tadi.. itu semua aku dah tak kira.. tanpa banyak pk malam tadi lepas dapat "berita" tu terus aku tanya pendapat friend.. katanya cool dulu.. but hati nie yg tak nak wasting time terus ke sydney airport.. tak tepk aku dengan minyak cukup ke, mana nak parking kalau dapat ticket.. bila dah balik sini baru aku fikir semua tu.. memandu dengan tangan yg cergas menaip sms's.. call jgn cakap la lebih 20 kali aku call member yg pernah berkhidmat di Kosovo dulu.. sampai dia sendiri kata "cool bro.. aku usahakan.."
setelah selesai aku cakap aku tak nak panjangkan cerita.. aku dah tak nak ingat apa jadi malam tadi.. perjalanan malam tadi patutnya makan masa 3 jam jadi begitu pendek.. 2 jam lebih.. dengan signboard kata limit 110km/h dah tak aku kisah..
balik sini sungguh penat badan.. ada lak visit kul 3 nie.. PTD nak datang bagi anugerah pada Lt. General sini.. letih bukan main.. pkkn balik membazir minyak, masa, tenaga, masa tido semua la.. but demi "******" aku tak kisah.. itu hak aku!!
ok la all.. nak sambung keje..
note twentyone: bebetul appreciate it.. thanks a lot..
Diet????

Sunday, May 17, 2009
Weekend..

lepas 15 minit je tgk rumah (kerana itu je masa yg dibenarkan oleh agent).. lepas tu aku terus ke amaroo tgk izzat anak Mr. ZG main bola.. erm.. tgk bebudak main bola best gak.. ada 2 padang.. sebelah anak dia main, sebelah lagi league pompuan.. hehhehhe bebudak bawak 15 thn main.. angin kuat sungguh.. sampaikan bebudak nie tendang bola semua ke arah lain.. 1st half leading 1-0... akhirnya kalah 1-2 hehhehe biasa la... gunghalin FC lawan dengan Canberra Football Academy... so korang dapat bayangkan la.. teratur je CFA main.. contol every corner of the pitch.. yg golkan pun budak dari italy.. umur baru 13 thn.. main mak aiii laju giler lari, dengan control ball dia.. aku terfikir kenapa la malaysia tak dedahkan bebudak mcm nie rupa.. ada pun harapkan main sekolah, daerah and negeri.. bebudak sini seawal 6 thn dah ada league dia org sendiri... kalau nak ikutkan bajet tak ada.. sini league dia org sepenuhnya ditaja oleh ibu bapa dia org sendiri.. jurulatih pun yg ada sijil class C je.. aku serius sungguh kagum sangat.. bayar AUD 150 setahun dapat main lebih 10 kali.. so aku rase sangat la bebaloi mcm tu.. kalau nak kira RM 350 sethn.. club kat sini je dah lebih dari club/negeri kat Liga Malaysia tu.. kalau la orang-orang kita kat sana tu ada komitmen mcm nie aku sendiri yakin taraf bola sepak kita tak mcm skrg.. bayangkan la liga veteran pun ada.. hahahha seharusnya kalau korang tgk sendiri korang setuju dengan aku..
balik dari tgk bola lepak rumah.. semak la aku tgk rumput yg panjang belakang rumah tu.. so aku pun potong rumput.. sampai la ke kul 5.. bila dah gelap aku lepak tgk Foxtel.. then dalam kul 7 baru gerak ke Balconnen untuk game bowling KUACT 2009.. seharusnya main dengan student nie nak menang tak boleh kan.. hahahha tapi at least berpasukan menang gak la no 3.. malam tu team kami semua menjadi.. Dato' - 174, En. Md. Alias- 167, KC- 165, En. ZG - 178, aku sendiri 173, so walaupun kira average dia ok.. tetap kalah dengan student yg puratanya dapat 220 ke atas.. hahahahha bak kata KC aku la "hari-hari main boleh la menang.. hahhaha.." kalau dah tak pandai main tu sure tak menang punya.. apa pun tahniah untuk para student semua yg menang...
ahad.. mcm biasa seawal kul 6 aku dah bangun.. mengerjakan lagi laman belakang rumah tu.. then aku basuh lak tingkap2 rumah.. vacum lagi.. kemas dapur, kemas garage untuk letak barang yg bakal sampai minggu nie.. acctually barang dah sampai minggu lepas cuma sini ada lak prosedur kena kuarintin lak.. memacam.. malam baru aku masak dengan harapan nak bawak bekal ke office hari nie lupa lak hari nie ada staff meeting.. seperti biasa bila staff meeting ada la agensi-agensi berkenaan akan masak untuk semua.. tak ramai pun dalam 12 org je.. hehehe hari ini menu simple mee goreng je.. berbanding menu minggu lepas beriani kambing..
ok la all ada keje sikit.. nak keluar beli barang.. aisyah and mummy nak sampai minggu nie keperluan rumah masih tak cukup.. hehehe
note twentyone: cerita itu harap dah tamat.. end..
Friday, May 15, 2009
Weekend Ini..
Sabtu : 1.20pm - tgk rumah
1.45pm - tgk izzat main bola
8.00pm - Bowling KUACT 2009
Ahad : 9.ooam - Foxtel
Petang/Malam - Melayan Foxtel..
giler aku mcm nie tanpa aktiviti sukan aku.. ahhhhhhhhhhhhhhhhh
out!!!!
note twentyone: nice ym with u.. but it's promise!!!
Wednesday, May 13, 2009
tah apa tajuk tah..
3-4 hari nie adalah hari memenatkan bagi aku entah kenapa aku tak leh tido lately... dari balik keje lepas makan cuba lelapkan mata nie tapi kalau jam masih tidak menunjukkan ke angka 4am seharusnya aku tak leh tido.. mata aku makin merah... sakit kepala yg menyerang menambahkn lagi tekanan aku... walaupun sakit aku tetap mcm biasa tak de siapa tau aku sakit.. alasan aku cukup mudah.. tgk bola, rugby.. etc.. sekarang nie pun aku dah tak turun ke padang untuk latihan.. alasan kukuh.. aku dinasihatkan untuk tidak berlari mengeluarkan peluh.. secara automatiknya aku dah berhenti dari main bola.. atas nasihat itu.. walaupun hati tak nak tapi terpaksa.. tapi yg teruknya bila aku dah ada masa yg terluang nie semuanya terisi dengan aktiviti yang kurang elok.. tgk tv sambil menyedut herba yang kadang kala aku sendiri tak sedar berpack2 habisnya..
adik pernah menasihati.. tapi semuanya makin tak aku dengari.. alasan aku? tak tau nak buat apa.. nak menebas?? seharusnya lagi aku malas disebabkan sejuk diluar sana.. acara yg mungkin boleh aku buat pada ketika ini bowling.. erm satu2nya sukan yang tak keluarkan peluh.. tapi mcm biasa aku bukan boleh main lama sangat.. 2 game pasti lepas tu tangan aku sakit kesan dari kemalangan 12 thn lepas.. semua tak tau yg aku pernah hampir putus 3 jari aku 12 thn lepas ketika zaman sekolah.. ketika perasaan masih tak terkawal sehingga 3 jari aku nie penghujungnya sudah tiada deria rasanya.. tapi alhamdulillah bersyukur sangat dengan darah yg keluar dengan urat yang putus semuanya dah pulih sekrg walaupun deria rase 3 jari tak dapat dipulihkan sepenuhnya..
lately gak sejak aku dtg sini penyakit lama berulang.. ingat dah tak ada rupanya ada lagi.. erm takpe malas nak fikir penyakit tu.. kena.. tahan je la.. walaupun ada masanya aku tak akan tahan tapi setakat nie aku masih boleh ok.. antara sebab aku tak nak fikir sangat kerana kalau banyak fikir sakit tu makin menjadi2.. di sini satu je yg aku mintak sangat.. jangan sakit.. sebab? sini system medical dia teramat la membuatkan aku tension.. sakit apa pun kena buat appointment.. ada ke patut.. deman sikit tak ada hospital yg layan.. so aku kena make sure aisyah dijaga dengan betul.. biar aku sakit tapi jangan dia..
tadi aku sebut pasal bowling.. malam nie aku and most of malaysian akan main bowling.. kata dato' last training sebelum game sabtu nie.. yes sabtu nie ada game bowling anjuran kelab umno ACT.. bebudak student gak yg anjurkan.. aku akan join tapi hanya untuk pair je la..
sekarang nie aku dah senang nak bergerak sendirian.. dengan map je tau la aku nak cari jalan.. kete pun dah beli tunggu untuk dapatkan plat dari department of foreign affairs je.. then bertambah jauh la aku jalan.. buat masa nie aku masih pakai plat ACT yang biasa... dengan adanya kete nie perangai balik lambat dari office aku mula balik.. setiap hari lepas balik office pun aku akan ke lake burley griffin.. lepak sana dalam sejam baru aku balik rumah.. sambil dengar lagu yg di download oleh azura.. seharusnya herba akan bertambah2 masa itu.. hehheh yg penting aku tenang dalam keadaan itu..
ok la all.. aku nak sambung baca map.. baca map pernah korang buat?? apa la susah sangatkan beli je la GPS senang... hahhaahha mmg nak beli tapi tak ada masa..
note twentyone: don't chase your losses.. betul ke tak aku tak tau!!!
Sunday, May 3, 2009
bosan
Hari ni badan tak berapa nak sedap.. semalam game alhamdulillah menang 3-1.. walaupun ketinggalan 0-1 first half but second half kita org dapat imbang game and score 3.. penat and letih tak hilang lagi.. semalam kul 12 lebih aku mula tension and mandi air sejuk untuk segarkan badan.. but pagi nie tak berapa nak best lak..
hari nie tema baju... grey and white... jap lagi dato' ajak pegi tgk kete.. dia nak beli untuk anak dia lak.. erm.. ramai lak nak beli kete lately.. aku tgh bosan nie.. tak tau nak buat apa.. petang nie nak settlekan hp yg patut aku ambil semalam.. ikat contract sethn dgn vodafone.. dapat la N71.. dah berapa banyak hp dah.. hehehehhe simpan buat kenangan.. nak bela iphone aku yang jatuh dulu pun tak buat lagi.. tunggu la lagi pun iphone tu natrah nak guna.. blackberry yg aku dapat a week ago pun tak guna lagi.. terasa malas nak belajar guna.. selesa dengan nokia yg sekarang nie..
sekarang nie aku kena atur segala kewangan aku.. aku sendiri tak tau mana aku belanja lately.. kalau di hitung erm.. lebih baik jgn di hitung.. aku dah mula terasa bosan dengan life kat sini sebenarnya.. tapi mungkin sebab aku tak ke luar dari canberra nie lagikan.. so apa pun kena tunggu end of this month baru cadangan ke sydney and melbourne untuk berjalan terlaksana.. itu pasti.. sebab rombongan "DiRaja" sampai.. kena penuhi kehendak mereka.. hehehhe bukan apa family aku sampai so kena la bawak dia org berjalan sikit.. rumah nek tam masih belum aku sampai lagi.. busy dengan keje and dia pun busy dengan persatuan dia.. janji rabu malam baru ke rumah dia.. senang sikit guna kete sendiri.. skrg aku masih guna kete office.. kalau tak de aral melintang petang nie atau esok aku dapat kete.. insyallah..
ok la all.. aku nak book hotel untuk dato' nak balik ke tanahair nie.. adios all..
note twentyone: aku sedar siapa diri ini..
Saturday, May 2, 2009
ahad hari ini...
hari ini aku saja dtg office dari duduk rumah terbaring.. acctually malam nie first game aku setelah 3 minggu aku join club woden valley senior football fc.. premier yang pertama atau game pembukaan bagi league tahun 2009 nie.. lawan.. balconnen fc.. masih tak tau dapat first 11 atau tak.. but aku dah try sesungguh.. semalam traning yg sungguh menjelirkan lidah.. penat sangat.. but ok la traning yg dah lama aku tak buat since 1997.. kalau di WP kami sekadar traning biasa sini lain sungguh lain.. tak heran football dia org lebih maju dari "tanahairku" apa pun aku bersyukur sebab kalau tak bermulanya di tanahairku tak la aku dapat apa yg aku dapat skrg.. disebabkan malam nie game yg pertama, main la kat home so aku terasa sangat debarannya.. di Malaysia lain.. suasana dia lain.. rasenya paling ramai penonton aku pernah main mungkin 1000-2000 org.. stadium woden walaupun hanya boleh menempatkan 10,000 org sahaja tapi bagi aku itu dah banyak dah tu untuk menjejaskan permainan pemain seperti aku.. erm.. tawakal semuanya ok...
bagusnya sini semua yg aku buat semua tentang kesihatan.. walaupun berstatus "single" makan aku terjaga tidak seperti bujangan dulu.. sendiri masak la kan.. sayur yg fresh tak pernah aku lupakan skarang.. kalau dulu malas skrg mungkin itu semua perlu.. merokok pun dah makin kurang sangat... maklum la nak dapatkan stamina balik.. so seharusnya kena berhenti.. aktiviti sini pun penuh gak.. rabu malam traning bola, khamis malam bowling dengan semua High Commission Malaysia, Jumaat malam badminton... golf sekali sekala kalau big bos ajak.. tak pernah seumur hidup aku fikir aku akan terjebak dengan golf.. tapi apa nak buat jaga bos yg suka main golf kena babitkan gakla..
semalam aku masak sambal ikan bilis (seharusnya resepi "..."), kailan ikan masin + ayam BBQ.. sekrg aku pastikan nasi hanya di ambil malam sahaja.. itu pun pukul 6 ptg shaja.. tghari biasanya aku tak makan.. kalau lapo aku makan roti kosong dgn nescafe sahaja.. kena jaga makan skrg.. mungkin kalau dari dulu aku sedar aku kena buat nie semua kan bagus.. tinggal lagi 19 hari aisyah and natrah akan join aku ke sini.. trip kali nie mummy, daddy and boy akan dtg sekali.. cuma daddy and boy aku turun di melbourne then naik bas ke sini.. nak rase sangat kata daddy.. aku lak segala persiapan telah aku lakukan.. kereta baru saja beli.. lepas beli baru aku sedar besar sangat la pulak kete tu.. volvo s80.. erm.. takpe kalau sesiapa yang berhajat nak dtg senang sikit.. selesa sikit.. akhir thn nie ramai yg nak dtg.. aku tak halang silakan... august 2 rombongan nak dtg.. oktober maybe lagi 2 rombongan.. dtg la rumah aku sentiasa terbuka menerima tetamu.. cuma aku harapkan june-july tak de org yg datang sebab aku dalam proses pemindahan rumah waktu tu.. rumah masih belum jumpa acctually... dengan harga rumah AUD 400 seminggu agak susah nak cari.. menanti kelulusan KL untuk kenaikan sedikit lagi.. kalau susah2 aku cari sahaja apartment yg berdekatan.. sini lain... apartment sini siap dengan garage.. besar rumah teres di malaysia... siap ada garden lagi kat belakang.. pelikkan.. tapi kalau dah tak de choice terpaksa jugak la ke apartment..
ok la all aku sebenarnya dtg nie kejap je.. nak pegi jejalan kat bandar jap.. mana tau terjumpa barang2 keperluan rumah ke.. aku nak beli set sofa and TV.. TV lagi hahahhahh nampak gaya setiap negara yg aku pegi aku akan beli TV la gamaknya.. sampai di tegur oleh mummy simpan duit tu buat kawin ke lagi bagus.. erm.. tak nak la mummy.. tak nak tertipu lagi.. biar org habiskan dengan beli benda tu semua... puas hati.. calon pun tak de.. nak cari calon lepas 2011 boleh?? hhahahahhha
salam all...